Alat Peranti Surge Protector & Lightning Arrestor

Gangguan elektrik atau surge boleh berlaku secara tiba-tiba tanpa sebarang amaran. Sambaran petir berhampiran, penggunaan peralatan elektrik berkuasa tinggi, masalah bekalan elektrik atau gangguan elektrik lain boleh menyebabkan voltan elektrik naik secara mendadak. Walaupun surge hanya berlaku dalam masa yang sangat singkat, ia boleh menyebabkan kerosakan pada komponen elektronik yang sensitif di dalam rumah atau premis anda. Peralatan elektrik moden seperti televisyen, komputer, aircond, sistem CCTV, lampu LED, peralatan rangkaian dan motherboard autogate semuanya mempunyai komponen elektronik yang boleh terjejas akibat kenaikan voltan secara tiba-tiba. Dengan memasang Surge Protective Device (SPD) di dalam kotak FB, ia boleh memberikan perlindungan tambahan kepada sistem elektrik anda. SPD membantu mengurangkan lebihan voltan secara tiba-tiba dan mengalihkan tenaga surge melalui sistem pembumian yang sesuai. Perlindungan ini boleh membantu mengurangkan risiko kerosakan pada peralatan elektrik dan elektronik akibat gangguan voltan atau surge.

Apa Itu Surge Protective Device (SPD)?

SPD bermaksud Surge Protective Device. Ia adalah alat yang digunakan untuk membantu melindungi sistem elektrik dan peralatan yang disambungkan daripada lonjakan voltan secara tiba-tiba (voltage surge). Dalam keadaan elektrik normal, SPD tidak mengganggu bekalan elektrik dan peralatan masih boleh berfungsi seperti biasa. Tetapi apabila berlaku voltan surge secara tiba-tiba, SPD akan bertindak untuk mengalihkan tenaga elektrik berlebihan melalui sistem earthing, supaya lebihan voltan yang sampai ke peralatan elektrik dan elektronik dapat dikurangkan. SPD berbeza daripada MCB dan RCCB kerana setiap satu mempunyai fungsi yang berbeza. MCB melindungi litar elektrik daripada beban berlebihan (overload) dan short circuit. RCCB pula membantu melindungi daripada kebocoran arus elektrik ke bumi (earth leakage). Manakala SPD digunakan khusus untuk membantu mengurangkan kesan lonjakan voltan sementara (transient voltage surge) yang boleh berlaku akibat gangguan elektrik atau sambaran petir berhampiran. Ketiga-tiga peranti ini boleh digunakan bersama sebagai sebahagian daripada sistem perlindungan elektrik di dalam kotak DB untuk membantu memberikan perlindungan yang lebih menyeluruh kepada sistem elektrik dan peralatan di rumah atau premis anda.

Pemasangan SPD Dalam Kotak DB

Kotak DB (Kotak Agihan) adalah tempat penting untuk memasang perlindungan surge kerana bekalan elektrik dari DB akan disalurkan ke pelbagai litar didalam rumah atau premis. SPD boleh dipasang didalam atau berhampiran kotak DB, bergantung kepada jenis pemasangan elektrik dan jenis SPD yang digunakan. Tetapi, pasang SPD sahaja tidak bermaksud sistem elektrik sudah dilindungi sepenuhnya. Sambungan antara SPD, bekalan elektrik dan sistem earthing sangat penting. Pendawaian wiring SPD juga perlu dibuat dengan cara yang betul serta menggunakan perlindungan dan sambungan yang sesuai. Sebelum memasang SPD, keadaan kotak DB yang sedia ada juga perlu diperiksa terlebih dahulu. Juruelektrik mungkin perlu memeriksa main switch, RCCB, MCB, wiring sedia ada, ruang didalam kotak DB, sistem earthing dan keadaan keseluruhan DB. Jika kotak DB sudah lama, rosak, terlalu penuh atau terdapat sambungan yang longgar dan terlalu panas, masalah tersebut perlu dibaiki terlebih dahulu, jangan hanya tambah SPD pada DB yang mempunyai masalah sedia ada.

