Pendawaian Penuh & Pendawaian Semula Rumah

Bila kali terakhir anda periksa apa yang ada di sebalik dinding rumah anda? Jika rumah anda sudah berusia 20 atau 30 tahun, besar kemungkinan wiring asal masih digunakan dan sudah lama semakin berusia tanpa anda sedari. Wayar kabel lama tidak boleh tahan selamanya. Lama-kelamaan, wayar boleh menjadi merekah, terlalu panas dan mungkin tidak lagi mampu menampung penggunaan peralatan elektrik moden seperti sekarang. Ramai pemilik rumah hanya tunggu sehingga masalah berlaku baru nak buat pemeriksaan, tetapi pada masa itu mungkin sudah terlambat. Di Tronica Engineering, kami membantu pemilik rumah menggantikan wiring lama atau wiring yang sudah tidak selamat sebelum ia menjadi masalah yang lebih serius. Sama ada anda perlukan wiring semula untuk satu rumah atau pemasangan wiring baru, wireman kami yang berpengalaman akan memastikan sistem elektrik rumah anda lebih selamat, stabil dan sesuai untuk kegunaan harian.

Kenapa Pendawaian Lebih Penting Daripada Yang Anda Sangka

Elektrik adalah sesuatu yang kita gunakan setiap hari, tetapi kebanyakan orang jarang fikir tentang wiring yang membekalkan elektrik ke seluruh rumah. Lampu, kipas, aircond, charger, oven, motor autogate semuanya bergantung kepada wiring yang selamat. Jika rumah anda dibina sebelum tahun 1990-an, sistem wiring asal mungkin tidak direka untuk menampung penggunaan elektrik yang tinggi seperti sekarang. Rumah moden memerlukan wiring yang lebih kuat, lebih selamat, berkualiti dan sesuai dengan keperluan elektrik semasa. Sistem wiring yang sudah lama bukan sahaja boleh mengehadkan penggunaan peralatan elektrik di rumah, tetapi juga boleh menyebabkan risiko keselamatan yang serius. Masalah elektrik merupakan antara punca yang boleh menyebabkan kebakaran rumah di Malaysia dan wiring yang tidak betul atau sudah rosak boleh menjadi salah satu puncanya.

Tanda-Tanda Rumah Anda Perlukan Pendawaian Semula

Berikut adalah antara tanda-tanda yang paling biasa menunjukkan rumah anda mungkin perlukan full rewiring:

  • MCB atau main switch selalu trip
  • Ada bau hangit dari suis atau power point
  • Lampu berkelip atau menjadi malap apabila peralatan elektrik digunakan
  • Terasa renjatan atau seperti sesemutan apabila menyentuh plug atau peralatan elektrik
  • Menggunakan wiring lama seperti wayar getah hitam, wayar kain (cloth) atau wayar aluminium
  • Tiada RCCB atau SPD dipasang untuk melindungi sistem elektrik rumah
  • Wiring dipasang tanpa mengikut spesifikasi yang betul
  • Menggunakan wayar yang terlalu kecil untuk beban elektrik
  • Selama bertahun-tahun, anda sudah menggunakan beberapa wireman yang berbeza dan power point atau point lampu dibuat secara looping
  • Rumah sudah berusia lebih 30 tahun dan belum pernah dibuat rewiring

Walaupun dari luar semuanya nampak okay, wiring lama boleh rosak secara senyap di sebalik dinding dan siling. Lagi awal anda buat pemeriksaan dan ambil tindakan, lagi baik untuk keselamatan rumah dan keluarga anda.

Apa Yang Terlibat Dalam Pendawaian Semula Satu Rumah

Bila kita cakap tentang full house wiring atau rewiring, ia bukan sekadar tukar beberapa batang wayar yang rosak. Ia melibatkan kerja wiring secara menyeluruh untuk menaik taraf sistem elektrik rumah supaya lebih sesuai dengan standard dan keperluan moden. Biasanya, kami akan mulakan dengan pemasangan concealed wiring atau surface-mounted wiring, bergantung kepada jenis rumah dan sama ada rumah tersebut sedang dibuat renovation atau tidak. Kabel baru yang berkualiti akan dipasang dengan selamat di dalam dinding atau menggunakan trunking.

