Pemasangan Kipas Siling & Baiki Suis di KL & Selangor

Kipas siling boleh tahan bertahun-tahun jika dipasang dan dijaga dengan baik. Ada kipas siling di rumah lama yang masih boleh digunakan selepas 10, 20 malah 30 tahun. Tapi selepas lama digunakan, anda mungkin mula perasan kipas semakin bergoyang, berbunyi bising, berpusing perlahan atau susah nak dikawal. Kadang-kadang masalah bukan pada motor kipas. Pemasangan yang longgar, bearing yang sudah haus, bilah kipas yang rosak, kipas yang tidak seimbang atau masalah sambungan elektrik juga boleh menyebabkan kipas tidak berfungsi seperti biasa. Selain itu, suis kipas dinding atau regulator kipas juga boleh rosak selepas digunakan setiap hari untuk jangka masa yang lama. Tronica Engineering menyediakan servis pemasangan, penggantian, pendawaian dan pembaikan suis kipas siling di KL, Selangor dan kawasan sekitar Lembah Klang.

Kipas Siling Lama Bergoyang atau Bunyi Bising

Antara masalah yang biasa berlaku pada kipas siling lama ialah kipas mula bergoyang atau bergerak terlalu banyak. Kipas yang dah bertahun-tahun berfungsi dengan baik mungkin lama-kelamaan mula bergoyang semasa berpusing. Anda mungkin nampak bilah kipas bergerak ke kiri dan kanan, badan kipas bergegar atau keseluruhan kipas nampak macam tidak stabil. Ada pemilik rumah yang terus guna kipas seperti biasa sebab kipas masih boleh berpusing dan masih keluarkan angin. Tapi kalau kipas dah mula bergoyang dengan kuat, sebaiknya periksa dulu dan jangan biarkan begitu sahaja.

Ada beberapa sebab kenapa kipas siling boleh bergoyang. Bilah kipas mungkin dah tak seimbang, skru atau bahagian pemasangan mungkin dah longgar, bracket kipas mungkin tak cukup kuat atau ada bahagian dalam kipas yang dah haus selepas bertahun-tahun digunakan. Bilah kipas yang rosak atau tidak sama rata juga boleh menyebabkan kipas bergegar. Sekiranya kipas dipasang pada siling yang kurang kukuh atau tidak sesuai, masalah bergoyang mungkin jadi lebih ketara. Untuk kipas yang dah lama, masalah mungkin bukan pada satu bahagian sahaja. Sebab itu, keadaan kipas dan pemasangannya perlu diperiksa terlebih dahulu sebelum buat keputusan sama ada nak repair atau tukar kipas baru.

Kipas Siling Bunyi Bising

Kipas siling yang tiba-tiba jadi bising memang boleh mengganggu, terutama kalau kipas selalu digunakan di bilik tidur atau ruang tamu. Kipas yang dah lama digunakan mungkin mula keluarkan bunyi seperti berdengung, bergegar, berbunyi ketuk-ketuk, klik atau bunyi kasar. Setiap jenis bunyi mungkin menunjukkan masalah yang berbeza.

Jika bunyi macam bergetar atau bergegar, mungkin ada skru yang longgar, penutup atau bahagian kipas yang tak ketat. Kalau kipas bergegar dengan kuat, mungkin bilah kipas tak seimbang atau pemasangan kipas ada masalah. Kalau bunyi kasar, bergesel atau macam bunyi grinding, mungkin ada masalah pada bearing atau bahagian dalam kipas yang dah haus. Masalah elektrik juga boleh menyebabkan bunyi pelik pada sesetengah keadaan. Jadi, kita kena tengok jenis bunyi, umur kipas dan keadaan keseluruhan kipas sebelum tentukan apa masalahnya.

Sekiranya kipas siling anda dah digunakan selama 10 atau 20 tahun dan baru sekarang mula keluarkan bunyi bising, tak semestinya kena terus tukar kipas baru. Kita boleh periksa kipas dan pemasangannya dulu untuk kenalpasti punca masalah. Lepas tu, kita boleh tentukan sama ada kipas masih boleh dibaiki atau lebih baik diganti baru.

