Pemasangan Sistem Pembumian Secara Profesional

Wayar pembumian, juga dikenali sebagai grounding wire, ialah konduktor yang digunakan untuk mengalirkan arus elektrik dengan selamat ke dalam tanah. Apabila peralatan elektrik mengalami kebocoran arus, arus tersebut akan mengalir melalui wayar pembumian terus ke bumi. Simbol untuk pembumian ialah E (Earth). Secara ringkas, wayar pembumian berfungsi sebagai perlindungan elektrik. Ia membantu mengalirkan arus bocor atau arus berlebihan dengan cepat ke tanah, supaya permukaan luar peralatan tidak lagi beraliran elektrik. Ini dapat melindungi pengguna dan juga peralatan elektrik dan elektronik daripada kejutan elektrik. Contohnya, peralatan elektrik di rumah yang mempunyai penebat tidak sempurna atau digunakan dalam persekitaran lembap boleh menyebabkan cas statik terkumpul pada permukaan logamnya. Dalam kes yang serius, ini boleh menyebabkan kejutan elektrik. Untuk mengelakkan perkara ini, satu wayar boleh disambungkan pada bahagian logam peralatan tersebut dan hujung yang satu lagi disambungkan ke bumi. Jika berlaku kebocoran, wayar pembumian akan melepaskan cas tersebut dengan selamat ke tanah.

Apakah Fungsi Sistem Pembumian?

Melindungi Keselamatan Diri
Apabila peralatan elektrik mengalami kebocoran arus, sistem pembumian akan segera mengalirkan arus tersebut ke dalam tanah. Ini membantu mengelakkan kejutan elektrik dan mengurangkan risiko kemalangan.

Mencegah Kerosakan Peralatan
Sistem pembumian membantu melepaskan voltan berlebihan yang disebabkan oleh power surge atau panahan petir. Ini mengelakkan kerosakan pada komponen elektronik dan membantu memanjangkan jangka hayat peralatan.

Mengurangkan Risiko Kebakaran
Arus bocor, percikan elektrik atau arus berlebihan tanpa sistem pembumian yang betul boleh menyebabkan kebakaran elektrik. Sistem pembumian membantu mengurangkan risiko kejadian seperti ini.

Meningkatkan Kestabilan Sistem
Pembumian yang betul membantu menstabilkan voltan, meningkatkan prestasi sistem elektrik, serta mengurangkan gangguan elektromagnet dan masalah isyarat.

Memastikan Fungsi Peranti Perlindungan Berjalan Dengan Baik
Peranti seperti RCCB (Residual Current Circuit Breakers) dan SPD (Surge Protection Devices) memerlukan sistem pembumian yang betul untuk berfungsi dengan berkesan. Ia membantu memutuskan bekalan elektrik dengan cepat atau melepaskan arus berlebihan semasa berlaku gangguan atau panahan petir.

Kebanyakan Rumah Gagal Ujian Pembumian. Rumah Anda Macam Mana?

Malangnya, banyak rumah lama yang dibina sekitar tahun 1960-an dan 1970-an tidak mempunyai sistem pembumian yang betul. Sebab itu, apabila anda pegang sesetengah peralatan elektrik di rumah, anda mungkin rasa seperti terkena renjatan elektrik ringan atau rasa seperti ada getaran halus. Ini biasanya berlaku apabila arus elektrik yang sepatutnya tidak mengalir keluar telah terkena bahagian logam peralatan dan tiada laluan earthing yang betul untuk mengalirkan arus tersebut ke bumi. Akibatnya, badan anda boleh menjadi sebahagian daripada laluan arus elektrik. Jika dibiarkan, keadaan ini boleh menjadi bahaya dan meningkatkan risiko terkena renjatan elektrik yang serius atau berlaku kebakaran.