Seterusnya, kami akan upgrade main distribution board dengan menggantikan kotak DB lama kepada kotak DB moden yang dilengkapi dengan MCB, RCCB dan SPD. Setiap litar akan dilabel dan disusun dengan kemas supaya lebih mudah untuk kerja maintenance pada masa akan datang. Kami juga akan menggantikan wiring untuk semua power point dan litar lampu di seluruh rumah. Jika diperlukan, kami boleh pindahkan atau tambah point baru mengikut keperluan anda dan mengikut susunan perabot di dalam rumah. Satu lagi bahagian yang penting ialah pemasangan atau upgrade sistem earthing. Ini termasuk memasang earth rod dan menggunakan earth cable 10mm atau 16mm supaya arus elektrik akibat kerosakan dapat dialirkan dengan selamat ke bumi. Akhir sekali, kami akan memasang alat perlindungan keselamatan seperti RCCB dan SPD untuk membantu melindungi rumah daripada renjatan elektrik, voltage surge dan kilat.

Apa Yang Kami Selalu Jumpa Di Sebalik Dinding

Kami pernah buka bahagian dinding dan siling di rumah sekitar Shah Alam, Subang Jaya, Klang dan Petaling Jaya. Ramai pemilik rumah terkejut dengan apa yang kami jumpa. Untuk rumah lama, kami sering jumpa penebat wayar yang sudah cair, sambungan wayar yang longgar atau berkarat, wayar live tanpa sambungan grounding, serta sambungan wayar yang terdedah dan hanya dibalut dengan tape berkualiti rendah. Dalam sesetengah kes, kami juga jumpa kesan wiring DIY atau wiring campur-campur (seperti rojak”) yang tidak pernah dibuat pemeriksaan atau test dengan betul dan tidak mempunyai perlindungan yang sesuai. Kami juga pernah jumpa komponen elektrik yang tidak mengikut spesifikasi dan hampir tidak mampu menampung penggunaan elektrik moden.

Dari luar, lampu mungkin masih boleh menyala dan semua nampak seperti biasa. Tetapi di sebalik dinding, sistem wiring tersebut mungkin hanya menunggu masa sebelum berlaku masalah atau kerosakan yang serius. 

Kenapa Pemilik Rumah Pilih Tronica Engineering

Berbeza dengan sesetengah kontraktor yang hanya datang buat pemeriksaan ringkas, scan dan terus balik, kami disini dilatih untuk periksa, kenalpasti dan baiki masalah elektrik dengan betul. Wireman kami yang berpengalaman menjalankan kerja full rewiring dengan teliti dan fokus kepada keselamatan untuk jangka masa panjang. Kami tidak mahu tinggalkan anda dengan masalah yang sama atau buat kerja menjadi tertangguh. Kami berikan penyelesaian yang betul untuk masalah elektrik rumah anda.

Kami adalah wireman berpengalaman yang bekerja sepenuh masa dan tidak mengambil jalan mudah dalam kerja elektrik. Kami menggunakan peralatan test yang betul untuk mengesan punca masalah, bukan sekadar menggunakan alat murah untuk buat pemeriksaan. Jika diperlukan, kami juga boleh terus buat baiki atau upgrade selepas pemeriksaan. Harga yang diberikan adalah jelas dan kami akan terangkan semua kerja yang diperlukan sebelum kerja bermula. Selepas kerja siap, kami akan pastikan setiap litar dilabel dengan betul dan hasil kerja dibuat dengan kemas dan bersih.

Bila Masa Sesuai Untuk Buat Pendawaian Semula?

Walaupun kerja pendawaian semula rewiring boleh dibuat pada bila-bila masa, ada beberapa keadaan yang paling sesuai untuk anda pertimbangkan:

  • Jika anda sedang buat renovation rumah, ini adalah masa yang lebih mudah dan biasanya lebih menjimatkan untuk buat rewiring kerana dinding dan siling lebih mudah diakses semasa kerja renovation dijalankan.
  • Jika anda baru pindah masuk ke rumah yang sudah berusia lebih 20 hingga 30 tahun, lebih baik pertimbangkan untuk buat pemeriksaan dan rewiring supaya anda boleh mulakan dengan sistem wiring yang lebih selamat.
  • Jika kotak DB anda sudah lama atau peralatan elektrik selalu menyebabkan MCB trip, rewiring mungkin diperlukan dengan segera untuk mengenalpasti dan membaiki masalah pada sistem wiring.
  • Jika anda merancang untuk pasang peralatan elektrik baru seperti aircond, water heater, oven atau EV charger, upgrade wiring boleh membantu mengelakkan litar terlebih beban dan memastikan peralatan tersebut boleh digunakan dengan lebih baik.
  • Jika anda mahu jual atau sewakan rumah, upgrade wiring boleh menambah nilai rumah dan menunjukkan bahawa anda mengambil berat tentang aspek keselamatan serta keadaan sistem elektrik rumah.