Baiki atau Tukar Kipas Siling?

Kipas siling yang dah lama tak semestinya perlu terus ditukar hanya sebab kipas berbunyi bising atau bergoyang. Penyelesaian yang sesuai bergantung pada keadaan kipas, punca masalah, alat ganti yang masih ada dan keadaan pemasangan kipas.

Contohnya, kalau kipas masih dalam keadaan baik tetapi ada bahagian yang longgar atau masalah pada pemasangan, kipas mungkin masih boleh dibaiki. Tapi kalau kipas dah mengalami banyak kerosakan dan beberapa bahagian pun dah mula rosak atau haus, tukar kipas baru mungkin lebih berbaloi. Untuk kipas yang dah terlalu lama, mungkin sampai satu tahap di mana asyik baiki satu bahagian, lepas tu bahagian lain pula rosak. Dalam keadaan macam ni, terus membaiki kipas mungkin dah tak berbaloi. Kita boleh periksa keadaan kipas terlebih dahulu, terangkan apa masalah yang kami jumpa dan berikan pilihan yang sesuai. Lepas tu, pelanggan boleh buat keputusan sendiri sama ada nak baiki atau tukar kipas baru.

Tukar Kipas Siling Lama

Ramai pemilik rumah tukar kipas siling sebab kipas lama dah mula berbunyi bising, bergoyang atau selalu buat masalah. Kipas baru juga boleh dipasang bila sedang renovate bilik, pindah ke rumah baru atau nak tambah point kipas.

Bila tukar kipas yang sedia ada, kami boleh buka kipas lama dan pasang kipas siling baru di tempat yang sama, bergantung pada keadaan dan kesesuaian point elektrik serta tempat pemasangan. Kami juga boleh periksa suis dinding dan regulator kipas pada masa yang sama.

Sekiranya kipas lama dah digunakan bertahun-tahun, elok juga kita tahu punca masalah sebelum pasang kipas baru. Contohnya, kalau kipas terlalu bergegar sebab tempat pemasangan tak cukup sesuai atau tak kukuh, masalah mungkin bukan berpunca daripada kipas itu sendiri. Jadi, kalau terus pasang kipas baru tanpa periksa puncanya, masalah yang sama mungkin berlaku lagi.

Suis Kipas Siling Tak Berfungsi

Satu lagi masalah yang biasa berlaku ialah kipas siling tak boleh dikawal dengan baik menggunakan suis dinding. Kadang-kadang dah tekan suis, tapi kipas tak bergerak. Ada juga suis yang rasa longgar, rosak atau lain macam bila ditekan. Dalam sesetengah kes, kipas hanya berfungsi sekejap-sekejap atau perlu tekan dan ubah suis beberapa kali baru kipas boleh hidup.

Suis boleh rosak selepas digunakan setiap hari selama bertahun-tahun. Bahagian dalam suis boleh haus, sambungan wayar mungkin longgar atau mekanisme suis itu sendiri mungkin sudah rosak. Kadang-kadang masalah bukan pada suis, tetapi pada wiring atau bahagian lain dalam sistem kipas.

Kalau kipas tak berfungsi, tak semestinya terus tukar suis baru. Bekalan elektrik dan wiring perlu diperiksa terlebih dahulu untuk tahu sebenarnya masalah datang dari mana.

Masalah Regulator Kipas Siling

Sesetengah kipas siling menggunakan regulator atau controller yang dipasang pada dinding untuk kawal kelajuan kipas. Selepas digunakan bertahun-tahun, regulator boleh mula rosak. Contohnya, kipas hanya boleh berfungsi pada kelajuan tertentu, tak memberi tindak balas dengan betul bila regulator dipusing, atau terus tak boleh hidup.

