Pemasangan EV Charger di KL & Selangor
Kenderaan elektrik semakin banyak digunakan di Malaysia. Dengan adanya EV charger di rumah, proses mengecas kereta jadi lebih mudah dan senang. Tak perlu bergantung sepenuhnya pada public charging station, sebab anda boleh cas kereta di rumah sendiri atau rumah landed. Tetapi pemasangan EV charger bukan sekadar sambung charger ke power point yang paling dekat. EV charger boleh menggunakan beban elektrik yang tinggi secara berterusan. Sebab itu, pemasangan perlu dirancang dan dibuat dengan betul.
Di Tronica Engineering, Alex menyediakan servis pemasangan EV charger di KL dan Selangor, termasuk pemeriksaan saiz kabel, pemasangan dedicated circuit, pemeriksaan beban elektrik, pemasangan alat perlindungan, pemeriksaan kotak DB dan wiring elektrik untuk sistem EV charging yang sesuai. Kami fokus untuk memastikan sistem elektrik sesuai dengan beban pengecasan EV dan semua sambungan dibuat dengan betul mengikut sistem elektrik rumah atau premis anda.
Apa Itu Pemasangan EV Charger?
Pemasangan EV charger bermaksud menyambungkan unit pengecas kereta elektrik kepada bekalan elektrik rumah atau premis melalui litar elektrik yang sesuai. Berbeza dengan peralatan elektrik biasa di rumah, EV charger mungkin digunakan selama beberapa jam dan menggunakan beban elektrik yang agak tinggi secara berterusan. Sebab itu, wiring sedia ada, sistem perlindungan elektrik dan kotak DB perlu diperiksa terlebih dahulu sebelum pemasangan dibuat.
Bergantung pada jenis charger dan keadaan rumah atau premis, kerja pemasangan mungkin melibatkan:
- Periksa kotak DB sedia ada
- Periksa bekalan elektrik yang ada
- Tentukan saiz kabel yang sesuai
- Pasang circuit khas hanya untuk EV charger
- Pasang MCB dan alat perlindungan elektrik yang sesuai
- Pasang isolator jika diperlukan
- Tarik kabel dari kotak DB ke lokasi EV charger
- Pasang dan sambungkan EV charger
- Buat testing selepas pemasangan siap
Cara pemasangan sebenar bergantung kepada spesifikasi EV charger, jenis bekalan elektrik, laluan kabel dan keadaan wiring elektrik sedia ada. Setiap rumah atau premis mungkin memerlukan kaedah pemasangan yang berbeza.
Kenapa EV Charger Perlukan Litar Khas?
Salah satu perkara penting bila pasang EV charger ialah litar elektrik yang membekalkan power kepada charger tersebut. Secara umum, EV charger sebaiknya menggunakan litar khas dedicated circuit, bukan berkongsi litar yang sama dengan power point biasa atau peralatan elektrik lain yang menggunakan kuasa tinggi. Ini kerana proses mengecas kereta mungkin mengambil masa yang lama dan menggunakan beban elektrik yang agak tinggi secara berterusan.
Sebagai contoh, di rumah mungkin sudah ada beberapa peralatan elektrik yang menggunakan banyak kuasa pada masa yang sama, seperti:
- Aircond
- Water heater
- Electric oven
- Induction cooker
- Mesin pengering baju
- Mesin basuh
- Pam air
Sekiranya tambah EV charger tanpa periksa jumlah beban elektrik yang sedia ada, penggunaan elektrik pada sistem boleh menjadi lebih tinggi. Dengan dedicated circuit, EV charger mempunyai kabel dan perlindungan litar yang sesuai untuk kegunaannya sendiri. Ia juga memudahkan kerja pemeriksaan, maintenance dan troubleshooting pada masa akan datang.
