Masalah elektrik boleh berlaku tanpa mengira jenis rumah atau bangunan. Di Mont Kiara, banyak jenis property seperti condo, apartment, townhouse, rumah landed, pejabat dan kedai. Setiap tempat mempunyai penggunaan elektrik yang berbeza, tetapi masalah seperti power point rosak, switch trip, wiring bermasalah dan lampu tidak berfungsi boleh berlaku bila-bila masa.
Dengan penggunaan aircond, water heater, oven, mesin basuh, peti sejuk dan pelbagai peralatan elektrik setiap hari, sistem elektrik rumah memang perlu berada dalam keadaan baik. Bila ada sesuatu yang pelik seperti switch selalu trip atau socket terasa panas, jangan terus anggap ia masalah kecil.
Tronica Engineering Services menyediakan servis elektrik di Mont Kiara untuk rumah, condo, apartment, pejabat dan premis perniagaan. Kami boleh membantu untuk pemeriksaan, troubleshooting, repair dan kerja wiring mengikut keadaan di lokasi.
Aircond Trip Bila Sudah Lama Dihidupkan
Aircond antara peralatan yang paling banyak digunakan di rumah dan pejabat. Ada pelanggan yang mengalami keadaan di mana aircond boleh berjalan seperti biasa pada awalnya, tetapi selepas 10 atau 20 minit, switch pula trip.
Jika perkara ini berlaku, jangan terus fikir aircond mesti rosak. Masalah boleh datang daripada aircond switch, power point, wiring, sambungan elektrik atau circuit yang digunakan. MCB atau RCCB yang trip juga tidak sepatutnya hanya dinaikkan semula berkali-kali tanpa mencari punca.
Untuk kes seperti ini, electrical troubleshooting boleh membantu menentukan bahagian mana yang menyebabkan masalah sebelum sebarang repair dibuat.
Masalah Elektrik Dalam Condo Mont Kiara
Bagi penghuni condo dan apartment, masalah elektrik walaupun kecil boleh mengganggu rutin harian. Seperti satu soket di bilik tiba-tiba tiada power, lampu berkelip, water heater tidak boleh digunakan atau power point dapur tidak berfungsi. Ada juga kes di mana beberapa point dalam rumah mengalami masalah pada masa yang sama.
Sekiranya masalah berlaku di dalam unit, wireman atau electrician boleh memeriksa point, switch, wiring dan circuit yang berkaitan. Tetapi jika masalah melibatkan kawasan common area atau sistem elektrik utama bangunan, pihak pengurusan condo mungkin perlu dipanggil kerana bahagian tersebut biasanya berada di bawah pengurusan bangunan.
Nak Tambah Power Point Di Rumah?
Bila semakin banyak appliance digunakan, power point yang asal mungkin tidak lagi mencukupi.
Contohnya, kitchen mungkin perlukan tambahan socket untuk oven atau appliance lain. Home office pula mungkin memerlukan beberapa power point untuk komputer, monitor dan peralatan kerja.
Daripada menggunakan terlalu banyak extension plug, lebih baik pertimbangkan pemasangan additional power point yang sesuai dengan wiring sedia ada. Sebelum tambah socket baru, keadaan wiring dan kapasiti circuit perlu diperiksa terlebih dahulu. Ini penting supaya point baru tidak dibuat secara sembarangan.
Soket Longgar, Panas Atau Rosak
Socket yang longgar bila plug dipasang mungkin nampak macam masalah kecil. Tetapi kalau dibiarkan, sambungan di belakang socket juga mungkin mengalami masalah.
Perhatikan juga jika soket:
- Terasa panas apabila digunakan
- Ada bau hangit
- Ada kesan hitam atau terbakar
- Bunyi berdengung
- Plug mudah tercabut atau tidak kemas
- Kadang-kadang ada power, kadang-kadang tiada
Sekiranya ada tanda seperti ini, elakkan daripada terus menggunakan socket tersebut sehingga pemeriksaan dibuat.
Lampu Kerap Berkelip Atau Tiba-Tiba Padam
Sekiranya satu lampu sahaja tidak menyala, mungkin bulb sudah rosak dan perlu diganti. Tetapi kalau bulb baru sudah dipasang dan masalah masih berlaku, atau lampu kerap berkelip, ada kemungkinan masalah datang daripada switch, connection atau wiring.
Jika beberapa lampu dalam kawasan yang sama mula menunjukkan masalah, pemeriksaan elektrik mungkin diperlukan untuk mengetahui puncanya.
Dapur, Water Heater & Barang Elektrik Lain
Dapur moden mempunyai banyak peralatan elektrik seperti oven, hood, microwave, kettle, refrigerator dan washing machine. Semua peralatan ini memerlukan bekalan elektrik yang sesuai.
Kalau appliance tidak boleh dihidupkan, socket trip atau socket menjadi panas ketika digunakan, jangan terus tukar appliance tanpa memeriksa power point terlebih dahulu.
Water heater juga perlu diberi perhatian. Kalau switch water heater kerap trip, terasa panas atau menunjukkan tanda kerosakan, sebaiknya buat pemeriksaan untuk mengetahui apa yang menyebabkan masalah tersebut.
Autogate Dan Outdoor Wiring
Untuk rumah landed di Mont Kiara, sistem elektrik bukan hanya berada di dalam rumah. Ada juga outdoor lighting, autogate, gate motor dan electrical points di luar rumah. Autogate yang tiba-tiba tidak berfungsi mungkin mengalami masalah pada motor, tetapi bekalan elektrik ke motor juga perlu diperiksa. Kadang-kadang masalah boleh datang daripada switch, wiring atau power supply.
Outdoor wiring pula lebih terdedah kepada hujan dan cuaca. Jadi, keadaan wiring dan electrical point di luar rumah juga tidak patut diabaikan.
Servis Elektrik Untuk Rumah, Condo & Office Di Mont Kiara
Setiap property mempunyai keperluan elektrik yang berbeza. Sebab itu kerja electrical repair dan wiring perlu disesuaikan dengan keadaan di lokasi.
Tronica Engineering Services menyediakan servis elektrik untuk:
- Rumah dan landed property
- Condominium dan apartment
- Office dan commercial unit
- Shop dan business premises
- Power point dan electrical switch
- Lighting
- Wiring elektrik
- Kotak DB dan circuit
- Electrical troubleshooting
Untuk kerja yang lebih besar seperti rewiring atau penambahan banyak electrical points, pemeriksaan awal boleh membantu menentukan kerja yang diperlukan.
Juruelektrik Mont Kiara Untuk Troubleshooting Elektrik
Bila elektrik bermasalah, perkara paling penting bukan sekadar menukar komponen yang rosak. Punca masalah perlu dikenal pasti terlebih dahulu. Sekiranya MCB selalu trip, kita perlu tahu kenapa ia trip. Kalau socket tidak ada power, perlu diperiksa sama ada masalah datang daripada socket, connection atau wiring.
Ini membantu mengelakkan keadaan di mana komponen ditukar tetapi masalah yang sama berlaku semula. Jika anda perlukan electrician di Mont Kiara untuk electrical checking, wiring, power point, lighting, switch atau masalah elektrik lain, boleh hubungi Tronica Engineering Services Alex 012 – 870 2699
Kami menyediakan servis elektrik Mont Kiara untuk rumah, condo, apartment, pejabat dan premis perniagaan di kawasan Mont Kiara dan kawasan berdekatan.