Regulator yang rosak kadang-kadang boleh disalah anggap sebagai masalah pada motor kipas. Kalau kipas sebelum ini berfungsi dengan normal dan baru mula ada masalah, regulator dan wiring boleh diperiksa terlebih dahulu untuk tahu sama ada masalah sebenarnya datang dari kipas atau bahagian lain.

Kami boleh periksa suis kipas, regulator dan sambungan elektrik untuk kenal pasti punca masalah sebelum cadangkan untuk tukar mana-mana bahagian.

Suis Tak Berfungsi

Bukan semua masalah suis berkaitan dengan kipas siling. Suis lampu, suis dinding dan suis elektrik yang lain juga boleh rosak selepas digunakan bertahun-tahun. Contohnya, suis dah tak boleh hidupkan lampu, rasa longgar, susah nak tekan atau berfungsi sekejap-sekejap.

Kalau suis tak berfungsi, jangan biarkan saja atau sambung terus tanpa suis. Wiring di belakang suis perlu diperiksa, terutama kalau ada tanda-tanda terlalu panas, kesan terbakar, plastik cair atau sambungan wayar yang longgar.

Kalau suis dah rosak atau sudah lama dan haus, kami boleh tukarkan kepada suis baru yang sesuai dan periksa sambungan wayar pada masa yang sama.

Suis Rasa Panas, Terbakar atau Cair

Sekiranya suis terasa terlalu panas, jangan anggap ia perkara biasa. Suis yang panas boleh disebabkan oleh sambungan wayar yang longgar, wiring yang rosak, litar yang terlebih beban atau komponen yang bermasalah. Kalau ada kesan terbakar, plastik cair, bau hangit atau warna suis berubah, itu juga tanda yang wiring dan litar perlu diperiksa.

Sekiranya selamat untuk berbuat demikian, tutup bekalan elektrik untuk litar yang terlibat dan dapatkan pemeriksaan daripada juruelektrik. Jangan terus gunakan suis yang sudah rosak kerana masalah mungkin menjadi lebih teruk. Semasa pemeriksaan, kami boleh periksa suis, wiring dan sambungan untuk cari punca masalah. Jika perlu, kami boleh buat pembaikan atau tukar bahagian yang rosak.

Wiring Kipas Siling

Masalah kipas siling tak semestinya berpunca daripada kipas itu sendiri. Bekalan elektrik, suis, regulator dan wiring semuanya adalah sebahagian daripada sistem kipas. Sekiranya kipas baru dah dipasang tetapi point elektrik memang ada masalah, kipas mungkin tak dapat berfungsi dengan betul. Semasa pasang atau baiki kipas siling, kami boleh periksa sambungan elektrik di point kipas dan suis dinding. Kalau wiring rosak, longgar atau tak sesuai, kerja tambahan mungkin diperlukan sebelum kipas boleh digunakan dengan selamat.

Untuk rumah yang sudah lama, wiring mungkin juga sudah dipasang sejak bertahun-tahun. Kalau anda nak tukar beberapa kipas siling lama atau sedang buat kerja renovation, elok juga periksa keadaan point elektrik pada masa yang sama.

Masalah Kipas Siling Yang Kami Boleh Bantu

Kami boleh bantu dengan pelbagai masalah kipas siling dan suis, termasuk:

  • Pasang kipas siling baru
  • Tukar kipas siling lama
  • Baiki kipas siling lama
  • Kipas siling bergoyang
  • Kipas siling berbunyi bising
  • Kipas bergegar semasa digunakan
  • Kipas berpusing perlahan
  • Kipas tak boleh hidup
  • Suis kipas tak berfungsi
  • Regulator kipas rosak
  • Masalah kelajuan kipas
  • Suis longgar
  • Suis rosak
  • Suis terbakar atau cair
  • Wiring kipas siling
  • Masalah point elektrik
  • Periksa dan cari punca masalah kipas siling yang sedia ada

Pemasangan Kipas Siling dan Baiki Suis di KL & Selangor

Tronica Engineering menyediakan servis pasang kipas siling, tukar kipas lama, wiring dan baiki suis untuk rumah, apartment, kondominium, pejabat dan premis lain di KL, Selangor dan sekitar Klang Valley.