Saiz Kabel Yang Betul Untuk EV Charger
Pemilihan saiz kabel yang betul sangat penting bila memasang EV charger. Kabel yang digunakan perlu sesuai dengan arus yang diperlukan oleh charger dan keadaan pemasangan. Tak semestinya guna kabel yang lebih besar sebab nampak lebih selamat. Pada masa yang sama, kabel yang terlalu kecil pula boleh menyebabkan voltage drop dan kabel menjadi terlalu panas.
Beberapa perkara perlu diambil kira semasa memilih kabel, antaranya:
- Kuasa EV charger
- Arus yang digunakan
- Panjang kabel
- Cara pemasangan kabel
- Suhu sekeliling
- Kabel yang dipasang bersama kabel lain
- Voltage drop
- Bekalan elektrik sedia ada
- Keperluan pengecasan pada masa akan datang
Sekiranya jarak kabel dari kotak DB ke EV charger jauh, voltage drop juga perlu diambil kira. Dalam keadaan tertentu, saiz kabel mungkin perlu dibesarkan bergantung pada jarak tersebut. Sebab itu, wiring untuk EV charger perlu dinilai berdasarkan keadaan sebenar setiap rumah atau premis, bukan guna saiz kabel yang sama untuk semua pemasangan.
Pemeriksaan Beban Elektrik Sebelum Pemasangan
Sebelum pasang EV charger, penting untuk tengok jumlah beban elektrik yang sedang digunakan di rumah atau premis. Mungkin bekalan elektrik rumah memang cukup untuk EV charger, tetapi perkara ini tak boleh terus dianggap begitu tanpa pemeriksaan.
Alex dari Tronica Engineering boleh periksa sistem elektrik sedia ada dan tengok peralatan elektrik utama yang sedang digunakan di rumah. Pemeriksaan mungkin melibatkan kotak DB, main switch, bekalan elektrik masuk, susunan litar dan peralatan elektrik yang menggunakan kuasa tinggi.
Sebagai contoh, kalau EV charger digunakan pada masa yang sama dengan beberapa unit aircond, water heater dan peralatan memasak elektrik, jumlah beban pada sistem elektrik boleh menjadi lebih tinggi. Jika bekalan elektrik atau kotak DB sedia ada tidak sesuai untuk menampung beban tambahan tersebut, upgrade kotak DB mungkin diperlukan sebelum EV charger dipasang.
Perlindungan dan Keselamatan EV Charger
EV charger perlukan perlindungan elektrik yang sesuai. Jenis perlindungan yang digunakan bergantung pada jenis charger, sistem elektrik rumah atau premis dan keperluan pemasangan. Circuit protection dan residual current protection yang sesuai perlu diambil kira semasa pemasangan.
Pemasangan mungkin memerlukan MCB, RCCB atau protective device lain yang sesuai, serta isolator jika diperlukan. Fungsi protective device ini adalah untuk membantu melindungi litar dan sistem elektrik daripada masalah seperti overcurrent dan residual current fault. Pemilihan protective device sebaiknya dibuat berdasarkan jenis EV charger dan keadaan sistem elektrik sebenar, bukan sekadar pilih device berdasarkan nilai ampere sahaja. Setiap pemasangan perlu diperiksa supaya protection yang digunakan sesuai dengan charger dan wiring yang dipasang.
Periksa Kotak DB Sedia Ada
Kotak DB adalah salah satu bahagian penting dalam pemasangan EV charger. Sebelum tambah litar baru, kita perlu periksa sama ada kotak DB sedia ada masih mempunyai ruang yang cukup dan sama ada komponen serta wiring dalam keadaan yang baik.
Kotak DB yang sudah lama mungkin mempunyai masalah seperti:
- Connection longgar
- Terminal terlalu panas
- MCB rosak
- Protective device lama atau tidak sesuai
- Sambungan kabel yang kurang kemas
- Ruang atau kapasiti untuk litar tambahan yang terhad
- Ruang dalam DB box tidak mencukupi untuk tambah litar baru
Sekiranya ada masalah semasa pemeriksaan, masalah tersebut sebaiknya diselesaikan terlebih dahulu sebelum pasang EV charger. Untuk sesetengah keadaan, kotak DB mungkin perlu di-upgrade atau diubah suai supaya sesuai untuk penambahan litar EV charger.
