Elektrik merupakan sebahagian penting dalam kehidupan harian. Hampir semua perkara di rumah memerlukan bekalan elektrik, daripada lampu, kipas dan soket sehinggalah aircond, water heater dan peralatan dapur. Bila satu bahagian elektrik mula bermasalah, kerja harian pun boleh terganggu. Contohnya, socket tiba-tiba tiada power, lampu berkelip, suis menjadi panas atau elektrik trip apabila appliance tertentu dihidupkan.
Ada masalah yang boleh berlaku sekali sahaja. Tetapi kalau masalah yang sama kerap berlaku, elok periksa puncanya. Reset elektrik mungkin membuatkan bekalan kembali normal, tetapi ia tidak semestinya menyelesaikan masalah sebenar.
Tronica Engineering Services menyediakan servis wiring dan electrical repair di Putrajaya serta kawasan berdekatan. Kami membantu untuk rumah, apartment, pejabat, kedai dan premis lain dengan kerja seperti electrical troubleshooting, wiring, rewiring, DB box, power point, aircond wiring dan water heater wiring. Dengan 25 tahun pengalaman dalam kerja elektrik, kami akan melihat keadaan sedia ada sebelum menentukan kerja yang diperlukan.
Dapatkan Pemeriksaan Dan Baiki Elektrik
Rumah di Putrajaya mempunyai pelbagai keperluan elektrik bergantung kepada saiz rumah, jumlah penghuni dan penggunaan appliance. Bila semakin banyak peralatan digunakan, kadang-kadang wiring dan circuit sedia ada perlu diperiksa semula. Contohnya, rumah yang pada awalnya hanya menggunakan beberapa aircond mungkin kemudiannya ditambah water heater, oven, dryer, induction cooker dan peralatan lain.
Jika mula berlaku masalah seperti circuit trip atau socket tertentu tidak berfungsi, pemeriksaan boleh membantu mengetahui bahagian mana yang bermasalah.
Tronica Engineering boleh membantu dengan kerja elektrik untuk rumah baru, rumah yang sudah lama diduduki dan rumah yang sedang melalui renovation.
Bila Elektrik Trip Berulang Kali
Elektrik trip sebenarnya merupakan sesuatu yang perlu diberi perhatian, terutama jika ia berlaku berulang kali. Ada pemilik rumah yang akan terus naikkan semula MCB atau reset RCCB setiap kali bekalan terputus. Jika selepas itu semuanya kembali normal, masalah mungkin dianggap sudah selesai.
Tetapi kalau beberapa jam atau hari kemudian trip lagi, punca sebenar masih mungkin ada.
Masalah boleh berkaitan dengan appliance, socket, wiring, circuit atau komponen perlindungan dalam kotak DB. Sebab itu kami lebih suka memeriksa keadaan terlebih dahulu daripada terus menukar komponen tanpa mengetahui puncanya.
Pendawaian Rumah & Rewiring Putrajaya
Wiring mungkin perlu diberi perhatian apabila rumah sedang direnovate atau apabila banyak perubahan dibuat pada sistem elektrik. Contohnya, pemilik mungkin mahu tambah socket, pindahkan switch, tambah lampu, pasang aircond baru atau menyediakan point khas untuk appliance tertentu. Untuk rumah yang lebih lama pula, wiring boleh diperiksa jika terdapat sambungan yang longgar, kabel yang rosak atau masalah elektrik yang kerap berulang.
Tronica Engineering menyediakan kerja electrical wiring, partial rewiring dan full house rewiring bergantung kepada keadaan pemasangan. Kami akan melihat wiring yang sedia ada terlebih dahulu kerana tidak semua rumah memerlukan pendawaian semula sepenuhnya.
Tambah Soket & Power Point
Keperluan power point di rumah biasanya berubah mengikut masa. Bila semakin banyak appliance digunakan, socket yang dahulu mencukupi mungkin sudah tidak mencukupi. Menambah power point bukan hanya tentang memasang socket pada dinding. Circuit dan wiring yang digunakan juga perlu diperiksa supaya penambahan baru sesuai dengan sistem elektrik sedia ada.
Kami boleh membantu dengan tambahan socket, switch, lighting point dan wiring untuk appliance di rumah Putrajaya.
Jika anda sedang renovate rumah, lebih mudah untuk merancang penambahan point elektrik sebelum kerja dinding dan kemasan selesai.
