✕

Wireman Ampang – Pendawaian, Baiki & Pemasangan Elektrik

Kotak DB Alam Damai Cheras – Suis Utama Trip Bila Hidupkan Water Heater

01/10/2026

Kotak DB Selalu Trip Di Taman Melawati? Ini Antara Punca Yang Perlu Diperiksa

01/10/2026

Wireman Ampang – Pendawaian, Baiki & Pemasangan Elektrik

01/10/2026

Jika anda tinggal di Ampang dan memerlukan wireman untuk kerja membaiki elektrik, pendawaian atau pemasangan elektrik, Tronica Engineering Services menyediakan servis elektrik untuk rumah, kedai dan pejabat di Ampang dan kawasan berdekatan.

Dengan 25 tahun pengalaman, kami mengendalikan masalah elektrik seperti elektrik trip, serta kerja-kerja harian seperti pemasangan lampu, menukar mentol, pemasangan kipas dan penambahan soket. Kerja elektrik tidak semestinya melibatkan kerja yang besar, kerja kecil juga penting untuk memastikan rumah anda selamat dan selesa.

Kadang-kadang anda hanya perlukan bantuan untuk memasang lampu baru, menukar kipas siling lama, menggantikan suis yang rosak atau menambah soket semasa renovation. Selain kerja harian ini, kami juga menyediakan kerja pembaikan elektrik dan pendawaian yang lebih besar.

Kerja Elektrik Harian di Ampang

Ramai pemilik rumah memerlukan wireman untuk kerja elektrik yang mudah di rumah. Contohnya memasang lampu siling baru, menukar lampu, menggantikan suis rosak, menukar soket, memasang kipas siling atau menggantikan kipas lama.

Kami juga boleh membantu dengan kerja elektrik kecil yang mungkin sukar atau tidak selamat untuk dilakukan sendiri. Jika anda mempunyai beberapa kerja elektrik di rumah, anda boleh beritahu kami semua masalah tersebut supaya kerja boleh dilihat bersama.

Pemasangan Lampu & Tukar Mentol

Jika anda ingin mengubah rupa atau lightning rumah, anda mungkin mahu menambah lampu baru atau menggantikan lampu lama. Tronica boleh membantu dengan pemasangan lampu untuk bilik tidur, ruang tamu, dapur, bilik air, koridor, porch dan kawasan lain.

Kadang-kadang masalah hanya kerana mentol sudah rosak dan perlu ditukar. Tetapi jika mentol baru masih tidak menyala, masalah mungkin datang daripada lampu, suis atau wiring. Dalam keadaan ini, point elektrik boleh diperiksa untuk mencari punca sebenar.

Pemasangan & Penggantian Kipas Siling

Kipas siling mungkin perlu dipasang apabila anda berpindah ke rumah baru, membuat renovation atau menggantikan kipas lama. Tronica boleh membantu dengan pemasangan dan penggantian kipas siling serta memeriksa point elektrik sedia ada sebelum kipas dipasang.

Jika kipas tidak berfungsi, berpusing perlahan, mengeluarkan bunyi pelik atau selalu berhenti, masalah tidak semestinya datang daripada kipas sahaja. Suis, pendawaian atau sambungan elektrik juga boleh diperiksa.

Pemasangan Suis & Soket

Suis atau soket yang longgar, rosak atau bermasalah boleh menyusahkan penggunaan harian dan perlu diperiksa. Tronica menyediakan pemasangan dan penggantian suis serta soket untuk rumah, kedai dan pejabat.

Jika anda memerlukan soket tambahan kerana menambah peralatan elektrik di rumah, kami juga boleh memeriksa litar sedia ada dan melihat di mana point baru boleh dipasang.

Servis Baiki Elektrik di Ampang

Selain kerja elektrik harian, kami juga mengendalikan masalah elektrik biasa seperti elektrik trip, suis rosak, soket tiada bekalan, lampu berkelip, pendawaian rosak dan masalah DB box.

Jika elektrik selalu trip apabila aircond, pemanas air, oven atau peralatan lain dihidupkan, menaikkan semula suis mungkin hanya menyelesaikan masalah buat sementara. Litar yang terlibat perlu diperiksa untuk mengetahui punca sebenar.

