✕

Wireman Damansara – Servis Baiki Elektrik & Pendawaian

Electrician Damansara – Electrical Repair & Wiring Services

30/09/2026

Damansara 电工|家庭电路维修与电线服务

30/09/2026

Wireman Damansara – Servis Baiki Elektrik & Pendawaian

30/09/2026

Jika anda tinggal di Damansara dan sedang mencari wireman untuk masalah elektrik di rumah, Tronica Engineering Services menyediakan servis membaiki elektrik, pemeriksaan, pendawaian wiring, upgrade kotak DB dan kerja-kerja elektrik yang berkaitan. Dengan 25 tahun pengalaman, kami telah mengendalikan pelbagai masalah elektrik di rumah dan premis perniagaan, termasuk elektrik trip, soket tiada bekalan, suis rosak, DB box lama dan masalah pendawaian.

Di kawasan Damansara terdapat pelbagai jenis rumah dan premis seperti rumah teres lama, rumah yang telah di renovate, kondominium, pejabat dan kedai. Keadaan wiring setiap rumah mungkin berbeza. Ada masalah yang mudah dilihat seperti soket terbakar atau suis rosak, manakala masalah lain mungkin berlaku didalam wiring dan memerlukan pemeriksaan untuk mencari punca sebenar.

Masalah Elektrik Biasa Berlaku di Damansara

Salah satu masalah yang biasa berlaku ialah elektrik selalu trip. Contohnya, apabila anda menghidupkan aircond, water heater oven atau peralatan elektrik lain, bekalan elektrik tiba-tiba terputus. Jika litar yang sama selalu trip, hanya menaikkan semula MCB atau RCCB mungkin tidak menyelesaikan masalah. Puncanya mungkin disebabkan beban elektrik yang tinggi, peralatan rosak, pendawaian bermasalah atau kerosakan lain pada litar.

Masalah lain yang biasa kami jumpa termasuk soket tiada bekalan elektrik, suis rosak, lampu selalu terpadam, bau terbakar daripada soket atau suis, kotak DB lama dan elektrik yang kerap trip. Jika terdapat bau terbakar, percikan api atau soket dan suis menjadi terlalu panas, sebaiknya hentikan penggunaan dan periksa masalah tersebut.

Servis Pemeriksaan & Baiki Elektrik di Damansara

Jika masalah elektrik yang sama berlaku berulang kali, membaikinya sendiri mungkin hanya menyelesaikan masalah untuk sementara. Contohnya, selepas elektrik trip, anda naikkan semula suis dan semuanya kelihatan normal. Tetapi beberapa hari kemudian, masalah yang sama berlaku lagi. Dalam keadaan seperti ini, punca sebenar perlu diperiksa.

Tronica menyediakan servis pemeriksaan dan pembaikan elektrik untuk rumah dan premis perniagaan di Damansara. Kami boleh memeriksa litar berkaitan, suis, soket, kotak DB dan wiring untuk mengenalpasti punca masalah sebelum mencadangkan kerja pembaikan yang diperlukan.

Upgrade Kotak DB untuk Rumah Lama

Sesetengah rumah di Damansara telah digunakan selama bertahun-tahun. Pada masa yang sama, penggunaan elektrik di rumah juga semakin bertambah dengan pemasangan lebih banyak aircond, water heater, peralatan dapur dan peralatan elektrik lain.

Jika kotak DB anda sudah lama, rosak atau kerap menyebabkan elektrik trip, anda boleh membuat pemeriksaan. Tronica Engineering menyediakan kerja upgrade kotak DB, tukar MCB dan RCCB, susunan litar serta kerja elektrik berkaitan. Kerja yang diperlukan bergantung kepada keadaan sistem elektrik sedia ada.

Pendawaian Rumah di Damansara

Sesetengah rumah di Damansara telah didiami selama bertahun-tahun dan mungkin telah melalui beberapa kali lakukan renovation. Lama-kelamaan, wiring boleh menjadi lama, rosak atau tidak lagi sesuai dengan penggunaan elektrik semasa.

Jika anda sedang mengubah suai rumah lama, menambah aircond, memasang water heater atau menambah lebih banyak soket, ini merupakan masa yang sesuai untuk memeriksa pendawaian sedia ada. Tronica boleh memeriksa keadaan sistem elektrik dan mencadangkan sama ada pembaikan kecil, pendawaian semula sebahagian atau kerja naik taraf yang lebih menyeluruh diperlukan.

Earthing & Keselamatan Elektrik

Sistem earthing yang baik merupakan sebahagian penting dalam sistem elektrik rumah. Masalah earthing tidak semestinya dapat dilihat dengan jelas. Namun, jika anda terasa seperti terkena renjatan kecil apabila menyentuh peralatan elektrik, mengalami masalah elektrik atau terdapat masalah ketika hujan dan kilat, sistem elektrik perlu diperiksa.

Tronica menyediakan pemeriksaan earthing, kerja earthing dan servis berkaitan perlindungan kilat untuk rumah dan premis perniagaan. Kerja yang diperlukan bergantung kepada keadaan sistem elektrik dan keadaan di lokasi.

Pendawaian Aircond, Water Heater & Soket

Apabila memasang peralatan elektrik baru, ia tidak semestinya hanya disambungkan kepada soket yang paling dekat. Aircond, water heater dan peralatan yang menggunakan kuasa tinggi mungkin memerlukan pendawaian dan perlindungan litar yang sesuai.

Jika suis aircond tiada bekalan elektrik, elektrik trip tidak lama selepas aircond dihidupkan atau terdapat bau terbakar daripada suis, pendawaian dan litar berkaitan perlu diperiksa. Kami juga menyediakan kerja pemasangan soket, suis dan keperluan elektrik rumah yang lain.

Bila Perlu Panggil Wireman?

Anda boleh mempertimbangkan pemeriksaan elektrik jika mengalami masalah seperti:

  • Elektrik selalu trip
  • Satu peralatan tertentu menyebabkan elektrik trip
  • Soket atau suis menjadi panas
  • Terdapat bau terbakar
  • Soket tiba-tiba tiada elektrik
  • Lampu berkelip atau selalu terpadam
  • Kotak sudah lama
  • Terasa renjatan kecil daripada peralatan elektrik
  • Rumah lama sedang di renovate
  • Memerlukan soket tambahan atau pendawaian untuk peralatan baru

Jika masalah elektrik yang sama selalu berulang, jangan hanya naikkan semula suis setiap kali elektrik trip. Kadang-kadang masalah kecil boleh menjadi tanda terdapat masalah pada pendawaian, litar atau kotak DB.

Wireman Dipercayai – Hubungi Tronica Engineering

Tronica Engineering Services mempunyai 25 tahun pengalaman dalam kerja-kerja elektrik. Kami menyediakan servis membaiki elektrik, pemeriksaan, wiring, upgrade, earthing, pemasangan soket, kerja elektrik untuk aircond dan water heater, pendawaian pengecas EV serta servis berkaitan perlindungan kilat.

Kami menyediakan servis di Damansara dan kawasan berdekatan, termasuk Damansara Utama, Damansara Jaya, Kota Damansara, Damansara Perdana serta kawasan sekitar Petaling Jaya dan Selangor.

Jika anda mengalami masalah elektrik yang berulang, anda boleh hantar gambar kepada kami atau hubungi kami untuk menerangkan masalah tersebut. Kami boleh memahami keadaan anda terlebih dahulu dan menerangkan langkah seterusnya. Hubungi Mr Alex 012 – 870 2699.

Related Post