Berapa Lama Kerja Rewiring Mengambil Masa?

Untuk rumah teres atau semi-D dua tingkat, kerja rewiring pendawaian semula biasanya mengambil masa sekitar 3 hingga 7 hari bekerja. Tempoh kerja bergantung kepada saiz rumah, jumlah wiring yang perlu diganti dan sama ada kerja plaster atau dinding perlu dibuat semula. Kami akan buat kerja satu bilik pada satu masa untuk mengurangkan gangguan kepada penghuni rumah. Selepas kerja siap, kami juga akan kemaskan dan bersihkan kawasan kerja.

Harga Yang Jelas dan Penerangan Dibuat

Sebelum kerja bermula, kami akan periksa keadaan rumah dan wiring sedia ada secara menyeluruh. Selepas pemeriksaan, kami akan berikan quotation yang jelas dan terperinci, termasuk pecahan kerja dan bahan yang diperlukan. Tiada caj tersembunyi atau penerangan yang tidak jelas. Kami akan terangkan semuanya kepada anda, termasuk jenis kabel yang digunakan, lokasi kotak DB dan jumlah litar yang akan dipasang.

Kami juga akan beri nasihat tentang jumlah power point dan lampu yang sesuai untuk setiap bilik, cara untuk susun layout dengan lebih baik dan bagaimana untuk membuat sistem elektrik yang lebih bersedia untuk keperluan masa depan. Jikaanda setuju dengan quotation, kami boleh terus mulakan kerja. Tak perlu tunggu lama atau ulang-alik berbincang berkali-kali.

Jangan Tunggu Sampai Masalah Berlaku

Kami sudah terlalu banyak jumpa kes di mana pemilik rumah abaikan tanda-tanda awal atau anggap semuanya masih okay, sehinggalah mereka tahu sebenarnya ada masalah. Selalunya, ayat “Saya ingat okay je” hanya apabila selepas berlaku masalah yang serius seperti blackout, kebakaran atau peralatan elektrik rosak. Wiring bukan sesuatu yang boleh diperiksa hanya dengan on dan off suis. Ia memerlukan ujian yang betul, pemeriksaan menyeluruh dan penilaian daripada wireman yang berpengalaman.

Kami Tidak Menggunakan Wayar Murah

Kami biasanya menggunakan wayar Mega Kabel untuk semua kerja wiring kami kerana ia menawarkan kualiti dan prestasi yang baik serta boleh dipercayai. Walau bagaimanapun, kami juga boleh menyesuaikan pilihan bahan mengikut bajet pelanggan. Tetapi satu perkara yang kami tidak kompromi ialah kami tidak menggunakan wayar, ELCB, MCB atau komponen yang terlalu murah dan berkualiti rendah, walaupun untuk kerja dengan bajet yang lebih rendah. Keselamatan, ketahanan dan pemasangan yang mengikut standard memang penting bagi kami. Jika anda mencari bahan yang paling murah tanpa mengira kualiti, mungkin kami bukan kontraktor yang sesuai untuk anda. Kami percaya kerja wiring perlu dibuat dengan betul dari awal, supaya tidak perlu ulang kerja atau hadapi masalah yang sama pada masa akan datang.

Kami Bukan Yang Paling Murah

Tolong jangan call hanya untuk tanya harga wiring per kaki atau harga untuk satu power point. Harga kerja kami bukan dikira berdasarkan angka mudah seperti itu. Setiap kerja adalah berbeza layout rumah berbeza, bahan yang digunakan berbeza dan keadaan wiring juga berbeza. Yang paling penting, masa, kemahiran dan pengalaman kami juga mempunyai nilai.

Kami bukan sekadar datang untuk pasang wayar atau socket. Kami menyediakan kerja elektrik yang berkualiti, tahan lama dan dibuat dengan betul, serta mengambil kira aspek keselamatan dan standard yang diperlukan supaya sistem elektrik boleh digunakan dengan baik untuk bertahun-tahun.

