Kehidupan harian kita memang sibuk, jadi kerja-kerja kecil di rumah kadang-kadang terpaksa ditangguhkan. Masalah elektrik yang kecil mungkin nampak tidak serius pada awalnya, tetapi jika dibiarkan terlalu lama, ia boleh menjadi masalah yang lebih besar. Contohnya, suis rosak, soket tiada bekalan elektrik atau elektrik sering trip adalah masalah yang elok diperiksa lebih awal.
Tronica Engineering Services menyediakan perkhidmatan wiring dan baiki elektrik untuk rumah, kondominium, pejabat, kedai dan premis lain di Shah Alam serta kawasan berdekatan. Kami membantu menyelesaikan masalah seperti elektrik trip, suis dan soket rosak, masalah kotak DB, wiring elektrik dan wiring semula. Jika anda tidak pasti punca masalah elektrik, anda boleh hubungi Mr Alex untuk mendapatkan pemeriksaan dan nasihat mengenai kerja yang diperlukan. Memeriksa masalah lebih awal boleh menjimatkan masa, wang dan mengurangkan masalah pada kemudian hari.
Perkhidmatan Elektrik di Shah Alam
Masalah elektrik boleh berlaku pada bila-bila masa. Contohnya, soket tiba-tiba tiada elektrik, elektrik selalu trip, suis menjadi panas apabila digunakan atau sebahagian rumah tiba-tiba tiada bekalan elektrik. Jika masalah yang sama berlaku berulang kali, lebih baik periksa puncanya daripada hanya menghidupkan semula bekalan elektrik setiap kali ia trip.
Tronica Engineering Services menyediakan pelbagai kerja elektrik di Shah Alam, termasuk betulkan wiring elektrik, wiring semula, membaiki elektrik trip, suis dan soket, pemasangan point lampu, upgrade kotak DB, wiring aircond, wiring water heater dan kerja-kerja baiki elektrik yang lain.
Wiring Elektrik & Buat Wiring Semula
Wiring elektrik mungkin diperlukan apabila anda membuat renovation rumah, sama ada menambah soket elektrik atau memasang peralatan elektrik baru. Rumah yang sudah lama juga boleh diperiksa jika pendawaian, suis atau soket mula mengalami masalah.
Kami boleh membantu dengan penambahan point soket elektrik, soket tambahan, point lampu, wiring peralatan elektrik dan wiring semula rumah di Shah Alam. Kerja yang diperlukan bergantung kepada keadaan pendawaian sedia ada dan keperluan rumah atau premis anda.
Masalah Elektrik Yang Biasa Berlaku
Elektrik trip adalah antara masalah yang biasa berlaku di rumah. Contohnya, elektrik trip apabila aircond, pemanas air atau peralatan elektrik lain dihidupkan. Puncanya boleh berbeza, jadi adalah lebih baik untuk memeriksa masalah tersebut daripada terus menghidupkan semula suis setiap kali elektrik trip.
Masalah lain termasuk soket tiada elektrik, suis rosak, lampu berkelip, sambungan wayar longgar, kabel rosak dan bau hangit dari suis atau soket. Jika suis atau soket terasa terlalu panas, terdapat bau hangit atau elektrik kerap trip, sebaiknya periksa masalah tersebut secepat mungkin.
Kerja Elektrik Lain Yang Kami Sediakan
Selain wiring dan baiki elektrik, kami juga menyediakan kerja sistem earthing atau grounding. Sistem earthing yang baik membantu menyediakan laluan yang sesuai apabila berlaku masalah elektrik dan membantu meningkatkan keselamatan sistem elektrik.
Kami juga menyediakan pemasangan sistem lightning protection, wiring aircond, pemanas air, soket tambahan, point lampu dan kerja elektrik untuk pelbagai peralatan. Bagi rumah atau kedai yang memerlukan autogate, kami juga menyediakan pemasangan autogate serta kerja pendawaian berkaitan.
Juruelektrik Shah Alam & Kawasan Berdekatan
Tronica Engineering Services menyediakan perkhidmatan elektrik untuk rumah, kondominium, pejabat, kedai dan premis lain di Shah Alam serta kawasan berdekatan. Kawasan perkhidmatan kami termasuk Shah Alam, Setia Alam, Kota Kemuning, Bukit Jelutong, Bukit Rimau, Denai Alam dan kawasan sekitarnya.
Jika anda sedang mencari juruelektrik di Shah Alam untuk pendawaian elektrik, pendawaian semula, masalah elektrik trip, kerja kotak DB, sistem earthing, perlindungan kilat, pemasangan autogate atau kerja elektrik yang lain, hubungi Mr Alex di talian 012 – 870 2699 .