Malah, ada juga rumah yang baru dibina hari ini tetapi bacaan earth resistance masih terlalu tinggi dan tidak mencapai tahap yang sepatutnya. Dalam sesetengah kes, bacaan rintangan resistance boleh menjadi jauh lebih tinggi daripada tahap yang selamat. Ini mungkin berlaku disebabkan pemasangan yang kurang baik, pemeriksaan keadaan tanah yang tidak mencukupi atau penggunaan bahan yang kurang berkualiti. Jika earth resistance terlalu tinggi, arus elektrik ketika berlaku kerosakan mungkin tidak dapat mengalir ke bumi dengan baik. Ini boleh menyebabkan peranti keselamatan seperti RCCB lambat trip atau tidak trip seperti yang sepatutnya apabila berlaku masalah. Akibatnya, pemilik rumah mungkin tidak sedar bahawa mereka berdepan dengan risiko elektrik yang serius walaupun tinggal di rumah yang masih baru.

Kebanyakan pemilik rumah juga tidak buat pemeriksaan atau maintenance elektrik setiap tahun. Biasanya mereka tunggu sampai berlaku masalah besar, contohnya beberapa peralatan elektrik rosak akibat kilat atau rumah selalu kena lightning. Bila sudah berlaku masalah seperti itu, barulah mula cari juruelektrik.

Jangan Abaikan Rasa Renjatan Elektrik Ringan Daripada Water Heater Anda

Kami selalu menerima pertanyaan daripada pemilik rumah yang beritahu mereka rasa seperti ada renjatan atau rasa berdenyut apabila menyentuh casing water heater (seolah-olah ada arus elektrik pada bahagian luar casing). Jika perkara ini berlaku, berhenti menggunakan water heater tersebut dan minta ia diperiksa dengan segera. Ada yang menggunakan test pen dan menyentuh bahagian luar water heater, kemudian lampu pada test pen menyala. Ini menunjukkan terdapat arus bocor (leakage current) pada permukaan water heater. Keadaan ini boleh menjadi tanda earthing yang tidak baik atau sambungan grounding yang tidak dibuat dengan betul. Ia juga boleh berlaku jika RCCB tidak berfungsi dengan baik atau langsung tidak dipasang. Walaupun arus tersebut mungkin terasa ringan dan nampak macam tidak bahaya, sebenarnya ia boleh menjadi risiko keselamatan yang serius dan boleh menyebabkan renjatan elektrik.

Mengikut standard terkini, semua water heater perlu dilindungi dengan RCCB yang mempunyai sensitivity 10mA untuk memberikan perlindungan yang lebih baik daripada risiko renjatan elektrik. Jadi, jika water heater anda tidak mempunyai RCCB khas (dedicated RCCB), sila hubungi kami. Kami boleh bantu pasang RCCB dengan cara yang betul supaya sistem elektrik water heater lebih selamat dan mematuhi keperluan semasa.

Masalah Biasa Dalam Pemasangan Sistem Pembumian Yang Tidak Baik:

  1. Tiada Rod Pembumian Dipasang
    Komponen paling asas dan penting tidak dipasang langsung, menyebabkan sistem tidak mempunyai pembumian.
  2. Rod Pembumian Tidak Dipasang Secukupnya
    Rod pembumian yang dipasang tak dalam akan menyebabkan rintangan tinggi dan prestasi sistem yang lemah, terutama di kawasan tanah kering atau berbatu.
  3. Earth Resistance Terlalu Tinggi
    Bacaan rintangan gagal memenuhi tahap keselamatan yang ditetapkan.
  4. Sambungan Pembumian Longgar atau Berkarat
    Sambungan yang tidak kukuh atau berkarat akan melemahkan sistem dan boleh gagal semasa berlaku gangguan.
  5. Penggunaan Kabel Pembumian Saiz Kecil
    Contohnya, menggunakan kabel 4mm² sedangkan sepatutnya 10mm² atau 16mm², ini akan menjejaskan tahap keselamatan.
  6. Penggunaan Bahan Murah atau Tidak Mematuhi Piawaian
    Rod, kabel atau klip yang berkualiti rendah mudah rosak dan mungkin tidak menghantar arus dengan betul.
  7. Tiada Ikatan Ke Kotak DB atau Bahagian Logam Utama
    Tanpa ikatan bonding yang betul, arus gangguan mungkin tidak mengalir dengan selamat ke bumi
  8. Pembumian Tidak Disambungkan ke SPD atau RCCB
    Tanpa sambungan ini, peranti perlindungan lonjakan dan pengesanan kebocoran mungkin tidak berfungsi dengan betul.
  9. Tiada Ujian Kesinambungan Pembumian atau Bacaan Rintangan Selepas Pemasangan
    Sesetengah pemasang langsung tidak melakukan ujian, menyebabkan pelanggan tidak sedar risiko kegagalan sistem.
  10. Contact Point Yang Dicat atau Teroksida
    Permukaan yang tidak bersih menyebabkan halangan pada sambungan dan melemahkan prestasi pembumian.
  11. Tiada Ruang Penyelenggaraan atau Ruang Pemeriksaan
    Rod pembumian ditanam tanpa kemudahan untuk dicapai, menyukarkan pemeriksaan atau pembaikan di masa hadapan.