Wiring EV Charger Untuk Rumah Teres, Semi-D & Banglo
Untuk rumah landed, pemasangan EV charger biasanya lebih mudah kerana charger boleh disambungkan kepada litar khas dedicated circuit terus dari kotak DB rumah. Walaupun begitu, laluan kabel tetap perlu dirancang dengan baik.
Kabel mungkin perlu ditarik melalui siling, sepanjang dinding luar rumah, kawasan car porch atau melalui conduit bawah tanah, bergantung pada keadaan rumah. Semasa pemasangan, kabel perlu dilindungi daripada kerosakan fizikal dan elakkan terlalu banyak bengkok atau bahagian kabel yang terdedah. Laluan kabel yang digunakan juga bergantung pada kedudukan EV charger dan tempat kereta biasanya diparkir. Jadi, sebelum pemasangan dibuat, laluan wiring perlu diperiksa dan dirancang supaya pemasangan lebih kemas dan sesuai dengan keadaan rumah.
Pemasangan EV Charger Untuk Rumah Baru atau Rumah Sedia Ada
Pemasangan EV charger boleh dibuat untuk rumah baru atau rumah sedia ada, asalkan sistem elektrik rumah sesuai untuk charger yang akan dipasang. Untuk rumah baru, litar EV charger boleh dirancang dari awal semasa kerja-kerja pemasangan elektrik dibuat. Ini memudahkan perancangan laluan kabel, ruang dalam kotak DB dan electrical protection yang diperlukan.
Untuk rumah sedia ada pula, sistem elektrik yang ada perlu diperiksa terlebih dahulu sebelum tambah litar khas untuk EV charger. Rumah yang lebih lama mungkin menggunakan sistem elektrik yang direka sebelum EV menjadi semakin biasa. Selain itu, mungkin ada beberapa peralatan elektrik berkuasa tinggi yang telah ditambah selama bertahun-tahun. Pemeriksaan yang betul boleh membantu kita lihat sama ada kotak DB, wiring dan bekalan elektrik sedia ada masih sesuai untuk menampung beban tambahan daripada EV charger.
Pemasangan EV Charger Semasa Renovation Rumah
Sekiranya anda sedang renovate rumah dan ada plan untuk beli kereta elektrik, elok pertimbangkan pemasangan litar EV charger sebelum kerja renovation siap. Bila dirancang dari awal, lebih banyak pilihan untuk laluan kabel melalui siling, dinding atau kawasan lain yang sesuai.
Perancangan awal juga boleh membantu elakkan wiring terdedah yang tidak perlu selepas kerja renovation siap. Kalau lokasi EV charger sudah ditentukan, laluan kabel boleh dirancang berdasarkan kedudukan kotak DB, car porch dan tempat parking kereta. Dengan cara ini, pemasangan wiring EV charger boleh dibuat dengan lebih kemas dan sesuai dengan keadaan rumah.
Pemasangan EV Charger Berkuasa Tinggi
Kami Boleh Uruskan Kerja Elektrik
Di Tronica Engineering, Alex menyediakan perkhidmatan elektrik untuk pemasangan EV charger di kawasan KL dan Selangor.
Antara kerja yang kami boleh buat termasuk:
- Wiring EV charger
- Pemasangan litar khas
- Menentukan saiz kabel yang sesuai
- Pemeriksaan beban elektrik
- Pemeriksaan kotak DB
- Pemasangan atau penggantian MCB dan RCCB
- Pemasangan isolator
- Menentukan laluan kabel
- Testing elektrik
- Troubleshooting
- Upgrade kotak DB
- Rewiring jika diperlukan
Sekiranya sistem elektrik sedia ada tidak sesuai untuk EV charger yang ingin dipasang, kami boleh periksa keadaan sistem tersebut dan kenalpasti kerja elektrik yang perlu dibuat terlebih dahulu sebelum pemasangan EV charger dijalankan.
