✕

Masalah Elektrik Biasa Berlaku di Rumah – Bila Perlu Panggil Wireman?

Common Electrical Problems at Home – When Do You Need a Wireman?

30/09/2026

家里常见的电路问题|什么时候需要找电工检查?

30/09/2026

Masalah Elektrik Biasa Berlaku di Rumah – Bila Perlu Panggil Wireman?

30/09/2026

Biasanya kita tidak begitu fikir tentang sistem elektrik di rumah selagi semuanya berjalan seperti biasa. Tetapi bila elektrik tiba-tiba trip, main switch selalu trip, satu bilik tiada elektrik atau socet terasa panas, barulah kita mula perasan ada sesuatu yang tidak kena.

Ada masalah elektrik yang mungkin berpunca daripada peralatan elektrik itu sendiri. Tetapi sekiranya masalah yang sama berlaku berkali-kali, jangan hanya reset switch setiap kali ia trip.

Lebih baik panggil Wireman atau electrician untuk check puncanya.

1. Elektrik Selalu Trip

Elektrik trip adalah antara masalah elektrik yang biasa berlaku di rumah. Contohnya, bila anda hidupkan aircond, water heater, kettle atau peralatan elektrik lain, tiba-tiba elektrik terputus.

Puncanya boleh berbeza. Ia mungkin disebabkan oleh peralatan elektrik itu sendiri yang rosak, terlalu banyak penggunaan elektrik pada satu circuit, masalah wiring atau masalah pada protection device dalam kotak DB. Sekiranya selalu trip, jangan hanya reset dan terus gunakan seperti biasa. Wireman boleh check circuit yang terlibat untuk mencari kemungkinan punca masalah.

2. Main Switch Selalu Trip

Ada masa bukan satu bilik sahaja yang tiada elektrik. Seluruh rumah pula terputus elektrik. Jika Main Switch atau ELCB/RCCB selalu trip, masalah mungkin berkaitan dengan wiring, peralatan elektrik, kebocoran elektrik, beban elektrik atau kotak DB. Sekiranya selepas reset ia trip lagi, sebaiknya buat pemeriksaan.

3. Beberapa Bahagian Soket & Suis Tak Ada Elektrik

Contohnya ruang tamu ada elektrik, tetapi satu bilik atau beberapa soket dan suis tiba-tiba tidak boleh digunakan. Ia mungkin disebabkan oleh circuit yang trip atau masalah pada socket, wiring atau sambungan elektrik. Jika reset masih tidak menyelesaikan masalah, Wireman boleh check bahagian tersebut.

4. Soket atau Suis Terasa Panas

Soket dan suis tidak sepatutnya ada rasa terlalu panas semasa digunakan. Sekiranya ada soket panas, bau terbakar, kesan hitam, bunyi pelik atau percikan api, berhenti menggunakannya dan panggil Wireman untuk check. Jangan terus gunakan hanya kerana soket itu masih boleh berfungsi.

5. Wiring Rumah Sudah Lama

Untuk rumah yang sudah berusia, keadaan wiring juga elok diperiksa. Lebih-lebih lagi jika rumah pernah dibuat renovation dan banyak electrical point telah ditambah selama bertahun-tahun. Keperluan elektrik rumah sekarang mungkin sudah jauh berbeza berbanding ketika rumah mula-mula dibina. Sekiranya anda tinggal di rumah lama atau sedang merancang renovation, pemeriksaan wiring boleh membantu mengetahui keadaan sistem elektrik sedia ada.

6. Perlu Tambah Soket

Semakin lama tinggal di rumah, semakin banyak peralatan elektrik yang digunakan. Aircond, water heater, peti ais, washing machine, peralatan dapur dan komputer semuanya memerlukan electrical point yang baik. Sekiranya terlalu banyak extension plug digunakan, anda mungkin boleh pertimbangkan untuk tambah power point atau electrical point yang sesuai. Tetapi sebelum tambah soket baru, wiring dan circuit sedia ada perlu diperiksa terlebih dahulu.

7. Masalah Elektrik Selepas Renovation

Renovation juga merupakan masa di mana ramai pemilik rumah perlukan Wireman. Contohnya nak tambah soket, pindahkan lampu, tambah point untuk aircond atau water heater atau tambah electrical point didapur. Sebelum buat kerja baru, Wireman boleh check keadaan wiring dan sistem elektrik yang sedia ada. Dengan cara ini, pemilik rumah boleh tahu apa yang perlu ditambah, dibaiki atau di-upgrade.

Bila Perlu Panggil Wireman?

Anda boleh pertimbangkan untuk panggil Wireman jika:

  • Elektrik selalu trip
  • Main Switch selalu trip
  • Soket atau suis terasa panas
  • Ada bau terbakar atau percikan api
  • Satu bahagian rumah tiada elektrik
  • Rumah sudah lama dan mahu check wiring
  • Perlu tambah power point atau electrical point
  • Sedang buat renovation atau electrical upgrade

Untuk masalah yang melibatkan wiring, DB Box dan circuit elektrik, lebih baik biarkan orang yang berpengalaman membuat pemeriksaan.

Perlukan Wireman untuk Check Masalah Elektrik Rumah?

Masalah elektrik tidak semestinya datang dari satu punca sahaja. Daripada terus meneka atau reset switch berkali-kali, lebih baik panggil Wireman untuk check dan lihat dari mana masalah mungkin datang. Tronica Engineering Services mempunyai lebih 25 tahun pengalaman dalam industri elektrik. Kami menyediakan servis untuk rumah termasuk electrical troubleshooting, wiring check, kotak DB, power point plug socket, electrical point, earthing serta kerja repair dan electrical upgrade.

Kami menyediakan perkhidmatan di Selangor, Kuala Lumpur dan kawasan berdekatan. Hubungi Mr Alex 012 – 870 2699

Ada masalah elektrik di rumah, perlu Wireman untuk check wiring atau mahu tambah soket dan suis? Hubungi kami untuk mendapatkan nasihat.

Related Post

30/09/2026

家里常见的电路问题|什么时候需要找电工检查?

平时在家里,我们很少会特别注意电路。直到突然跳电、家里的总开关一直跳、某个房间没有电,或者插座突然发热,才发现家里的电路可能出现问题。