Sekiranya kipas siling anda dah digunakan selama 10 atau 20 tahun dan sekarang mula bergoyang atau berbunyi kuat, kami boleh periksa dan cari punca masalah. Bergantung pada keadaan kipas, mungkin hanya perlu dilaraskan, dibaiki atau ditukar kepada kipas baru.

Kalau kipas sebenarnya masih elok tetapi suis dinding atau regulator rosak, kami boleh periksa bahagian elektrik dan tukar komponen yang bermasalah jika diperlukan.

Untuk pemasangan kipas siling baru, kami juga boleh periksa point elektrik dan suis yang sedia ada sebelum pasang kipas. Ini membantu kami kesan wiring lama, wiring rosak atau masalah lain yang mungkin mengganggu pemasangan kipas baru. Kami lebih suka periksa punca masalah terlebih dahulu daripada terus tukar semua benda. Bila masalah dah dikenal pasti, kami akan terangkan kerja yang diperlukan supaya anda tahu bahagian mana yang perlu dibaiki atau ditukar.

Kipas siling bergoyang? Bunyi kuat? Suis tak berfungsi? Call Alex 012 – 870 2699 sekarang!

Servis Elektrik Profesional

Kami menyediakan servis baiki elektrik, wiring dan troubleshooting untuk rumah, pejabat dan kedai di sekitar KL dan Selangor. Kami boleh bantu untuk masalah suis water heater, suis aircond, lampu, power socket, wiring rosak, kotak DB dan pelbagai masalah elektrik yang lain.

Baiki Masalah Elektrik Trip

Kami membantu mengesan dan membaiki masalah elektrik seperti RCCB atau MCB yang selalu trip, bekalan elektrik terputus, short circuit, litar terlebih beban, wiring terlalu panas dan wiring yang rosak.

Troubleshooting Elektrik & Pemeriksaan Keselamatan

Kami menyediakan servis troubleshooting dan pemeriksaan masalah elektrik untuk mencari punca sebenar seperti short circuit, bekalan elektrik terputus, litar terlebih beban, komponen elektrik rosak dan masalah wiring. Kami menggunakan peralatan testing yang sesuai dan profesional untuk membantu mengesan masalah dengan lebih tepat dan memastikan kerja repair dapat dibuat dengan cara yang betul.

Baiki Autogate Dan Pendawaian

Kami menyediakan servis membaiki autogate dan pendawaian untuk pelbagai jenis sistem autogate. Kenderaan servis kami juga dilengkapi dengan pelbagai spare parts autogate supaya kerja baiki dapat dilakukan dengan lebih cepat dan mudah.

Pendawaian Semula Rumah

Kami menyediakan servis wiring dan wiring semula elektrik profesional termasuk wiring untuk lampu, power point, aircond, autogate dan water heater. Kami juga menyediakan litar khas (dedicated circuit) untuk peralatan elektrik berkuasa tinggi supaya penggunaan elektrik lebih selamat dan sesuai dengan keperluan rumah anda.

Naik Taraf Dan Tukar Kotak DB

Kami menyediakan servis upgrade kotak DB lama atau yang sudah terlalu banyak beban dengan menggunakan MCB, RCCB dan SPD yang lebih moden untuk memberikan perlindungan litar yang lebih baik. Kami akan susun semula litar dengan lebih kemas, pastikan sambungan neutral dan earth busbar dibuat dengan betul, serta menggantikan sambungan wayar yang tidak selamat seperti sambungan yang hanya dibalut dengan tape. Kami juga menggunakan cable link yang betul dan heat-shrink insulation untuk membantu menjadikan sistem elektrik rumah anda lebih selamat, kemas dan boleh dipercayai.

