Anak Semakin Besar, Keperluan Elektrik Juga Bertambah
Apabila anak semakin besar, keperluan mereka di dalam bilik juga boleh berubah. Semasa kecil, mungkin hanya memerlukan lampu, kipas dan satu atau dua power point. Tetapi apabila semakin besar, mereka mula menggunakan lebih banyak peralatan elektrik untuk belajar dan membuat kerja sekolah.
Sekarang ramai kanak-kanak juga mengikuti kelas secara online di rumah. Mereka mungkin memerlukan komputer, printer, lampu meja dan peralatan lain.
Baru-baru ini, pasukan kami datang ke sebuah rumah di Damansara untuk membantu Mrs Lim. Anak lelakinya mengikuti kelas online di dalam bilik, jadi Mrs Lim mahu menjadikan ruang belajar tersebut lebih selesa dan mudah digunakan. Beliau memerlukan tambahan plug point untuk komputer dan juga mahu memasang internet point supaya anaknya boleh mendapatkan sambungan internet dengan lebih mudah.
Peralatan Untuk Belajar Semakin Bertambah
Mrs Lim memberitahu bahawa keperluan anaknya untuk belajar semakin meningkat. Dahulu, bilik tersebut tidak memerlukan banyak plug point. Sekarang, anaknya menggunakan komputer, monitor, printer, lampu meja, pengecas telefon dan beberapa peralatan lain.
Jika plug point tidak mencukupi, extension cord mungkin perlu digunakan.
Terlalu banyak kabel di sekeliling meja boleh menyebabkan ruang belajar kelihatan berselerak dan kurang selesa.
Oleh itu, Mrs Lim mahu menambah plug point berhampiran meja belajar supaya anaknya boleh menggunakan komputer dan peralatan lain dengan lebih mudah.
Mengapa Perlu Pasang Internet Point?
Sekarang ramai kanak-kanak mengikuti kelas online, jadi sambungan internet yang baik juga penting.Walaupun Wi-Fi mudah digunakan, sesetengah keluarga lebih suka memasang Network Point di dalam bilik supaya komputer boleh disambungkan terus kepada internet.
Bagi anak Mrs Lim, Network Point dirancang berhampiran meja belajar dan komputer.Dengan lokasi yang sesuai, tidak perlu menggunakan kabel internet yang terlalu panjang untuk disambungkan dari bahagian lain di dalam rumah.
Lokasi Plug Point Juga Penting
Apabila memasang plug oint tambahan, lokasinya perlu dirancang dengan baik.Bukan sekadar melihat ruang kosong pada dinding dan terus memasang soket. Kedudukan meja belajar, komputer, printer dan peralatan lain perlu diambil kira.
Plug point yang dipasang di lokasi yang sesuai boleh memudahkan penggunaan harian dan membantu mengurangkan kabel yang berselerak. Pemilik rumah juga boleh memikirkan keperluan pada masa akan datang.
Sekarang anak mungkin hanya menggunakan komputer, tetapi beberapa tahun kemudian mungkin memerlukan printer, monitor atau peralatan elektrik lain.
Anak Membesar, Peralatan Elektrik Juga Bertambah
Apabila anak semakin besar, mereka mungkin menggunakan lebih banyak peralatan elektrik untuk belajar, contohnya:
- Komputer atau laptop
- Monitor
- Printer
- Lampu meja
- Pengecas telefon dan tablet
- Peralatan internet
- Peralatan pembelajaran lain
Jika power point di dalam bilik sudah tidak mencukupi, pemilik rumah boleh meminta juruteknik elektrik memeriksa sama ada plug point tambahan boleh dipasang.
Periksa Wiring Sebelum Tambah Plug Point
Memasang plug point tambahan bukan sekadar menyambungkan soket baharu kepada soket yang paling dekat. Wiring dan litar elektrik sedia ada perlu diperiksa terlebih dahulu.
Juruteknik perlu melihat litar mana yang sesuai untuk sambungan baharu dan sama ada pendawaian sedia ada berada dalam keadaan yang baik.Jika terdapat masalah seperti soket longgar, soket rosak, MCB kerap trip atau masalah elektrik lain, masalah tersebut sebaiknya diperiksa terlebih dahulu.
Ini dapat mengelakkan masalah elektrik lama daripada dibiarkan apabila plug point baharu dipasang.
Plug Point dan Internet Point Untuk Rumah & Pejabat
Selain bilik anak, banyak keluarga sekarang juga menggunakan satu ruang di rumah sebagai tempat bekerja.
Home office mungkin memerlukan komputer, monitor, printer, pengecas telefon dan peralatan elektrik lain. Internet point juga boleh dipasang jika komputer perlu disambungkan terus kepada internet.
Jika anda sedang membuat renovation atau menyusun semula bilik, anda boleh merancang kedudukan Power Point dan Network Point berdasarkan cara ruang tersebut akan digunakan.
Perkhidmatan Elektrik di Damansara
Tronica Engineering Services menyediakan perkhidmatan elektrik untuk rumah, kedai dan pejabat di Damansara.
Jika anda memerlukan plug point atau internet point tambahan, Mr Alex boleh memeriksa wiring dan litar elektrik sedia ada terlebih dahulu sebelum menentukan lokasi yang sesuai.
Perkhidmatan kami termasuk:
- Pemasangan Power Point tambahan
- Pemasangan Network Point
- Pendawaian elektrik baharu
- Pemasangan soket dan suis
- Pemeriksaan pendawaian
- Pemeriksaan dan servis kotak DB
- Pemeriksaan MCB trip
- Pemeriksaan masalah elektrik
- Pemeriksaan kebocoran elektrik
- Pemasangan dan pembaikan lampu
- Pemasangan kipas siling
- Pembaikan elektrik
- Pemeriksaan dan troubleshooting elektrik
Sama ada anda memerlukan power point tambahan untuk bilik anak, bilik belajar, home office atau kawasan lain di rumah, adalah lebih baik untuk memeriksa wiring sedia ada terlebih dahulu.
Juruteknik Elektrik Tempatan di Damansara
Jika anda memerlukan juruteknik elektrik di Damansara untuk pemasangan plug point, internet point, wiring atau masalah elektrik, Tronica Engineering Services boleh membantu.
Kami menyediakan perkhidmatan elektrik untuk rumah, kedai dan pejabat. Untuk pemeriksaan atau kerja elektrik, hubungi Mr Alex 012 – 870 2699