Kami tidak mengambil jalan mudah dan tidak menggunakan bahan campur-campur seperti rojak. Kalau anda hanya mencari harga yang paling murah, mungkin kami bukan kontraktor yang sesuai untuk anda. Tetapi kalau anda mementingkan keselamatan, prestasi dan ketenangan fikiran, kami sedia membantu.

Sila Faham Sebelum Tanya Harga

Kadang-kadang kami terima call daripada orang yang asyik tanya harga melalui telefon, tanpa tunjuk pun kotak DB, suis atau power point yang ada di rumah. Bila kami beritahu anggaran harga, terus jawab “Whoa, whoa, whoa!” macam kami baru cakap bahasa asing. Apa yang mereka tidak sedar ialah cara seperti ini sebenarnya boleh menyusahkan diri sendiri dan juga menyusahkan wireman seterusnya yang datang untuk betulkan masalah wiring yang sudah dibuat sebelum ini. Ada kes di mana masalah elektrik di rumah memang sudah sampai ke tahap yang susah untuk diselesaikan, tetapi pemilik rumah masih lagi mencari quotation yang paling murah. Cara berfikir seperti ini tidak akan menyelesaikan masalah. Akhirnya, masalah yang sama akan berulang dan mereka tetap perlu mencari orang lain untuk membaiki apa yang telah rosak.

 

Sebenarnya, kerja elektrik bukan sekadar tarik beberapa batang wayar dan pasang beberapa socket. Setiap kerja adalah berbeza dan harga yang betul bergantung kepada keadaan sebenar sistem elektrik, bahan yang diperlukan dan jumlah kerja yang perlu dibuat. Kami tidak akan bagi harga secara hentam semata-mata untuk mendapatkan kerja. Kami memberikan kerja yang jujur dan berkualiti, dibuat dengan betul dan direka untuk tahan bertahun-tahun, bukan sekadar kerja murah untuk siapkan kerja dengan cepat. Kalau anda mahu kerja yang betul dan berkualiti, kami sedia membantu. Tetapi kalau anda hanya mencari harga paling murah, mungkin ada kontraktor lain yang lebih sesuai dengan keperluan anda.

Pemilik Rumah Yang Ambil Tindakan

Ada seorang pelanggan di Kota Kemuning membeli sebuah rumah yang sudah berusia 40 tahun dan pada mulanya menyangka semuanya masih okay. Tetapi semasa pemeriksaan dibuat, kami jumpa wiring getah hitam dari tahun 1980-an yang sudah keras dan rapuh, serta beberapa sambungan wayar yang longgar. Kami juga perasan banyak MCB menggunakan rating C32, yang terlalu tinggi untuk litar lampu dan power biasa. Setup seperti ini sangat berisiko kerana RCCB mungkin tidak dapat memberikan perlindungan seperti yang sepatutnya apabila berlaku masalah pada litar.

Pada pendapat kami, sebabnya mudah: wireman sebelum ini tidak mahu DB selalu trip. Jadi, kerja boleh disiapkan dengan lebih cepat, kurang complaint daripada pelanggan dan bayaran pun boleh diterima. Tetapi dalam proses itu, keselamatan keseluruhan sistem elektrik telah dikompromikan. Pelanggan tadi bersetuju untuk buat full rewiring sebelum memulakan renovation. Sekarang, DB mereka sudah dilengkapi dengan MCB moden, RCCB, SPD dan sistem earthing yang betul.

Di Subang Jaya pula, seorang lagi pelanggan menghadapi masalah di mana litar selalu trip setiap kali oven dan aircond dihidupkan bersama. Dengan menggunakan thermal imaging dan load testing, kami mendapati salah satu litar mengalami overheating kerana menggunakan kabel yang terlalu kecil untuk beban tersebut. Kami buat rewiring untuk litar kitchen dan living room pada hari yang sama.

Seorang pasangan di Klang pula pada mulanya mahu berjimat dengan mengekalkan wiring lama. Tetapi selepas melihat gambar-gambar yang kami ambil semasa pemeriksaan, mereka sedar risikonya terlalu tinggi dan akhirnya membuat keputusan untuk buat wiring semula. Sekarang mereka lebih tenang kerana tahu sistem elektrik rumah mereka telah dibuat supaya mampu menampung penggunaan peralatan elektrik moden dengan lebih selamat.

