Bila musim hujan datang, ada sesetengah rumah mula mengalami masalah elektrik yang pelik. Kadang-kadang elektrik tiba-tiba trip, lampu padam sekejap, autogate tak boleh digunakan atau beberapa peralatan elektrik terus terhenti.
Perkara macam ini berlaku kepada En Salleh di Shah Alam. Pada mulanya, beliau ingat masalah tersebut hanya berlaku sekali-sekala. Setiap kali hujan lebat atau ada guruh, elektrik rumah akan trip. Selepas switch dinaikkan semula, semuanya nampak normal.
Tetapi lama-kelamaan, masalah itu semakin kerap berlaku. En Salleh mula risau kerana ada masa tertentu beliau keluar rumah untuk bekerja atau bercuti. Kalau elektrik trip ketika rumah kosong, beliau mungkin tak tahu sehinggalah balik ke rumah.
Kenapa Rumah Shah Alam Boleh Trip Bila Hujan?
Bila En Salleh hubungi Tronica Engineering, team kami datang untuk periksa keadaan sistem elektrik rumah. Kami tak terus tukar MCB atau RCCB tanpa mencari punca terlebih dahulu.
Pemeriksaan dibuat pada kotak DB, main switch, MCB, RCCB, wiring, sambungan elektrik, earthing dan beberapa bahagian lain yang mungkin berkaitan dengan masalah tersebut.
Untuk masalah elektrik yang berlaku ketika hujan, bahagian luar rumah juga penting untuk diperiksa. Air atau kelembapan boleh masuk ke sesetengah electrical point, lampu luar, wiring atau peralatan yang terdedah kepada cuaca. Dalam keadaan tertentu, masalah pada sistem earthing atau perlindungan elektrik juga boleh menyebabkan RCCB kerap trip.
Sebab itu kalau elektrik hanya mula bermasalah bila hujan, jangan anggap ia masalah biasa dan hanya naikkan semula switch setiap kali trip.
Pemeriksaan Kotak DB Dan Sistem Earthing
Selepas pemeriksaan dibuat, kami dapati beberapa bahagian sistem elektrik rumah En Salleh sudah lama digunakan dan memerlukan perhatian. Keadaan kotak DB juga boleh diperbaiki supaya sistem perlindungan elektrik lebih sesuai dengan penggunaan rumah sekarang.
Team Tronica Engineering membuat pemeriksaan dan kerja yang diperlukan pada kotak DB. Komponen yang sudah tidak sesuai atau bermasalah ditukar, manakala sambungan dan susunan dalam kotak DB diperiksa semula.
Sistem earthing juga diperiksa kerana earthing merupakan salah satu bahagian penting dalam sistem keselamatan elektrik rumah. Untuk rumah yang sudah lama, keadaan earthing tidak semestinya sama seperti ketika rumah mula-mula dibina. Selain itu, perlindungan terhadap voltage surge juga boleh dipertimbangkan, terutamanya bagi rumah yang mempunyai banyak peralatan elektronik seperti TV, peti ais, komputer, autogate dan peralatan elektrik lain.
Jangan Tunggu Sampai Balik Rumah Baru Tahu Elektrik Trip
Masalah elektrik yang kerap berlaku mungkin nampak kecil pada awalnya. Tetapi kalau ia berlaku berulang kali, lebih-lebih lagi ketika hujan atau ribut, elok cari punca sebenar. Bayangkan keluar rumah selama beberapa hari. Bila balik, baru sedar peti ais sudah lama tidak mendapat bekalan elektrik atau autogate tidak berfungsi. Masalah yang boleh diperiksa lebih awal akhirnya menjadi lebih menyusahkan.
Sebab itu sebelum pergi balik kampung, bercuti atau tinggalkan rumah untuk beberapa hari, pemilik rumah boleh ambil sedikit masa untuk periksa keadaan elektrik. Kalau sebelum ini DB box pernah trip, RCCB selalu jatuh, lampu berkelip atau autogate tiba-tiba kehilangan power, jangan abaikan tanda-tanda tersebut.
Shah Alam Juruelektrik Untuk Baiki Dan Upgrade Sistem Elektrik
Tronica Engineering menyediakan perkhidmatan elektrik untuk rumah, kedai dan pejabat di Shah Alam dan kawasan sekitar.
Antara kerja yang kami boleh bantu termasuk:
- Electrical trip dan RCCB/MCB yang kerap trip
- Pemeriksaan dan upgrade kotak DB
- Main switch replacement
- Electrical wiring repair
- Earthing system dan earth testing
- Surge Protection Device (SPD)
- Lightning protection
- Autogate wiring dan electrical repair
- EV charger installation
- Pemeriksaan sistem elektrik rumah lama
- Electrical inspection untuk rumah, kedai dan pejabat
Kami mempunyai pengalaman lebih 25 tahun dalam kerja electrical engineering. Sebelum mencadangkan sebarang repair atau replacement, team akan periksa keadaan sebenar sistem elektrik terlebih dahulu.
Sekiranya rumah anda di Shah Alam dan elektrik kerap trip bila hujan, jangan hanya reset switch setiap kali masalah berlaku. Lebih baik periksa puncanya supaya anda tahu apa yang sebenarnya berlaku pada sistem elektrik rumah.
Call Tronica Engineering: 012 – 870 2699
Service area: Shah Alam, Setia Alam, Klang, Subang Jaya, Puchong, Petaling Jaya, Klang Valley dan kawasan sekitar Selangor. Masalah elektrik lebih baik diperiksa awal, terutama kalau anda selalu tinggalkan rumah untuk bekerja, balik kampung atau pergi bercuti. Jangan tunggu sampai masalah berlaku ketika rumah kosong.






