Cuaca panas, hujan lebat dan ribut petir boleh menyebabkan pelbagai masalah elektrik di rumah atau pejabat. Kadang-kadang masalah bermula dengan perkara kecil seperti soket longgar, lampu tidak menyala atau suis aircond yang kerap trip.
Jika masalah elektrik berlaku berulang kali, jangan abaikan. Pemeriksaan awal dapat membantu mengenal pasti punca sebelum masalah menjadi lebih serius.
Elektrik Rumah atau Pejabat Kerap Trip
Jika MCB atau RCCB kerap trip apabila menggunakan beberapa peralatan elektrik, mungkin terdapat masalah pada litar, pendawaian atau salah satu peralatan yang digunakan.
Jangan hanya naikkan semula suis setiap kali trip berlaku. Jika masalah terus berulang, pemeriksaan elektrik mungkin diperlukan untuk mengetahui puncanya.
Aircond Bermasalah Pada Hari Panas
Pada hari yang panas, aircond biasanya digunakan lebih lama. Jika suis aircond trip selepas beberapa minit atau selepas 10 hingga 20 minit digunakan, masalah mungkin berkaitan dengan suis, pendawaian atau bekalan elektrik ke aircond.
Pemeriksaan boleh membantu mengenal pasti bahagian yang bermasalah sebelum terus menggunakan aircond seperti biasa.
Soket atau Suis Longgar
Soket atau suis yang longgar bukan perkara yang patut dibiarkan. Jika soket terasa panas, terdapat bunyi berdengung, percikan api atau kesan terbakar, hentikan penggunaan dan dapatkan pemeriksaan.
Soket yang rosak juga boleh menyebabkan peralatan elektrik tidak berfungsi dengan baik.
Plug Soket Point Tiada Bekalan Elektrik
Kadang-kadang hanya satu plug soket point yang tidak mempunyai bekalan elektrik walaupun elektrik di bahagian lain rumah masih berfungsi.
Masalah boleh berpunca daripada soket, suis, sambungan wayar atau litar tertentu. Pemeriksaan diperlukan untuk mengetahui punca sebenar.
Lampu, Oven atau Kitchen Hood Tidak Berfungsi
Lampu LED yang tidak menyala mungkin hanya memerlukan penggantian lampu. Tetapi jika masalah berlaku pada suis, wiring atau bekalan elektrik, pemeriksaan lebih lanjut mungkin diperlukan.
Peralatan dapur seperti oven dan kitchen hood juga memerlukan bekalan elektrik yang sesuai dan sambungan yang baik.
Perlukan Tambahan Plug Soket Point?
Jika rumah sudah mempunyai terlalu banyak extension plug atau power point tidak mencukupi, anda mungkin memerlukan tambahan power point.
Kami boleh membantu memeriksa lokasi yang sesuai dan menyediakan sambungan elektrik mengikut keperluan rumah, kedai atau pejabat.
Hujan Lebat dan Ribut Petir
Hujan lebat dan ribut petir boleh menyebabkan gangguan elektrik atau trip pada sesetengah rumah.
Jika elektrik kerap trip selepas hujan atau terdapat masalah pada bahagian tertentu rumah, jangan abaikan keadaan tersebut. Pemeriksaan boleh membantu mengenal pasti masalah pada litar atau wiring.
Bila Perlu Panggil Wireman?
Anda disarankan mendapatkan pemeriksaan jika terdapat:
- Suis atau soket panas
- Bau hangit
- Percikan api
- Bunyi berdengung
- Wiring yang rosak
- Aircond atau water heater kerap trip
- MCB atau RCCB kerap trip
- Power point tiba-tiba tiada elektrik
Masalah elektrik yang kecil juga tidak sepatutnya dibiarkan terlalu lama, terutama jika masalah berlaku berulang kali.
Servis Elektrik di Puchong
Tronica Engineering Services menyediakan servis elektrik untuk rumah, kedai dan pejabat di kawasan Puchong.
Antara servis yang kami lakukan termasuk:
- Pemeriksaan dan pembaikan masalah elektrik
- Pemeriksaan trip elektrik
- Pemasangan power point dan soket
- Pemasangan suis
- Pemasangan lampu dan LED
- Point elektrik untuk aircond
- Wiring dan tambahan point elektrik
- Pemeriksaan DB Box, MCB dan RCCB
- Kerja elektrik untuk dapur dan peralatan elektrik
- Kerja-kerja elektrik mengikut keperluan rumah atau premis
Kami boleh membantu untuk kerja elektrik kecil dan juga kerja yang lebih besar. Sebelum kerja dimulakan, kami akan melihat masalah dan keperluan terlebih dahulu supaya kerja yang sesuai dapat dicadangkan.
Kawasan yang Kami Servis di Puchong
Kami menyediakan servis elektrik di:
- Puchong
- Puchong Utama
- Bandar Puteri Puchong
- Puchong Jaya
- Bukit Puchong
- Bandar Kinrara
- Taman Kinrara
- Puchong Perdana
- Kawasan sekitar Puchong
Perlukan Electrician di Puchong?
Jika anda menghadapi masalah elektrik di rumah, kedai atau pejabat, hubungi Tronica Engineering Services untuk pemeriksaan dan servis elektrik.
Sila hubungi Mr Alex di talian : 012 – 870 2699




