Pemeriksaan Thermographic Untuk Rumah di KL & Selangor
Kesan Masalah Elektrik Tersembunyi Sebelum Jadi Serius Masalah elektrik tidak semestinya menunjukkan tanda awal. Sambungan yang longgar, litar yang terlebih beban, kabel yang rosak atau komponen elektrik yang sudah bermasalah mungkin masih boleh berfungsi seperti biasa tetapi perlahan-lahan menghasilkan haba yang terlalu tinggi. Bila anda mula terhidu bau hangit, DB selalu trip atau nampak komponen yang sudah terbakar, masalah tersebut mungkin sudah menjadi lebih serius.
Di Tronica Engineering, kami menyediakan servis pemeriksaan thermographic menggunakan thermal imaging camera untuk mengesan corak haba yang tidak normal pada sistem elektrik. Kami boleh periksa kotak DB, MCB, RCCB, main switch, sambungan kabel, power point, sambungan aircond dan peralatan elektrik lain yang boleh dicapai, tanpa perlu merosakkan dinding atau wiring rumah.
Apa Itu Pemeriksaan Thermographic?
Pemeriksaan thermographic menggunakan thermal camera infrared untuk mengesan perbezaan suhu yang mungkin menunjukkan adanya masalah elektrik. Bila sambungan longgar, litar terlebih beban, terminal mempunyai rintangan yang tinggi atau komponen elektrik sudah mula rosak, bahagian tersebut mungkin menghasilkan haba yang lebih tinggi daripada biasa. Dengan thermal imaging, kami boleh nampak corak haba yang tidak normal dan mengenalpasti bahagian yang mungkin memerlukan pemeriksaan, testing atau pembaikan lanjut diperlukan.
Apa Yang Boleh Dikesan Dengan Thermal Imaging?
Pemeriksaan thermal boleh membantu mengesan masalah seperti sambungan elektrik yang longgar atau mempunyai high-resistance, MCB, RCCB dan main switch yang terlalu panas, litar yang terlebih beban overload, terminal dan sambungan kabel yang panas, sambungan elektrik yang kurang baik, soket suis menjadi panas, sambungan aircond serta haba yang tidak normal di dalam kotak DB.
Thermal camera bukan pengganti untuk testing elektrik yang lain. Ia adalah satu lagi cara yang berguna untuk mengenalpasti kemungkinan masalah elektrik yang mungkin tidak nampak dengan jelas semasa pemeriksaan biasa secara visual.
Kenapa Pemeriksaan Thermographic Penting?
Banyak masalah elektrik berlaku secara perlahan-lahan. Contohnya, terminal yang longgar mungkin masih boleh membekalkan elektrik seperti biasa, tetapi pada masa yang sama menghasilkan haba yang terlalu tinggi apabila litar digunakan. Lama-kelamaan, sambungan tersebut boleh menjadi semakin teruk dan mungkin merosakkan terminal, kabel atau peralatan elektrik.
Sebab itu, keadaan sistem elektrik tidak boleh dinilai hanya berdasarkan sama ada lampu dan power point masih boleh digunakan atau tidak. Masih berfungsi tidak semestinya bermaksud semua selamat atau dalam keadaan baik. Pemeriksaan thermal membantu kami melihat dengan lebih jelas apa yang berlaku di dalam sistem elektrik ketika ia sedang digunakan.
Bila Perlu Buat Pemeriksaan Thermal?
Pemeriksaan thermographic boleh membantu jika rumah atau premis anda sudah lama, baru selesai renovation atau baru menambah beban elektrik. Anda juga boleh pertimbangkan pemeriksaan jika perasan MCB atau RCCB selalu trip, ada bau hangit, suis atau socket terasa panas, lampu berkelip, komponen elektrik selalu rosak atau ada perkara pelik berlaku pada sistem elektrik.
Pemeriksaan ini juga berguna untuk rumah yang menggunakan banyak peralatan elektrik berkuasa tinggi seperti aircond, oven, induction cooker, water heater, mesin basuh dan dryer. Peralatan tambahan ini boleh memberikan beban yang lebih tinggi kepada sistem elektrik, terutama jika wiring dan susunan litar asal rumah tidak direka untuk penggunaan elektrik yang lebih tinggi.