Kenapa Earthing Penting Untuk SPD?

SPD berfungsi bersama sistem earthing dalam pemasangan elektrik. Apabila berlaku surge, SPD memerlukan laluan yang sesuai untuk mengalihkan tenaga elektrik berlebihan supaya ia tidak terus masuk ke litar elektrik yang dilindungi. Sebab itu, keadaan sistem earthing dan sambungan SPD sangat penting. Jika sambungan tidak dibuat dengan betul, wiring tidak sesuai atau terdapat masalah pada sistem earthing, ia boleh menjejaskan keberkesanan SPD proctection. Jadi, pemasangan SPD bukan sekadar tambah satu alat ke dalam kotak DB. Juruelektrik perlu melihat keseluruhan sistem elektrik dan memastikan SPD yang digunakan sesuai dengan sistem elektrik sedia ada. Jika terdapat masalah atau keraguan tentang sistem earthing, sistem tersebut juga boleh diperiksa dan diuji jika diperlukan. Dengan pemeriksaan dan pemasangan yang betul, SPD boleh berfungsi dengan lebih baik untuk membantu melindungi sistem elektrik dan peralatan yang disambungkan.

Melindungi Autogate Daripada Electrical Surge

Autogate juga boleh terjejas akibat electrical surge, terutamanya kerana control panel autogate mempunyai pelbagai komponen elektronik. Bergantung kepada jenis autogate yang mempunyai autogate motherboard, DC 12V transformer atau power supply autogate, auto gate 330MHz atau 433MHz receiver, auto gate battery, photocell, limit control dan komponen elektronik lain.

Kadang-kadang arm atau motor autogate masih dalam keadaan baik, tetapi electrical surge boleh menyebabkan kerosakan pada autogate motherboard dan membuatkan autogate terus tidak berfungsi. Situasi yang biasa berlaku ialah autogate berfungsi seperti biasa, kemudian tiba-tiba tidak boleh digunakan selepas hujan atau ribut petir. Ada keadaan autogate remote control tidak boleh guna untuk buka atau tutup gate, motherboard tidak memberi sebarang respon atau terdapat kerosakan yang memang dapat dilihat pada control board. Tetapi, keadaan ini tidak semestinya bermaksud autogate rosak disebabkan oleh kilat. Masalah elektrik, komponen yang rosak atau wiring bermasalah juga boleh menyebabkan simptom yang sama. Jika autogate anda selalu mengalami kerosakan pada komponen elektronik selepas hujan atau ribut petir, sebaiknya periksa bekalan elektrik dan surge protection terlebih dahulu, ini lebih baik daripada hanya menukar control board setiap kali autogate mengalami masalah yang sama.

Perlindungan SPD Untuk Sistem Autogate

Perlindungan untuk autogate sebaiknya dilihat sebagai sebahagian daripada perlindungan keseluruhan sistem elektrik rumah atau premis, bukan sekadar pasang surge protector berhampiran motor autogate. Bekalan elektrik ke autogate, kotak DB, wiring, sistem earthing dan perlindungan elektrik sedia ada perlu diperiksa bersama. Jika rumah atau premis anda sudah mempunyai SPD di main DB, litar elektrik autogate perlu diperiksa untuk melihat sama ada perlindungan yang sedia ada sesuai atau perlindungan tambahan perlu dipertimbangkan. Ini lebih penting jika autogate berada jauh dari main DB atau mempunyai bekalan elektrik yang berasingan. Keadaan wiring autogate juga perlu diperiksa. Wiring yang rosak, terdedah atau sambungan yang tidak dibuat dengan betul boleh menyebabkan masalah elektrik yang lain. Surge proctection yang baik tidak boleh menggantikan wiring elektrik dan penyelenggaraan yang betul.

Bolehkah SPD Melindungi Daripada Kilat?

SPD boleh membantu mengurangkan kesan lonjakan voltan (voltage surge), tetapi penting untuk faham bahawa SPD tidak bermaksud rumah atau premis anda menjadi 100% kebal daripada sambaran kilat. Sambaran kilat secara terus boleh membawa tenaga elektrik yang sangat tinggi dan boleh menyebabkan kerosakan yang serius walaupun sistem surge protection sudah dipasang.