Pemasangan EV Charger di KL & Selangor
Kami menyediakan pemasangan wiring EV charger dan perkhidmatan elektrik berkaitan di seluruh kawasan Klang Valley, termasuk Puchong, Subang Jaya, USJ, Bandar Kinrara, Putra Heights, Sunway, Petaling Jaya, Kota Damansara, Damansara, Kelana Jaya, TTDI, Mont Kiara, Desa ParkCity, Bukit Jalil, Sri Petaling, Kuchai Lama, Cheras, Wangsa Maju, Ampang, Bangi, Kajang, Seri Kembangan, Cyberjaya, Putrajaya, Shah Alam, Setia Alam, Klang, Semenyih, Kepong, Taman Melawati, Balakong dan Kuala Lumpur City Centre.
Sekrianya kawasan anda tak ada dalam senarai, boleh hubungi Alex dari Tronica Engineering. Kami boleh semak terlebih dahulu sama ada kawasan anda termasuk dalam service area kami.
Tempah Pemasangan EV Charger Anda
Ada plan nak pasang EV charger di rumah? Jangan terus sambungkan charger ke power circuit yang sedia ada tanpa periksa dahulu sama ada sistem elektrik rumah sesuai atau tidak.
Hubungi Alex dari Tronica Engineering di 012 – 870 2699 untuk buat pemasangan EV charger, pemeriksaan sistem elektrik atau semakan wiring. Kami boleh periksa sistem elektrik sedia ada, semak beban yang diperlukan oleh EV charger dan tentukan saiz kabel serta protection yang sesuai untuk pemasangan. Saiz kabel yang betul, dengan dedicated circuit, protection yang sesuai, charging EV yang lebih reliable.
Servis Elektrik Profesional
Kami menyediakan servis baiki elektrik, wiring dan troubleshooting untuk rumah, pejabat dan kedai di sekitar KL dan Selangor. Kami boleh bantu untuk masalah suis water heater, suis aircond, lampu, power socket, wiring rosak, kotak DB dan pelbagai masalah elektrik yang lain.
Baiki Masalah Elektrik Trip
Kami membantu mengesan dan membaiki masalah elektrik seperti RCCB atau MCB yang selalu trip, bekalan elektrik terputus, short circuit, litar terlebih beban, wiring terlalu panas dan wiring yang rosak.
Troubleshooting Elektrik & Pemeriksaan Keselamatan
Kami menyediakan servis troubleshooting dan pemeriksaan masalah elektrik untuk mencari punca sebenar seperti short circuit, bekalan elektrik terputus, litar terlebih beban, komponen elektrik rosak dan masalah wiring. Kami menggunakan peralatan testing yang sesuai dan profesional untuk membantu mengesan masalah dengan lebih tepat dan memastikan kerja repair dapat dibuat dengan cara yang betul.
Baiki Autogate Dan Pendawaian
Kami menyediakan servis membaiki autogate dan pendawaian untuk pelbagai jenis sistem autogate. Kenderaan servis kami juga dilengkapi dengan pelbagai spare parts autogate supaya kerja baiki dapat dilakukan dengan lebih cepat dan mudah.
Pendawaian Semula Rumah
Kami menyediakan servis wiring dan wiring semula elektrik profesional termasuk wiring untuk lampu, power point, aircond, autogate dan water heater. Kami juga menyediakan litar khas (dedicated circuit) untuk peralatan elektrik berkuasa tinggi supaya penggunaan elektrik lebih selamat dan sesuai dengan keperluan rumah anda.