Kenapa Kotak DB Anda Trip Semasa Ribut Petir?

Jika kotak DB anda trip semasa ribut petir atau hujan lebat, ini adalah petanda bahawa terdapat masalah pada sistem elektrik rumah anda.

Sistem Pembumian Yang Tidak Baik

Semasa ribut petir, sistem pembumian yang betul sangat penting untuk melindungi rumah anda. Jika rumah anda tiada rod pembumian, terdapat earth resistance yang tinggi atau sambungan pembumian yang longgar atau berkarat, arus petir atau arus bocor mungkin tidak dapat dialirkan dengan selamat ke tanah. Akibatnya, RCCB anda mungkin terputus bekalan elektrik atau kotak DB akan terpadam secara tiba-tiba untuk mengelakkan bahaya yang lebih serius. Dalam sesetengah kes, masalah juga boleh berlaku akibat ELCB yang terlalu sensitif, menyebabkan bekalan elektrik terputus walaupun hanya terdapat lonjakan kecil atau kebocoran minor dalam sistem.

Bayangkan anda keluar kota selama 1–2 minggu dengan fikir semuanya okay di rumah. Tapi tiba-tiba RCCB rumah trip, peti sejuk penuh dengan makanan laut dan daging segar rosak tanpa anda sedar. Bila balik, semuanya dah rosak, berbau busuk macam mayat, malah ada kadang-kadang ulat nampak dalam peti!

Bukan setakat peti sejuk je, CCTV pun akan offline bila elektrik trip. Anda tak boleh tengok siaran langsung, sedangkan barang berharga atau mewah ada di rumah. Memang stress! Bila jauh dari rumah, tak boleh pantau apa-apa, asyik risau rumah selamat ke tidak. Ada sesiapa pernah alami macam ni?

Kami pernah nampak ramai yang tukar RCCB dari 100mA ke 300mA sebab selalu trip. Walaupun nampak macam boleh selesaikan masalah dengan buat sistem kurang sensitif, ini bukan penyelesaian yang betul. Mungkin masalah nampak selesai buat sementara, tapi dalam jangka panjang, ia boleh menyebabkan masalah yang lebih besar. Akhirnya, anda mungkin terpaksa keluarkan kos lebih untuk baiki kerosakan atau masalah akibat kebocoran arus yang tidak dikesan.

Proses Pemasangan Sistem Pembumian, Bahan & Keadaan Tapak Dijelaskan

Di Tronica Engineering, kami pakar dalam pemasangan sistem pembumian profesional yang memastikan keselamatan maksimum, kebolehpercayaan jangka panjang dan pematuhan penuh dengan piawaian elektrik. Sistem pembumian yang betul sangat penting untuk melindungi rumah atau bangunan anda daripada gangguan elektrik, panahan petir dan power surge.

Bahan Berkualiti Tinggi

Untuk memastikan ketahanan dan prestasi terbaik, kami hanya menggunakan bahan premium seperti:

  • Rod pembumian tembaga/ Copper earth rods
  • Penyambung rod tembaga/ Copper rod couplers
  • Klip rod tembaga/ Copper rod clamps
  • Lubang pemeriksaan pembumian/ Earth pit chamber)
  • Kabel pembumian tahan lasak

Komponen-komponen ini dipilih kerana daya penghantaran elektrik yang cemerlang serta ketahanan terhadap kakisan.

