Setiap memang busy dengan macam-macam benda, jadi masalah elektrik di rumah kadang-kadang ditangguhkan untuk kemudian. Soket tiba-tiba tiada elektrik, suis menjadi panas atau elektrik selalu trip mungkin nampak seperti masalah kecil. Tetapi jika masalah yang sama terus berlaku, lebih baik ia diperiksa lebih awal supaya tidak menjadi masalah yang lebih besar.
Tronica Engineering Services menyediakan servis wiring dan baiki elektrik untuk rumah, kondominium, pejabat, kedai dan premis lain di Puchong serta kawasan berdekatan. Dengan 25 tahun pengalaman dalam kerja elektrik, kami membantu pelanggan dengan pendawaian elektrik, pendawaian semula, elektrik trip, masalah kotak DB, soket dan kerja elektrik yang lain. Jika anda tidak pasti punca masalah, hubungi Mr Alex untuk mendapatkan pemeriksaan. Memeriksa masalah lebih awal boleh menjimatkan masa, wang dan mengurangkan masalah pada kemudian hari.
Pelbagai Penyelesaian Elektrik
Masalah elektrik boleh berlaku di rumah baru atau rumah yang sudah lama. Contohnya, point elektrik no power, elektrik selalu trip, lampu tidak menyala atau anda memerlukan point elektrik tambahan selepas membuat renovation rumah.
Tronica Engineering Services menyediakan pelbagai kerja elektrik di Puchong, termasuk pendawaian elektrik, pendawaian semula, membaiki elektrik trip, suis dan soket, point lampu, kerja DB box, pendawaian aircond, pendawaian pemanas air dan pembaikan elektrik yang lain.
Pendawaian Rumah & Pendawaian Semula di Puchong
Apabila renovate rumah, ramai pemilik rumah memerlukan soket tambahan, point lampu atau point elektrik lain. Jika pendawaian wiring rumah sudah lama, keadaan wayar sedia ada juga boleh diperiksa sebelum point baru ditambah.
Kami menyediakan kerja pendawaian dan pendawaian semula untuk satu atau sebahagian dalam rumah di Puchong, termasuk soket tambahan, point lampu, point untuk peralatan elektrik dan kerja wiringlain. Kerja yang diperlukan bergantung kepada keadaan wiring sedia ada dan keperluan rumah anda.
Menambah Point Elektrik Baharu
Sekarang semakin banyak peralatan elektrik digunakan di rumah. Kadang-kadang soket yang sedia ada tidak mencukupi untuk peti sejuk, mesin basuh, pemanas air, aircond, peralatan dapur, TV dan peralatan lain.
Point elektrik tambahan perlu disambungkan dengan cara yang sesuai. Kami boleh memeriksa wiring sedia ada dan membantu menambah soket, point lampu serta point elektrik lain mengikut keperluan rumah.
Masalah Elektrik Yang Biasa Berlaku
Elektrik trip adalah antara masalah yang biasa berlaku di rumah. Contohnya, elektrik trip apabila aircond, water heater atau peralatan elektrik lain dihidupkan. Puncanya boleh datang dari pelbagai sebab, jadi lebih baik periksa punca masalah daripada hanya menghidupkan semula bekalan elektrik setiap kali ia trip.
Masalah lain termasuk suis rosak, soket tiada elektrik, lampu berkelip, sambungan wayar longgar, kabel rosak dan bau hangit dari point elektrik. Jika suis atau soket terasa panas, terdapat bau hangit atau elektrik kerap trip, sebaiknya masalah tersebut diperiksa lebih awal.
Kotak DB, Earthing & Perlindungan Kilat
Kotak DB mengawal dan melindungi litar elektrik yang berbeza didalam rumah atau premis. Jika kotak DB sudah lama, rosak atau sering mengalami masalah, ia mungkin perlu dibaiki, diganti atau di upgrade selepas keadaan sistem elektrik diperiksa.
Kami juga menyediakan kerja sistem earthing atau grounding serta pemasangan perlindungan kilat (lightning protection) untuk rumah dan premis lain. Sistem ini merupakan sebahagian penting daripada keselamatan sistem elektrik dan perlu dipasang mengikut keadaan serta keperluan premis.
Kerja Elektrik, Pasang Autogate dan Wiring di Puchong
Selain wiring dan baiki elektrik, kami juga menyediakan kerja untuk aircond, pemanas air, point lampu, soket tambahan dan pelbagai peralatan elektrik dirumah. Kami juga menyediakan pemasangan autogate serta kerja wiring elektrik yang berkaitan untuk rumah dan kedai.
Dengan 25 tahun pengalaman dalam kerja elektrik, Tronica Engineering Services membantu pelanggan untuk pelbagai jenis kerja elektrik di rumah dan premis komersial. Kami akan melihat masalah sebenar terlebih dahulu sebelum menentukan kerja yang diperlukan.
Juruelektrik Puchong & Kawasan Berdekatan
Tronica Engineering Services menyediakan perkhidmatan elektrik di Puchong dan kawasan berdekatan untuk rumah, kondominium, pejabat, kedai dan premis lain. Kawasan perkhidmatan kami termasuk Bandar Puteri Puchong, Puchong Jaya, Bandar Kinrara, Taman Kinrara, Puchong Utama dan kawasan sekitarnya.
Jika anda sedang mencari juruelektrik di Puchong untuk wiring elektrik, wiring semula, masalah elektrik trip, kerja kotak DB, sistem earthing, perlindungan kilat, pemasangan autogate atau kerja elektrik yang lain, hubungi Tronica Engineering Services.
Hubungi Mr Alex: 012 – 870 2699