Lightning protection dan surge protection saling berkaitan, tetapi kedua-duanya bukan benda yang sama. Lightning proctection yang lengkap mungkin mempunyai beberapa komponen di bahagian luar bangunan seperti air terminal, down conductor dan earth electrode. Manakala SPD dipasang di dalam sistem elektrik untuk membantu mengurangkan lebihan voltan sementara, yang berlaku akibat gangguan elektrik atau surge. Tahap perlindungan yang diperlukan bergantung kepada jenis bangunan, sistem elektrik yang digunakan dan tahap risiko. Oleh itu, pemeriksaan keseluruhan sistem elektrik penting untuk menentukan jenis perlindungan yang sesuai.

Lightning Arrestor dan SPD

Istilah penangkap kilat (lightning arrestor) dan SPD kadangkala digunakan bersama, namun ia boleh merujuk kepada jenis perlindungan yang berbeza bergantung pada penggunaannya. Sistem perlindungan kilat direka bentuk untuk menyediakan laluan terkawal bagi arus kilat, manakala SPD bertujuan melindungi sistem elektrik dan peralatan yang disambungkan daripada voltan lampau sementara transient overvoltage. Bagi kediaman biasa, langkah pertama ialah meneliti kotak agihan DB, sistem pembumian dan pemasangan elektrik sedia ada bagi menentukan jenis perlindungan lonjakan yang sesuai. Bagi bangunan yang lebih besar atau hartanah dengan keperluan perlindungan kilat yang khusus, sistem perlindungan kilat yang lebih menyeluruh mungkin diperlukan.

Tanda-tanda Anda Mungkin Perlukan Surge Protection

Sekiranya rumah atau premis anda selalu mengalami kerosakan peralatan elektrik selepas hujan lebat atau ribut petir kilat, mungkin sudah tiba masanya untuk periksa sistem elektrik. Contohnya, board autogate boleh rosak selepas terkena petir, CCTV tiba-tiba tak berfungsi, router atau peralatan networking rosak, lampu LED kerap rosak atau peralatan elektrik mula mengalami masalah selepas ribut. Tapi, masalah seperti ini tak semestinya bermaksud ia disebabkan oleh surge kerana peralatan elektrik boleh rosak atas pelbagai sebab. Oleh itu, pemeriksaan pada DB, sistem earthing, wiring dan protection yang sedia ada boleh membantu kenalpasti jika ada masalah pada sistem perlindungan elektrik. Sekiranya DB rumah atau premis anda sudah lama dan belum ada surge protection, elok juga pertimbangkan untuk buat pemeriksaan, lebih-lebih lagi kalau banyak peralatan elektronik sensitif digunakan.

Gantikan SPD dan Pemeriksaan DB

SPD bukanlah peralatan yang boleh pasang sekali dan kemudian biarkan begitu sahaja. Kebanyakan SPD ada lampu atau penunjuk status yang menunjukkan sama ada perlindungan masih berfungsi atau tidak. Selepas berlaku surge yang kuat, SPD mungkin sudah sampai ke penghujung jangka hayat dan perlu diganti. Semasa pemeriksaan DB, juruelektrik boleh periksa keadaan SPD bersama main switch, RCCB, MCB, wiring dan komponen lain yang ada dalam DB. Jika SPD yang ada sudah rosak, tak sesuai atau sudah tak lagi memberi perlindungan, penggantian mungkin diperlukan. Sekiranya DB itu sendiri ada masalah lain, masalah tersebut juga perlu dikenalpasti dan diperbaiki sebelum memasang protection yang baru.