Struktur Harga & Pilihan

Harga kami adalah berdasarkan setiap set 10 rod pembumian bagi setiap pemasangan. Selepas set pertama dipasang, kami akan menjalankan ujian rintangan bumi/ earth resistance test.

  • Jika bacaan resistance berada dalam range yang selamat, pemasangan dianggap selesai.
  • Jika bacaan terlalu tinggi, anda boleh memilih untuk meneruskan dengan pemasangan set tambahan, bergantung kepada keadaan tapak.

Kami menawarkan tiga pilihan spesifikasi bagi memenuhi pelbagai bajet dan keperluan projek, dengan harga bermula dari RM3,700 setiap set pemasangan:

  • Spesifikasi Biasa (Normal)
    Sesuai untuk kegunaan kediaman asas di mana prestasi standard sudah memadai.
  • Spesifikasi Sederhana (Medium)
    Pilihan seimbang yang menawarkan prestasi yang boleh dipercayai pada kos yang berpatutan.
  • Spesifikasi Tinggi (High)
    Disyorkan untuk ketahanan jangka panjang, kawasan yang mencabar atau projek yang memerlukan prestasi pembumian terbaik.

Proses Pemasangan Sistem Pembumian

Berikut adalah bagaimana pemasangan sistem pembumian biasanya dijalankan:

  1. Tinjauan & Penilaian Tapak
    Kami mulakan dengan lawatan ke tapak untuk mengukur bacaan rintangan bumi/ earth resistance sedia ada, menilai keadaan tanah, mengesahkan lokasi chamber pembumian dan menentukan jarak antara kotak DB dan chamber tersebut.
  2. Memacak Rod Pembumian & Bacaan Awal
    Kami mulakan dengan memasang 2–3 rod pembumian tembaga dikawasan yang telah dipilih. Selepas setiap rod dipacak ke dalam tanah, kami akan mengambil bacaan menggunakan meter rintangan bumi/ earth resistance meter .
  • Di kebanyakan lokasi, rod ke-3 biasanya menjadi had disebabkan tanah yang keras atau halangan bawah tanah.
  • Namun, di kawasan tanah yang lebih lembut, kami mungkin boleh memacak sehingga 5–6 rod tanpa sebarang masalah.
  1. Pemasangan Chamber Pembumian Tambahan (jika perlu)
    Jika chamber pertama telah mencapai kapasiti maksimum (kebiasaannya sekitar 6 rod), kami akan kenalpasti lokasi lain yang berdekatan untuk memasang chamber pembumian kedua
  2. Menghubungkan Chamber-Chamber
    Kami akan menyambungkan kedua-dua chamber menggunakan wayar jumper bagi memastikan laluan arus gangguan lengkap dan berterusan untuk dialirkan ke tanah dengan selamat.
  3. Penyambungan ke Kotak DB
    Akhir sekali, sistem rod pembumian disambungkan ke kotak DB menggunakan kabel pembumian bersaiz 10mm atau 16mm, bergantung kepada keperluan sistem elektrik anda.

Sila ambil perhatian: Keadaan tanah sangat mempengaruhi bacaan earth resistance yang boleh dicapai dan perkara ini berada di luar kawalan kami. Jadi, jika set pertama tidak mencapai bacaan yang diperlukan, set tambahan mungkin diperlukan, bergantung kepada keadaan tanah sebenar di lokasi.

Juruelektrik Sekitar Anda, Servis Seluruh KL & Selangor

Kami menyediakan perkhidmatan elektrik di kawasan: Puchong, Subang Jaya, USJ, Putra Heights, Bandar Kinrara, Sunway, Petaling Jaya, Damansara, Kota Damansara, Kelana Jaya, Bandar Utama, TTDI, Tropicana, Mont Kiara, Desa ParkCity, Pusat Bandar Kuala Lumpur, Cheras, Kajang, Bangi, Seri Kembangan, Cyberjaya, Putrajaya, Sepang, Shah Alam, Setia Alam, Klang, Sungai Buloh, Ampang, Kepong, Wangsa Maju, Taman Melawati, Bukit Jalil, Sri Petaling, Taman OUG, Kuchai Lama, Balakong, Gombak dan Semenyih.