Pemeriksaan Thermal Selepas Renovation
Kerja-kerja renovation boleh menyebabkan risiko tambahan pada sistem elektrik. Power point baru, litar lampu, point aircond dan peralatan elektrik berkuasa tinggi mungkin ditambah oleh kontraktor atau subkontraktor yang berbeza. Semasa kerja drilling, memotong, memasang atau mengubah wiring, kabel elektrik yang sedia ada juga boleh rosak secara tidak sengaja.
Pemeriksaan thermal boleh membantu mengesan haba yang tidak normal pada sambungan elektrik dan peralatan yang boleh dicapai selepas kerja renovation siap. Jika kami jumpa sesuatu yang tidak normal, kami boleh buat testing elektrik tambahan untuk mengetahui punca sebenar masalah tersebut.
Pemeriksaan Thermal Untuk Kotak DB
Kotak agihan atau kotak DB merupakan salah satu bahagian penting yang perlu diperiksa kerana didalamnya terdapat main switch, MCB, RCCB serta pelbagai alat peranti keselamatan dan sambungan elektrik.
Kami akan periksa corak suhu yang tidak normal pada komponen dan terminal kabel yang boleh dicapai. Jika satu sambungan didapati jauh lebih panas berbanding sambungan lain yang sama, ia mungkin menunjukkan sambungan longgar, beban elektrik terlalu tinggi, rintangan tinggi atau masalah lain yang memerlukan pemeriksaan lanjut.
Sebagai contoh, MCB biasanya mungkin beroperasi pada suhu sekitar 31°C. Jika suhunya tiba-tiba meningkat sehingga 50°C atau lebih, ini boleh menjadi tanda amaran bahawa ada sesuatu yang tidak kena. Jika kami nampak peningkatan suhu yang ketara seperti ini semasa pemeriksaan thermal, kami tahu litar atau sambungan tersebut perlu diperiksa dengan segera.
Pemeriksaan Thermal vs. Test Pen
Test pen boleh menunjukkan sama ada terdapat voltan elektrik, tetapi ia tidak boleh menunjukkan sama ada sambungan kabel terlalu panas, terminal mengalami haba berlebihan atau komponen elektrik sedang beroperasi pada suhu yang tidak normal.
Thermal imaging pula memberikan maklumat yang berbeza dengan menunjukkan corak suhu pada bahagian-bahagian elektrik. Untuk pemeriksaan elektrik yang lebih lengkap, thermal imaging boleh digunakan bersama testing yang sesuai seperti RCD testing, insulation resistance testing, voltage testing dan pemeriksaan secara visual, bergantung kepada keadaan sistem elektrik tersebut.
Bagaimana Pemeriksaan Ini Dibuat?
Kami akan mulakan dengan memeriksa sistem elektrik dan kenalpasti bahagian yang perlu diperiksa. Selepas itu, kami akan gunakan peralatan thermal imaging untuk scan kotak DB, alat peranti keselamatan, sambungan kabel, power point dan peralatan elektrik lain yang boleh dicapai.
Jika kami jumpa hotspot atau bahagian yang mempunyai suhu luar biasa, kami akan periksa dengan lebih lanjut dan bukan terus menganggap komponen yang paling panas itu rosak. Bergantung kepada keadaan, kami mungkin cadangkan testing tambahan seperti Megger Test, RCD testing, voltage testing, pemeriksaan beban elektrik atau pemeriksaan fizikal pada sambungan.
Jika masalah sudah disahkan, kami juga boleh buat kerja elektrik yang diperlukan seperti pembaikan wiring, buat wiring semula, upgrade kotak DB atau tukar komponen yang rosak.
Kami Bukan Sekadar Cari Masalah. Kami Boleh Baiki Sekali.