Pemasangan SPD di KL & Selangor

Tronica Engineering menyediakan perkhidmatan pemasangan dan penggantian SPD, pemeriksaan kotak agihan DB, pemeriksaan sistem pembumian, serta servis baiki elektrik di KL, Selangor dan Lembah Klang. Kami boleh memeriksa sistem elektrik sedia ada dan menerangkan keadaan kotak DB anda sebelum mencadangkan kerja-kerja yang diperlukan. Jika kebimbangan utama anda ialah autogate yang tidak lagi berfungsi selepas kilat, kami juga boleh memeriksa bekalan elektrik dan wiring ke autogate tersebut, serta motherboard dan komponen lain yang berkaitan. Matlamat kami bukan sekadar menggantikan bahagian yang rosak, malah mengenalpasti sama ada terdapat masalah elektrik asas yang boleh menyebabkan isu yang sama berulang.

Lindungi DB dan Autogate Anda

Voltage surge boleh berlaku dalam sekelip mata, tapi kerosakan pada peralatan elektronik boleh menyebabkan kos yang tinggi. SPD (Surge Protective Device) yang dipilih dan dipasang dengan betul boleh memberikan perlindungan tambahan kepada sistem elektrik dan peralatan elektronik yang sensitif. Untuk rumah atau premis yang menggunakan autogate, surge protection juga boleh membantu melindungi sistem elektronik dan motherboard autogate. SPD bukan jaminan yang peralatan anda akan selamat daripada semua jenis kerosakan akibat kilat, tetapi ia boleh membantu mengurangkan risiko kerosakan akibat lonjakan elektrik secara tiba-tiba apabila dipasang dengan betul sebagai sebahagian daripada sistem perlindungan elektrik yang sesuai. Nak pasang SPD, periksa kotak DB atau lindungi autogate daripada surge? Hubungi Alex: 012 – 870 2699 Tronica Engineering.

Servis Elektrik Profesional

Kami menyediakan servis baiki elektrik, wiring dan troubleshooting untuk rumah, pejabat dan kedai di sekitar KL dan Selangor. Kami boleh bantu untuk masalah suis water heater, suis aircond, lampu, power socket, wiring rosak, kotak DB dan pelbagai masalah elektrik yang lain.

Baiki Masalah Elektrik Trip

Kami membantu mengesan dan membaiki masalah elektrik seperti RCCB atau MCB yang selalu trip, bekalan elektrik terputus, short circuit, litar terlebih beban, wiring terlalu panas dan wiring yang rosak.

Troubleshooting Elektrik & Pemeriksaan Keselamatan

Kami menyediakan servis troubleshooting dan pemeriksaan masalah elektrik untuk mencari punca sebenar seperti short circuit, bekalan elektrik terputus, litar terlebih beban, komponen elektrik rosak dan masalah wiring. Kami menggunakan peralatan testing yang sesuai dan profesional untuk membantu mengesan masalah dengan lebih tepat dan memastikan kerja repair dapat dibuat dengan cara yang betul.

Baiki Autogate Dan Pendawaian

Kami menyediakan servis membaiki autogate dan pendawaian untuk pelbagai jenis sistem autogate. Kenderaan servis kami juga dilengkapi dengan pelbagai spare parts autogate supaya kerja baiki dapat dilakukan dengan lebih cepat dan mudah.

Pendawaian Semula Rumah

Kami menyediakan servis wiring dan wiring semula elektrik profesional termasuk wiring untuk lampu, power point, aircond, autogate dan water heater. Kami juga menyediakan litar khas (dedicated circuit) untuk peralatan elektrik berkuasa tinggi supaya penggunaan elektrik lebih selamat dan sesuai dengan keperluan rumah anda.

Naik Taraf Dan Tukar Kotak DB

Kami menyediakan servis upgrade kotak DB lama atau yang sudah terlalu banyak beban dengan menggunakan MCB, RCCB dan SPD yang lebih moden untuk memberikan perlindungan litar yang lebih baik. Kami akan susun semula litar dengan lebih kemas, pastikan sambungan neutral dan earth busbar dibuat dengan betul, serta menggantikan sambungan wayar yang tidak selamat seperti sambungan yang hanya dibalut dengan tape. Kami juga menggunakan cable link yang betul dan heat-shrink insulation untuk membantu menjadikan sistem elektrik rumah anda lebih selamat, kemas dan boleh dipercayai.