Sekiranya kawasan anda tidak tersenarai, jangan risau hubungi kami juga. Kami sedia membantu!

Nak Periksa Sistem Pembumian Rumah?

Sekiranya rumah anda menggunakan sistem earthing yang sudah lama, anda rasa seperti ada renjatan atau rasa berdenyut bila pegang peralatan elektrik, water heater bagi rasa terkena elektrik, atau DB selalu trip bila hujan dan ada guruh, jangan hanya reset breaker dan terus guna sistem elektrik seperti biasa. Kami boleh buat pemeriksaan elektrik di rumah dan earth resistance test untuk periksa keadaan sistem earthing dan kenal pasti jika ada masalah. Sama ada anda perlukan sistem earthing baru, tambahan earth rod, sambungan earthing ke DB, ujian earth resistance atau upgrade sistem earthing yang sedia ada, Tronica Engineering boleh periksa keadaan di lokasi dan cadangkan penyelesaian yang sesuai. Kami menyediakan servis di Kuala Lumpur, Selangor dan kawasan sekitarnya.

Hubungi Alex di 012 – 870 2699 hari ini. Jangan tunggu sampai masalah elektrik menjadi kecemasan baru nak bertindak.

Servis Elektrik Profesional

Kami menyediakan servis baiki elektrik, wiring dan troubleshooting untuk rumah, pejabat dan kedai di sekitar KL dan Selangor. Kami boleh bantu untuk masalah suis water heater, suis aircond, lampu, power socket, wiring rosak, kotak DB dan pelbagai masalah elektrik yang lain.

Baiki Masalah Elektrik Trip

Kami membantu mengesan dan membaiki masalah elektrik seperti RCCB atau MCB yang selalu trip, bekalan elektrik terputus, short circuit, litar terlebih beban, wiring terlalu panas dan wiring yang rosak.

Troubleshooting Elektrik & Pemeriksaan Keselamatan

Kami menyediakan servis troubleshooting dan pemeriksaan masalah elektrik untuk mencari punca sebenar seperti short circuit, bekalan elektrik terputus, litar terlebih beban, komponen elektrik rosak dan masalah wiring. Kami menggunakan peralatan testing yang sesuai dan profesional untuk membantu mengesan masalah dengan lebih tepat dan memastikan kerja repair dapat dibuat dengan cara yang betul.

Baiki Autogate Dan Pendawaian

Kami menyediakan servis membaiki autogate dan pendawaian untuk pelbagai jenis sistem autogate. Kenderaan servis kami juga dilengkapi dengan pelbagai spare parts autogate supaya kerja baiki dapat dilakukan dengan lebih cepat dan mudah.

Pendawaian Semula Rumah

Kami menyediakan servis wiring dan wiring semula elektrik profesional termasuk wiring untuk lampu, power point, aircond, autogate dan water heater. Kami juga menyediakan litar khas (dedicated circuit) untuk peralatan elektrik berkuasa tinggi supaya penggunaan elektrik lebih selamat dan sesuai dengan keperluan rumah anda.

Naik Taraf Dan Tukar Kotak DB

Kami menyediakan servis upgrade kotak DB lama atau yang sudah terlalu banyak beban dengan menggunakan MCB, RCCB dan SPD yang lebih moden untuk memberikan perlindungan litar yang lebih baik. Kami akan susun semula litar dengan lebih kemas, pastikan sambungan neutral dan earth busbar dibuat dengan betul, serta menggantikan sambungan wayar yang tidak selamat seperti sambungan yang hanya dibalut dengan tape. Kami juga menggunakan cable link yang betul dan heat-shrink insulation untuk membantu menjadikan sistem elektrik rumah anda lebih selamat, kemas dan boleh dipercayai.