Kawasan Servis Kami

Kami menyediakan servis di kawasan Puchong, Subang Jaya, USJ, Bandar Kinrara, Putra Heights, Sunway, Petaling Jaya, Kota Damansara, Damansara, Kelana Jaya, TTDI, Mont Kiara, Desa ParkCity, Bukit Jalil, Sri Petaling, Kuchai Lama, Cheras, Wangsa Maju, Ampang, Bangi, Kajang, Seri Kembangan, Cyberjaya, Putrajaya, Shah Alam, Klang, Setia Alam, Semenyih, Kepong, Taman Melawati, Balakong dan Kuala Lumpur City Centre.Sekiranya kawasan anda tak tersenarai di atas, jangan risau. Hubungi kami sahaja, kami mungkin masih boleh bantu anda.

Servis Elektrik Lengkap & Profesional

Kami menyediakan pelbagai jenis servis elektrik profesional untuk rumah dan premis komersial. Servis kami merangkumi troubleshooting dan baikielektrik, pemasangan sistem earthing, perlindungan daripada kilat dan voltage surge, pemasangan Lightning Strike Trap (LST), penggantian dan upgrade DB box, serta full house wiring dan rewiring. Kami juga menyediakan pemeriksaan wiring untuk rumah baru dan rumah lama, RCD testing, Megger testing dan pemeriksaan thermographic untuk membantu mengesan masalah elektrik yang tersembunyi. Selain itu, kami turut menyediakan servis pemasangan, repair dan wiring autogate, serta penyelesaian elektrik yang boleh dipercayai untuk premis komersial. Sama ada anda mahu upgrade, buat maintenance atau tingkatkan perlindungan sistem elektrik, kami sedia membantu dengan kerja yang berkualiti, kemas dan tahan lama.

Hubungi Tronica Engineering Hari Ini

Sekiranya anda tak pasti tentang keadaan wiring rumah anda, hubungi kami sahaja. Kami boleh bantu buat temujanji untuk pemeriksaan, jawab soalan anda dan terangkan keputusan pemeriksaan dengan mudah. Jika wiring perlu dibaiki atau dibuat rewiring, kami boleh berikan quotation terus selepas pemeriksaan dan jika anda setuju, kerja boleh dimulakan tanpa perlu tunggu lama. Hubungi Alex di 012 – 870 2699 Tronica Engineering. Biarkan kami bantu anda lindungi rumah dan keluarga dengan memastikan wiring dibuat dan di-upgrade dengan cara yang betul.

Servis Elektrik Profesional

Kami menyediakan servis baiki elektrik, wiring dan troubleshooting untuk rumah, pejabat dan kedai di sekitar KL dan Selangor. Kami boleh bantu untuk masalah suis water heater, suis aircond, lampu, power socket, wiring rosak, kotak DB dan pelbagai masalah elektrik yang lain.

Baiki Masalah Elektrik Trip

Kami membantu mengesan dan membaiki masalah elektrik seperti RCCB atau MCB yang selalu trip, bekalan elektrik terputus, short circuit, litar terlebih beban, wiring terlalu panas dan wiring yang rosak.

Troubleshooting Elektrik & Pemeriksaan Keselamatan

Kami menyediakan servis troubleshooting dan pemeriksaan masalah elektrik untuk mencari punca sebenar seperti short circuit, bekalan elektrik terputus, litar terlebih beban, komponen elektrik rosak dan masalah wiring. Kami menggunakan peralatan testing yang sesuai dan profesional untuk membantu mengesan masalah dengan lebih tepat dan memastikan kerja repair dapat dibuat dengan cara yang betul.

Baiki Autogate Dan Pendawaian

Kami menyediakan servis membaiki autogate dan pendawaian untuk pelbagai jenis sistem autogate. Kenderaan servis kami juga dilengkapi dengan pelbagai spare parts autogate supaya kerja baiki dapat dilakukan dengan lebih cepat dan mudah.

Pendawaian Semula Rumah

Kami menyediakan servis wiring dan wiring semula elektrik profesional termasuk wiring untuk lampu, power point, aircond, autogate dan water heater. Kami juga menyediakan litar khas (dedicated circuit) untuk peralatan elektrik berkuasa tinggi supaya penggunaan elektrik lebih selamat dan sesuai dengan keperluan rumah anda.