Serivs Aircond & Water Heater Wiring
Aircond dan water heater merupakan antara appliance yang biasa digunakan di rumah. Masalah boleh berlaku apabila switch tidak berfungsi, bekalan terputus atau circuit trip selepas appliance dihidupkan. Contohnya, aircond mungkin boleh digunakan selama beberapa minit sebelum MCB trip. Water heater pula mungkin menyebabkan RCCB jatuh apabila digunakan.
Jika perkara seperti ini berlaku, jangan hanya reset dan cuba berkali-kali. Pemeriksaan boleh dibuat untuk melihat keadaan appliance, switch, wiring dan circuit yang berkaitan.
Kami juga membantu dengan wiring untuk aircond, water heater dan appliance lain mengikut keperluan pemasangan.
Kotak DB & Electrical Protection
Kotak DB mengagihkan bekalan elektrik kepada circuit yang berbeza di dalam rumah atau premis. Ia juga menempatkan komponen perlindungan seperti MCB dan RCCB. Jika kotak DB kerap trip, terlalu lama atau terdapat komponen yang rosak, pemeriksaan boleh dibuat untuk melihat keadaannya. Dalam sesetengah keadaan, hanya satu komponen mungkin perlu dibaiki atau diganti. Untuk pemasangan yang lebih lama atau sudah banyak diubah, upgrade Kotak DB mungkin menjadi salah satu pilihan.
Tronica Engineering menyediakan kerja berkaitan DB box, MCB, RCCB dan electrical circuit untuk rumah dan premis di Putrajaya.
Earthing & Perlindungan Kilat
Selain wiring dan DB box, earthing juga merupakan sebahagian daripada sistem elektrik yang perlu diberi perhatian. Jika anda pernah rasa renjatan kecil apabila menyentuh appliance atau kurang pasti tentang keadaan sistem earthing di rumah, pemeriksaan boleh dilakukan. Kami juga menyediakan kerja berkaitan earthing dan lightning protection. Keperluan pemasangan bergantung kepada jenis bangunan, sistem sedia ada dan keadaan di lokasi.
Masalah Elektrik Yang Patut Diperiksa
Tidak semua masalah elektrik akan terus menyebabkan bekalan terputus. Ada tanda awal yang mungkin muncul sebelum masalah menjadi lebih besar.
Antara perkara yang boleh diperhatikan ialah:
- Elektrik atau DB box kerap trip
- Socket atau switch terasa panas
- Terdapat bau hangit daripada electrical point
- Lampu kerap berkelip atau padam
- Satu appliance menyebabkan circuit trip
- Power point tiba-tiba tidak berfungsi
- Terasa renjatan kecil daripada appliance
- Wiring kelihatan lama atau rosak
- Rumah sedang melalui renovation
- Perlu tambah banyak appliance atau power point
Jika salah satu keadaan ini berlaku, lebih baik masalah diperiksa daripada terus menggunakan point atau appliance yang sama seperti biasa.
Kerja Elektrik untuk Rumah, Pejabat & Kedai
Servis kami bukan hanya untuk rumah. Tronica Engineering juga membantu dengan kerja elektrik untuk apartment, pejabat, kedai dan premis lain di Putrajaya. Keperluan setiap premis boleh berbeza. Rumah mungkin memerlukan tambahan socket atau wiring aircond, manakala pejabat atau kedai mungkin memerlukan lebih banyak lighting point, power point atau circuit tertentu.
Kami boleh membantu dengan kerja elektrik berdasarkan keadaan pemasangan sedia ada dan keperluan premis. Selain kerja wiring dan repair, kami juga menyediakan pendawaian elektrik untuk autogate serta kerja berkaitan sistem elektrik autogate.
Wireman Putrajaya dengan 25 Tahun Pengalaman
Tronica Engineering Services menyediakan perkhidmatan wiring dan electrical repair di Putrajaya dan kawasan berdekatan. Kami membantu untuk masalah elektrik biasa, kerja renovation, wiring baru, rewiring, kotak DB dan pelbagai keperluan elektrik lain. Kami juga mengendalikan kerja single-phase dan three-phase mengikut jenis pemasangan.
Antara kerja yang kami lakukan termasuk:
- Electrical troubleshooting & repair
- Wiring & rewiring
- Kerja tukar & upgrade kotak DB
- Socket, switch & lighting point
- Aircond & water heater wiring
- Earthing & lightning protection
- EV charger wiring
- Autogate electrical wiring
Jika anda mempunyai masalah elektrik di Putrajaya, anda boleh terangkan masalah yang berlaku kepada kami. Untuk masalah tertentu, gambar bahagian yang terlibat juga boleh membantu kami memahami keadaan sebelum menentukan langkah seterusnya. Hubungi Mr Alex 012 – 870 2699