Di Tronica Engineering, kami bukan sekadar buat thermal scan dan biarkan anda cari kontraktor lain jika kami jumpa masalah. Kami juga menyediakan servis troubleshooting dan baiki elektrik, termasuk upgrade kotak DB, tukar MCB dan RCCB, baiki sambungan yang longgar, wiring rumah dan rewiring, Megger insulation resistance testing, RCD testing, earthing, surge protection dan lightning protection.
Kami juga menyediakan servis pemasangan, wiring, rewiring dan baiki autogate, termasuk troubleshooting untuk motor sliding, arm swing gate, control panel dan sistem elektrik berkaitan.
Pemeriksaan Thermographic di KL & Selangor
Kami menyediakan servis pemeriksaan dan troubleshooting elektrik di seluruh kawasan Klang Valley, termasuk Puchong, Subang Jaya, USJ, Bandar Kinrara, Putra Heights, Sunway, Petaling Jaya, Kota Damansara, Damansara, Kelana Jaya, TTDI, Mont Kiara, Desa ParkCity, Bukit Jalil, Sri Petaling, Kuchai Lama, Cheras, Wangsa Maju, Ampang, Bangi, Kajang, Seri Kembangan, Cyberjaya, Putrajaya, Shah Alam, Setia Alam, Klang, Semenyih, Kepong, Taman Melawati, Balakong dan Kuala Lumpur City Centre. Jika kawasan anda tidak ada dalam senarai, hubungi kami dan kami boleh semak sama ada kami menyediakan servis di lokasi anda.
Dapatkan Pemeriksaan Thermographic Anda
Jangan tunggu sampai terhidu bau hangit atau komponen elektrik rosak baru nak periksa sistem elektrik rumah. Pemeriksaan thermographic boleh membantu mengesan haba yang tidak normal yang mungkin tidak dapat dilihat atau disedari semasa penggunaan biasa.
Hubungi Alex di 012-870 2699 (Tronica Engineering) untuk buat pemeriksaan thermographic, pemeriksaan elektrik atau servis troubleshooting. Jangan hanya periksa sama ada elektrik masih boleh digunakan. Periksa juga sama ada sistem elektrik rumah anda berfungsi dengan baik dan dalam keadaan yang sepatutnya.
Servis Elektrik Profesional
Kami menyediakan servis baiki elektrik, wiring dan troubleshooting untuk rumah, pejabat dan kedai di sekitar KL dan Selangor. Kami boleh bantu untuk masalah suis water heater, suis aircond, lampu, power socket, wiring rosak, kotak DB dan pelbagai masalah elektrik yang lain.
Baiki Masalah Elektrik Trip
Kami membantu mengesan dan membaiki masalah elektrik seperti RCCB atau MCB yang selalu trip, bekalan elektrik terputus, short circuit, litar terlebih beban, wiring terlalu panas dan wiring yang rosak.
Troubleshooting Elektrik & Pemeriksaan Keselamatan
Kami menyediakan servis troubleshooting dan pemeriksaan masalah elektrik untuk mencari punca sebenar seperti short circuit, bekalan elektrik terputus, litar terlebih beban, komponen elektrik rosak dan masalah wiring. Kami menggunakan peralatan testing yang sesuai dan profesional untuk membantu mengesan masalah dengan lebih tepat dan memastikan kerja repair dapat dibuat dengan cara yang betul.
Baiki Autogate Dan Pendawaian
Kami menyediakan servis membaiki autogate dan pendawaian untuk pelbagai jenis sistem autogate. Kenderaan servis kami juga dilengkapi dengan pelbagai spare parts autogate supaya kerja baiki dapat dilakukan dengan lebih cepat dan mudah.
Pendawaian Semula Rumah
Kami menyediakan servis wiring dan wiring semula elektrik profesional termasuk wiring untuk lampu, power point, aircond, autogate dan water heater. Kami juga menyediakan litar khas (dedicated circuit) untuk peralatan elektrik berkuasa tinggi supaya penggunaan elektrik lebih selamat dan sesuai dengan keperluan rumah anda.