Naik Taraf Dan Tukar Kotak DB
Kami menyediakan servis upgrade kotak DB lama atau yang sudah terlalu banyak beban dengan menggunakan MCB, RCCB dan SPD yang lebih moden untuk memberikan perlindungan litar yang lebih baik. Kami akan susun semula litar dengan lebih kemas, pastikan sambungan neutral dan earth busbar dibuat dengan betul, serta menggantikan sambungan wayar yang tidak selamat seperti sambungan yang hanya dibalut dengan tape. Kami juga menggunakan cable link yang betul dan heat-shrink insulation untuk membantu menjadikan sistem elektrik rumah anda lebih selamat, kemas dan boleh dipercayai.
Pendawaian Aircond & Baiki Suis Aircond
Kami menyediakan servis baiki suis aircond yang selalu trip, menjadi panas, berbau hangit atau terus tidak berfungsi. Kami akan periksa suis, wiring, sambungan elektrik dan perlindungan litar untuk mencari punca sebenar masalah sebelum kerja repair dibuat.
Pendawaian Untuk Water Heater & Tukar Suis
Kami menyediakan servis pemeriksaan dan baiki wiring water heater, termasuk suis, terminal dan sambungan elektrik. Kami akan pastikan wiring dan perlindungan litar sesuai dengan water heater yang digunakan. Kami juga akan periksa jika terdapat tanda-tanda overheating atau masalah selalu trip untuk mencari punca sebenar sebelum kerja repair dibuat.
Uji, Pemasangan Sistem Pembumian
Kami menyediakan servis pemasangan earth rod dan sistem pembumian earthing untuk membantu meningkatkan keselamatan sistem elektrik rumah anda. Kami menggunakan peralatan profesional dan earth resistance tester untuk memeriksa bacaan earthing. Selepas pemasangan, kami akan buat testing untuk memastikan sistem earthing berfungsi dengan baik dan memberikan perlindungan yang lebih baik apabila berlaku masalah elektrik.
Pemeriksaan Thermographic
Kami menggunakan peralatan infrared thermal imaging profesional untuk mengesan komponen yang terlalu panas, sambungan yang longgar, beban elektrik yang terlalu tinggi dan kemungkinan masalah elektrik yang tersembunyi.
Ujian Insulation Resistance (Megger Test)
Kami menggunakan alat insulation resistance tester (Megohmmeter) profesional untuk membuat ujian menggunakan voltan DC yang tinggi dan memeriksa keadaan penebat kabel elektrik. Ujian ini membantu mengesan masalah seperti penebat kabel yang sudah rosak, kebocoran arus elektrik, kabel yang sudah lama dan berisiko mengalami short circuit sebelum masalah tersebut menjadi lebih serius.
Pemasangan EV Charger
Kami menyediakan servis pemasangan EV charger profesional dengan memastikan saiz kabel yang sesuai, litar khas untuk EV charger, pemeriksaan beban elektrik dan perlindungan keselamatan yang betul untuk memastikan proses pengecasan lebih selamat dan boleh digunakan dengan baik.
Surge Protector Device (SPD)
Lindungi kotak DB, peralatan elektrik dan autogate daripada voltage surge dan kilat dengan pemasangan perlindungan yang sesuai.
Pemasangan & Baiki Lampu
Kami menyediakan servis pasang, baiki dan tukar lampu untuk rumah dan pejabat, termasuk lampu yang rosak, berkelip-kelip, malap atau terus tidak menyala. Kami juga boleh bantu periksa masalah wiring dan suis untuk mencari punca sebenar dan memastikan lampu anda kembali berfungsi dengan baik.
Pemasangan & Baiki Kipas Siling
Kami menyediakan servis pasang, tukar dan baiki kipas siling, termasuk masalah suis rosak, kipas bergoyang, bunyi pelik atau bising dan masalah lain kipas siling yang biasa berlaku. Kami juga boleh bantu periksa punca masalah dan buat baiki yang diperlukan supaya kipas siling anda kembali berfungsi dengan baik.
Baiki Soket dan Suis
Kami menyediakan servis pemasangan, penggantian dan baiki soket serta suis yang rosak, terbakar, longgar atau mengalami kerosakan untuk rumah, pejabat dan kedai.