Pendawaian Aircond & Baiki Suis Aircond

Kami menyediakan servis baiki suis aircond yang selalu trip, menjadi panas, berbau hangit atau terus tidak berfungsi. Kami akan periksa suis, wiring, sambungan elektrik dan perlindungan litar untuk mencari punca sebenar masalah sebelum kerja repair dibuat.

Pendawaian Untuk Water Heater & Tukar Suis

Kami menyediakan servis pemeriksaan dan baiki wiring water heater, termasuk suis, terminal dan sambungan elektrik. Kami akan pastikan wiring dan perlindungan litar sesuai dengan water heater yang digunakan. Kami juga akan periksa jika terdapat tanda-tanda overheating atau masalah selalu trip untuk mencari punca sebenar sebelum kerja repair dibuat.

Uji, Pemasangan Sistem Pembumian

Kami menyediakan servis pemasangan earth rod dan sistem pembumian earthing untuk membantu meningkatkan keselamatan sistem elektrik rumah anda. Kami menggunakan peralatan profesional dan earth resistance tester untuk memeriksa bacaan earthing. Selepas pemasangan, kami akan buat testing untuk memastikan sistem earthing berfungsi dengan baik dan memberikan perlindungan yang lebih baik apabila berlaku masalah elektrik.

Pemeriksaan Thermographic

Kami menggunakan peralatan infrared thermal imaging profesional untuk mengesan komponen yang terlalu panas, sambungan yang longgar, beban elektrik yang terlalu tinggi dan kemungkinan masalah elektrik yang tersembunyi.

Ujian Insulation Resistance (Megger Test)

Kami menggunakan alat insulation resistance tester (Megohmmeter) profesional untuk membuat ujian menggunakan voltan DC yang tinggi dan memeriksa keadaan penebat kabel elektrik. Ujian ini membantu mengesan masalah seperti penebat kabel yang sudah rosak, kebocoran arus elektrik, kabel yang sudah lama dan berisiko mengalami short circuit sebelum masalah tersebut menjadi lebih serius.

Pemasangan EV Charger

Kami menyediakan servis pemasangan EV charger profesional dengan memastikan saiz kabel yang sesuai, litar khas untuk EV charger, pemeriksaan beban elektrik dan perlindungan keselamatan yang betul untuk memastikan proses pengecasan lebih selamat dan boleh digunakan dengan baik.

Surge Protector Device (SPD)

Lindungi kotak DB, peralatan elektrik dan autogate daripada voltage surge dan kilat dengan pemasangan perlindungan yang sesuai.

Pemasangan & Baiki Lampu

Kami menyediakan servis pasang, baiki dan tukar lampu untuk rumah dan pejabat, termasuk lampu yang rosak, berkelip-kelip, malap atau terus tidak menyala. Kami juga boleh bantu periksa masalah wiring dan suis untuk mencari punca sebenar dan memastikan lampu anda kembali berfungsi dengan baik.

Pemasangan & Baiki Kipas Siling

Kami menyediakan servis pasang, tukar dan baiki kipas siling, termasuk masalah suis rosak, kipas bergoyang, bunyi pelik atau bising dan masalah lain kipas siling yang biasa berlaku. Kami juga boleh bantu periksa punca masalah dan buat baiki yang diperlukan supaya kipas siling anda kembali berfungsi dengan baik.

Baiki Soket dan Suis

Kami menyediakan servis pemasangan, penggantian dan baiki soket serta suis yang rosak, terbakar, longgar atau mengalami kerosakan untuk rumah, pejabat dan kedai.

Kami Sedang Mencari Juruteknik Elektrik!

Pengalaman dalam bidang elektrik sekurang-kurangnya 5 tahun

Sikap yang baik dan latar belakang bersih

Mempunyai lesen memandu yang sah

3 Langkah

Ambil Beberapa Gambar & Video

WhatsApp 012 – 870 2699 & Terangkan Masalah

Kami Akan Tetapkan Temujanji & Datang Ke Rumah Anda