Naik Taraf Dan Tukar Kotak DB

Kami menyediakan servis upgrade kotak DB lama atau yang sudah terlalu banyak beban dengan menggunakan MCB, RCCB dan SPD yang lebih moden untuk memberikan perlindungan litar yang lebih baik. Kami akan susun semula litar dengan lebih kemas, pastikan sambungan neutral dan earth busbar dibuat dengan betul, serta menggantikan sambungan wayar yang tidak selamat seperti sambungan yang hanya dibalut dengan tape. Kami juga menggunakan cable link yang betul dan heat-shrink insulation untuk membantu menjadikan sistem elektrik rumah anda lebih selamat, kemas dan boleh dipercayai.

Pendawaian Aircond & Baiki Suis Aircond

Kami menyediakan servis baiki suis aircond yang selalu trip, menjadi panas, berbau hangit atau terus tidak berfungsi. Kami akan periksa suis, wiring, sambungan elektrik dan perlindungan litar untuk mencari punca sebenar masalah sebelum kerja repair dibuat.

Pendawaian Untuk Water Heater & Tukar Suis

Kami menyediakan servis pemeriksaan dan baiki wiring water heater, termasuk suis, terminal dan sambungan elektrik. Kami akan pastikan wiring dan perlindungan litar sesuai dengan water heater yang digunakan. Kami juga akan periksa jika terdapat tanda-tanda overheating atau masalah selalu trip untuk mencari punca sebenar sebelum kerja repair dibuat.

Uji, Pemasangan Sistem Pembumian

Kami menyediakan servis pemasangan earth rod dan sistem pembumian earthing untuk membantu meningkatkan keselamatan sistem elektrik rumah anda. Kami menggunakan peralatan profesional dan earth resistance tester untuk memeriksa bacaan earthing. Selepas pemasangan, kami akan buat testing untuk memastikan sistem earthing berfungsi dengan baik dan memberikan perlindungan yang lebih baik apabila berlaku masalah elektrik.

Pemeriksaan Thermographic

Kami menggunakan peralatan infrared thermal imaging profesional untuk mengesan komponen yang terlalu panas, sambungan yang longgar, beban elektrik yang terlalu tinggi dan kemungkinan masalah elektrik yang tersembunyi.

Ujian Insulation Resistance (Megger Test)

Kami menggunakan alat insulation resistance tester (Megohmmeter) profesional untuk membuat ujian menggunakan voltan DC yang tinggi dan memeriksa keadaan penebat kabel elektrik. Ujian ini membantu mengesan masalah seperti penebat kabel yang sudah rosak, kebocoran arus elektrik, kabel yang sudah lama dan berisiko mengalami short circuit sebelum masalah tersebut menjadi lebih serius.

Pemasangan EV Charger

Kami menyediakan servis pemasangan EV charger profesional dengan memastikan saiz kabel yang sesuai, litar khas untuk EV charger, pemeriksaan beban elektrik dan perlindungan keselamatan yang betul untuk memastikan proses pengecasan lebih selamat dan boleh digunakan dengan baik.

Surge Protector Device (SPD)

Lindungi kotak DB, peralatan elektrik dan autogate daripada voltage surge dan kilat dengan pemasangan perlindungan yang sesuai.

Pemasangan & Baiki Lampu

Kami menyediakan servis pasang, baiki dan tukar lampu untuk rumah dan pejabat, termasuk lampu yang rosak, berkelip-kelip, malap atau terus tidak menyala. Kami juga boleh bantu periksa masalah wiring dan suis untuk mencari punca sebenar dan memastikan lampu anda kembali berfungsi dengan baik.

Pemasangan & Baiki Kipas Siling

Kami menyediakan servis pasang, tukar dan baiki kipas siling, termasuk masalah suis rosak, kipas bergoyang, bunyi pelik atau bising dan masalah lain kipas siling yang biasa berlaku. Kami juga boleh bantu periksa punca masalah dan buat baiki yang diperlukan supaya kipas siling anda kembali berfungsi dengan baik.

Baiki Soket dan Suis

Kami menyediakan servis pemasangan, penggantian dan baiki soket serta suis yang rosak, terbakar, longgar atau mengalami kerosakan untuk rumah, pejabat dan kedai.

Kami Sedang Mencari Juruteknik Elektrik!

Pengalaman dalam bidang elektrik sekurang-kurangnya 5 tahun

Sikap yang baik dan latar belakang bersih

Mempunyai lesen memandu yang sah

3 Langkah

Ambil Beberapa Gambar & Video

WhatsApp 012 – 870 2699 & Terangkan Masalah

Kami Akan Tetapkan Temujanji & Datang Ke Rumah Anda