Pemeriksaan Menggunakan Peralatan Yang Sesuai

Apabila membuat pemeriksaan masalah elektrik, kami tidak hanya membuka main switch box dan menguji satu point sahaja. Bergantung kepada masalah, kami menggunakan alat pemeriksaan yang sesuai seperti multimeter dan electrical tester untuk memeriksa bekalan elektrik dan litar yang terlibat.

Kami boleh memeriksa main switch, DB box, MCB, RCCB, suis, soket, pendawaian dan bahagian lain yang berkaitan. Ini membantu untuk mengetahui sama ada masalah datang daripada peralatan elektrik, litar, sambungan atau pendawaian.

Kerja Elektrik Single Phase & Three Phase

Tronica Engineering mengendalikan kerja elektrik untuk sistem single phase dan three phase. Kebanyakan rumah menggunakan bekalan single phase, manakala sesetengah kedai, pejabat dan premis lain menggunakan sistem three phase.

Kami boleh membantu dengan pembaikan elektrik, pendawaian, kerja kotak DB, pemasangan soket, lampu dan keperluan elektrik lain untuk kedua-dua sistem. Kerja yang diperlukan bergantung kepada sistem elektrik sedia ada dan keperluan premis.

Pemeriksaan Elektrik Semasa Renovation

Renovation rumah merupakan masa yang sesuai untuk melihat semula keadaan sistem elektrik. Anda mungkin mahu menambah lampu, kipas siling, soket, point aircond, point pemanas air atau point elektrik yang lain.

Tronica Engineering Services boleh membantu dengan wiring baru, point lampu, suis, soket, point kipas dan kerja elektrik lain semasa renovation. Untuk rumah lama, wiring sedia ada juga boleh diperiksa sebelum point elektrik baru ditambah.

Bila Perlu Panggil Wireman?

Anda mungkin memerlukan wireman jika:

  1. Lampu tidak menyala
  2. Perlu memasang lampu baru
  3. Perlu menukar kipas siling
  4. Kipas tidak berfungsi dengan baik
  5. Suis rosak atau longgar
  6. Soket tiada bekalan elektrik
  7. Memerlukan soket tambahan
  8. Elektrik selalu trip
  9. Aircond atau pemanas air menyebabkan elektrik trip
  10. Terdapat bau terbakar daripada soket atau suis
  11. Kotak DB sudah lama atau mempunyai masalah
  12. Rumah sedang di renovate
  13. Memerlukan pendawaian baru untuk peralatan elektrik


Sesetengah kerja mungkin nampak kecil, tetapi kerja elektrik masih perlu dilakukan dengan berhati-hati. Jika anda tidak pasti di mana puncanya, lebih baik periksa point elektrik tersebut daripada menukar satu per satu komponen tanpa mengetahui masalah sebenar.

Wireman Ampang Yang Sedia Membantu

Tronica Engineering Services telah menjalankan kerja elektrik selama 25 tahun, membantu pelanggan di Ampang dan kawasan berdekatan dengan pelbagai keperluan elektrik. Sepanjang tempoh ini, kami mengendalikan kerja-kerja elektrik daripada masalah kecil di rumah sehingga kerja pemasangan dan naik taraf yang lebih lengkap.

Antara servis yang kami sediakan termasuk membaiki masalah elektrik, pemeriksaan elektrik, pemasangan lampu, tukar mentol, pemasangan dan penggantian kipas siling, suis dan soket, pendawaian elektrik, naik taraf DB box, earthing, kerja elektrik untuk aircond dan pemanas air, pendawaian pengecas EV serta perlindungan kilat.

Kami juga mengendalikan kerja elektrik single phase dan three phase untuk rumah, kedai, pejabat dan premis lain di Ampang serta kawasan berdekatan.

Tidak kira sama ada anda memerlukan bantuan untuk memasang lampu, menukar kipas, menambah soket atau menyelesaikan masalah elektrik yang sering berulang, kami sedia membantu. Anda juga boleh menghantar gambar point elektrik atau masalah yang berlaku supaya kami dapat memahami keadaan dengan lebih jelas sebelum berbincang tentang kerja yang diperlukan.

Untuk pertanyaan atau servis elektrik di Ampang, hubungi Mr Alex di 012-870 2699.

Related Post