Pendawaian Aircond & Baiki Suis Aircond

Kami menyediakan servis baiki suis aircond yang selalu trip, menjadi panas, berbau hangit atau terus tidak berfungsi. Kami akan periksa suis, wiring, sambungan elektrik dan perlindungan litar untuk mencari punca sebenar masalah sebelum kerja repair dibuat.

Pendawaian Untuk Water Heater & Tukar Suis

Kami menyediakan servis pemeriksaan dan baiki wiring water heater, termasuk suis, terminal dan sambungan elektrik. Kami akan pastikan wiring dan perlindungan litar sesuai dengan water heater yang digunakan. Kami juga akan periksa jika terdapat tanda-tanda overheating atau masalah selalu trip untuk mencari punca sebenar sebelum kerja repair dibuat.

Uji, Pemasangan Sistem Pembumian

Kami menyediakan servis pemasangan earth rod dan sistem pembumian earthing untuk membantu meningkatkan keselamatan sistem elektrik rumah anda. Kami menggunakan peralatan profesional dan earth resistance tester untuk memeriksa bacaan earthing. Selepas pemasangan, kami akan buat testing untuk memastikan sistem earthing berfungsi dengan baik dan memberikan perlindungan yang lebih baik apabila berlaku masalah elektrik.

Pemeriksaan Thermographic

Kami menggunakan peralatan infrared thermal imaging profesional untuk mengesan komponen yang terlalu panas, sambungan yang longgar, beban elektrik yang terlalu tinggi dan kemungkinan masalah elektrik yang tersembunyi.

Ujian Insulation Resistance (Megger Test)

Kami menggunakan alat insulation resistance tester (Megohmmeter) profesional untuk membuat ujian menggunakan voltan DC yang tinggi dan memeriksa keadaan penebat kabel elektrik. Ujian ini membantu mengesan masalah seperti penebat kabel yang sudah rosak, kebocoran arus elektrik, kabel yang sudah lama dan berisiko mengalami short circuit sebelum masalah tersebut menjadi lebih serius.

Pemasangan EV Charger

Kami menyediakan servis pemasangan EV charger profesional dengan memastikan saiz kabel yang sesuai, litar khas untuk EV charger, pemeriksaan beban elektrik dan perlindungan keselamatan yang betul untuk memastikan proses pengecasan lebih selamat dan boleh digunakan dengan baik.

Surge Protector Device (SPD)

Lindungi kotak DB, peralatan elektrik dan autogate daripada voltage surge dan kilat dengan pemasangan perlindungan yang sesuai.

Pemasangan & Baiki Lampu

Kami menyediakan servis pasang, baiki dan tukar lampu untuk rumah dan pejabat, termasuk lampu yang rosak, berkelip-kelip, malap atau terus tidak menyala. Kami juga boleh bantu periksa masalah wiring dan suis untuk mencari punca sebenar dan memastikan lampu anda kembali berfungsi dengan baik.

Pemasangan & Baiki Kipas Siling

Kami menyediakan servis pasang, tukar dan baiki kipas siling, termasuk masalah suis rosak, kipas bergoyang, bunyi pelik atau bising dan masalah lain kipas siling yang biasa berlaku. Kami juga boleh bantu periksa punca masalah dan buat baiki yang diperlukan supaya kipas siling anda kembali berfungsi dengan baik.

Baiki Soket dan Suis

Kami menyediakan servis pemasangan, penggantian dan baiki soket serta suis yang rosak, terbakar, longgar atau mengalami kerosakan untuk rumah, pejabat dan kedai.

Kami Sedang Mencari Juruteknik Elektrik!

Pengalaman dalam bidang elektrik sekurang-kurangnya 5 tahun

Sikap yang baik dan latar belakang bersih

Mempunyai lesen memandu yang sah

3 Langkah

Ambil Beberapa Gambar & Video

WhatsApp 012 – 870 2699 & Terangkan Masalah

Kami Akan Tetapkan Temujanji & Datang Ke Rumah Anda