Naik Taraf Dan Tukar Kotak DB
Kami menyediakan servis upgrade kotak DB lama atau yang sudah terlalu banyak beban dengan menggunakan MCB, RCCB dan SPD yang lebih moden untuk memberikan perlindungan litar yang lebih baik. Kami akan susun semula litar dengan lebih kemas, pastikan sambungan neutral dan earth busbar dibuat dengan betul, serta menggantikan sambungan wayar yang tidak selamat seperti sambungan yang hanya dibalut dengan tape. Kami juga menggunakan cable link yang betul dan heat-shrink insulation untuk membantu menjadikan sistem elektrik rumah anda lebih selamat, kemas dan boleh dipercayai.
Pendawaian Aircond & Baiki Suis Aircond
Kami menyediakan servis baiki suis aircond yang selalu trip, menjadi panas, berbau hangit atau terus tidak berfungsi. Kami akan periksa suis, wiring, sambungan elektrik dan perlindungan litar untuk mencari punca sebenar masalah sebelum kerja repair dibuat.
Pendawaian Untuk Water Heater & Tukar Suis
Kami menyediakan servis pemeriksaan dan baiki wiring water heater, termasuk suis, terminal dan sambungan elektrik. Kami akan pastikan wiring dan perlindungan litar sesuai dengan water heater yang digunakan. Kami juga akan periksa jika terdapat tanda-tanda overheating atau masalah selalu trip untuk mencari punca sebenar sebelum kerja repair dibuat.
Uji, Pemasangan Sistem Pembumian
Kami menyediakan servis pemasangan earth rod dan sistem pembumian earthing untuk membantu meningkatkan keselamatan sistem elektrik rumah anda. Kami menggunakan peralatan profesional dan earth resistance tester untuk memeriksa bacaan earthing. Selepas pemasangan, kami akan buat testing untuk memastikan sistem earthing berfungsi dengan baik dan memberikan perlindungan yang lebih baik apabila berlaku masalah elektrik.
Pemeriksaan Thermographic
Kami menggunakan peralatan infrared thermal imaging profesional untuk mengesan komponen yang terlalu panas, sambungan yang longgar, beban elektrik yang terlalu tinggi dan kemungkinan masalah elektrik yang tersembunyi.
Ujian Insulation Resistance (Megger Test)
Kami menggunakan alat insulation resistance tester (Megohmmeter) profesional untuk membuat ujian menggunakan voltan DC yang tinggi dan memeriksa keadaan penebat kabel elektrik. Ujian ini membantu mengesan masalah seperti penebat kabel yang sudah rosak, kebocoran arus elektrik, kabel yang sudah lama dan berisiko mengalami short circuit sebelum masalah tersebut menjadi lebih serius.
Pemasangan EV Charger
Kami menyediakan servis pemasangan EV charger profesional dengan memastikan saiz kabel yang sesuai, litar khas untuk EV charger, pemeriksaan beban elektrik dan perlindungan keselamatan yang betul untuk memastikan proses pengecasan lebih selamat dan boleh digunakan dengan baik.
Surge Protector Device (SPD)
Lindungi kotak DB, peralatan elektrik dan autogate daripada voltage surge dan kilat dengan pemasangan perlindungan yang sesuai.
Pemasangan & Baiki Lampu
Kami menyediakan servis pasang, baiki dan tukar lampu untuk rumah dan pejabat, termasuk lampu yang rosak, berkelip-kelip, malap atau terus tidak menyala. Kami juga boleh bantu periksa masalah wiring dan suis untuk mencari punca sebenar dan memastikan lampu anda kembali berfungsi dengan baik.
Pemasangan & Baiki Kipas Siling
Kami menyediakan servis pasang, tukar dan baiki kipas siling, termasuk masalah suis rosak, kipas bergoyang, bunyi pelik atau bising dan masalah lain kipas siling yang biasa berlaku. Kami juga boleh bantu periksa punca masalah dan buat baiki yang diperlukan supaya kipas siling anda kembali berfungsi dengan baik.
Baiki Soket dan Suis
Kami menyediakan servis pemasangan, penggantian dan baiki soket serta suis yang rosak, terbakar, longgar atau mengalami kerosakan untuk rumah, pejabat dan kedai.