Pendawaian Aircond & Baiki Suis Aircond

Kami menyediakan servis baiki suis aircond yang selalu trip, menjadi panas, berbau hangit atau terus tidak berfungsi. Kami akan periksa suis, wiring, sambungan elektrik dan perlindungan litar untuk mencari punca sebenar masalah sebelum kerja repair dibuat.

Pendawaian Untuk Water Heater & Tukar Suis

Kami menyediakan servis pemeriksaan dan baiki wiring water heater, termasuk suis, terminal dan sambungan elektrik. Kami akan pastikan wiring dan perlindungan litar sesuai dengan water heater yang digunakan. Kami juga akan periksa jika terdapat tanda-tanda overheating atau masalah selalu trip untuk mencari punca sebenar sebelum kerja repair dibuat.

Uji, Pemasangan Sistem Pembumian

Kami menyediakan servis pemasangan earth rod dan sistem pembumian earthing untuk membantu meningkatkan keselamatan sistem elektrik rumah anda. Kami menggunakan peralatan profesional dan earth resistance tester untuk memeriksa bacaan earthing. Selepas pemasangan, kami akan buat testing untuk memastikan sistem earthing berfungsi dengan baik dan memberikan perlindungan yang lebih baik apabila berlaku masalah elektrik.

Pemeriksaan Thermographic

Kami menggunakan peralatan infrared thermal imaging profesional untuk mengesan komponen yang terlalu panas, sambungan yang longgar, beban elektrik yang terlalu tinggi dan kemungkinan masalah elektrik yang tersembunyi.

Ujian Insulation Resistance (Megger Test)

Kami menggunakan alat insulation resistance tester (Megohmmeter) profesional untuk membuat ujian menggunakan voltan DC yang tinggi dan memeriksa keadaan penebat kabel elektrik. Ujian ini membantu mengesan masalah seperti penebat kabel yang sudah rosak, kebocoran arus elektrik, kabel yang sudah lama dan berisiko mengalami short circuit sebelum masalah tersebut menjadi lebih serius.

Pemasangan EV Charger

Kami menyediakan servis pemasangan EV charger profesional dengan memastikan saiz kabel yang sesuai, litar khas untuk EV charger, pemeriksaan beban elektrik dan perlindungan keselamatan yang betul untuk memastikan proses pengecasan lebih selamat dan boleh digunakan dengan baik.

Surge Protector Device (SPD)

Lindungi kotak DB, peralatan elektrik dan autogate daripada voltage surge dan kilat dengan pemasangan perlindungan yang sesuai.

Pemasangan & Baiki Lampu

Kami menyediakan servis pasang, baiki dan tukar lampu untuk rumah dan pejabat, termasuk lampu yang rosak, berkelip-kelip, malap atau terus tidak menyala. Kami juga boleh bantu periksa masalah wiring dan suis untuk mencari punca sebenar dan memastikan lampu anda kembali berfungsi dengan baik.

Pemasangan & Baiki Kipas Siling

Kami menyediakan servis pasang, tukar dan baiki kipas siling, termasuk masalah suis rosak, kipas bergoyang, bunyi pelik atau bising dan masalah lain kipas siling yang biasa berlaku. Kami juga boleh bantu periksa punca masalah dan buat baiki yang diperlukan supaya kipas siling anda kembali berfungsi dengan baik.

Baiki Soket dan Suis

Kami menyediakan servis pemasangan, penggantian dan baiki soket serta suis yang rosak, terbakar, longgar atau mengalami kerosakan untuk rumah, pejabat dan kedai.

Kami Sedang Mencari Juruteknik Elektrik!

Pengalaman dalam bidang elektrik sekurang-kurangnya 5 tahun

Sikap yang baik dan latar belakang bersih

Mempunyai lesen memandu yang sah

3 Langkah

Ambil Beberapa Gambar & Video

WhatsApp 012 – 870 2699 & Terangkan Masalah

Kami Akan Tetapkan Temujanji & Datang Ke Rumah Anda