Jika anda tinggal di Setia Alam dan memerlukan wireman untuk masalah elektrik trip, wiring, water heater atau kotak DB, Tronica Engineering Services menyediakan servis elektrik untuk rumah, kedai dan pejabat. Kami mempunyai 25 tahun pengalaman dalam kerja elektrik, daripada masalah elektrik harian sehingga troubleshooting, repair dan upgrade kotak DB.
Main Switch Rumah Selalu Trip
Jika main switch di rumah selalu trip, jangan hanya naikkan semula switch setiap kali ia berlaku. Masalah trip boleh berpunca daripada peralatan elektrik, wiring, MCB, RCCB atau masalah lain dalam litar. Kami akan menggunakan multimeter dan electrical tester untuk membuat pemeriksaan dan mencari punca sebenar sebelum melakukan kerja repair.
Buka Water Heater Terus Trip
Ada rumah yang mengalami masalah apabila water heater dibuka, kotak DB terus trip. Ada juga yang hanya trip selepas water heater digunakan untuk beberapa ketika. Masalah ini boleh berkaitan dengan water heater, wiring, switch, RCCB atau beban elektrik. Kami akan periksa litar dan bahagian berkaitan, bukan sekadar tukar switch tanpa mencari punca masalah.
Pemeriksaan Water Heater
Jika water heater tidak mempunyai power, switch selalu trip, switch terasa panas atau terdapat bau hangit semasa digunakan, pemeriksaan elektrik perlu dibuat. Kami boleh periksa switch water heater, wiring, sambungan dan protection device untuk mengetahui sama ada masalah datang daripada water heater atau litar elektrik rumah.
Troubleshooting Elektrik Yang Betul
Masalah elektrik tidak semestinya boleh nampak dengan hanya memeriksa satu tempat. Contohnya, masalah pada lampu, soket atau water heater mungkin berkaitan dengan wiring atau kotak DB. Kami menggunakan multimeter, electrical tester dan alat pemeriksaan yang sesuai untuk check litar dengan lebih teratur, supaya punca masalah dapat dikenal pasti sebelum repair atau tukar komponen.
Upgrade DB Box di Setia Alam
Jika kotak DB rumah sudah lama, switch dalam keadaan lama, ruang tidak mencukupi atau rumah sudah mempunyai lebih banyak peralatan elektrik, kotak DB boleh diperiksa untuk upgrade. Kami akan melihat keadaan wiring dan penggunaan elektrik rumah sebelum menentukan susunan dan protection yang sesuai.
Tukar RCCB
RCCB merupakan salah satu protection device penting dalam sistem elektrik rumah. Jika RCCB selalu trip, sudah lama atau mengalami masalah, pemeriksaan boleh dibuat untuk menentukan sama ada perlu ditukar. RCCB yang baru juga perlu dipilih berdasarkan keadaan dan penggunaan litar, bukan sekadar memasang apa-apa model.
MCCB & Perlindungan Elektrik
Untuk litar yang menggunakan arus lebih tinggi atau sistem three phase, MCCB yang sesuai boleh digunakan sebagai perlindungan. Kami akan melihat beban elektrik dan keadaan litar sebelum memilih saiz serta jenama MCCB yang baik dan sesuai untuk kegunaan tersebut.
Gunakan Switch Water Heater Yang Baik
Water heater biasanya digunakan setiap hari, jadi switch dan sambungan wiring juga perlu berada dalam keadaan baik. Jika switch longgar, panas, rosak atau sudah lama, ia patut diperiksa. Kami boleh membantu menukar kepada switch water heater yang berkualiti serta memeriksa wiring dan sambungan berkaitan.
Servis Elektrik Lain di Setia Alam
Selain masalah trip, water heater dan kotak DB, kami juga menyediakan kerja elektrik harian seperti pasang atau tukar lampu, kipas siling, switch, soket, power point aircond, power point water heater, tambah point elektrik dan repair wiring.
Kerja Elektrik Single Phase & Three Phase
Kami boleh menjalankan kerja elektrik single phase dan three phase untuk rumah, kedai, pejabat dan kerja renovation. Jika anda ingin menambah peralatan elektrik atau membuat renovation, wiring sedia ada boleh diperiksa terlebih dahulu untuk melihat sama ada ia sesuai untuk penggunaan baru.
Bila Perlu Panggil Wireman?
Jika main switch selalu trip, water heater menyebabkan trip, soket atau switch menjadi panas, terdapat bau hangit, lampu tidak normal atau kotak DB sudah lama, elok buat pemeriksaan. Jika masalah yang sama selalu berulang, lebih baik cari punca sebenar daripada hanya tukar switch setiap kali masalah berlaku.
Servis Wireman Tronica di Setia Alam
Tronica Engineering Services menyediakan servis elektrik di Setia Alam dan kawasan sekitar untuk electrical repair, wiring, troubleshooting, DB box upgrade dan kerja elektrik harian. Dengan 25 tahun pengalaman, kami boleh membantu untuk kerja single phase dan three phase serta membuat pemeriksaan berdasarkan keadaan sebenar di lokasi.
Jika anda di Setia Alam dan mengalami masalah elektrik trip, water heater, kotak DB, RCCB atau masalah wiring lain, hubungi kami untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Telefon: 012 – 870 2699




