✕

Kotak DB Cheras – Kenapa Main Switch Trip Bila Water Heater Dihidupkan?

DB Box Cheras – Main Switch Trips When You Turn On a Water Heater

30/09/2026

蕉赖电箱|DB Box 一开电器就跳电?可能是什么问题?

30/09/2026

Kotak DB Cheras – Kenapa Main Switch Trip Bila Water Heater Dihidupkan?

30/09/2026

Pernah tak anda perasan, elektrik di rumah biasanya okay saja, tapi Main Switch akan trip setiap kali anda hidupkan peralatan elektrik tertentu?

Contohnya, anda hidupkan water heater, tiba-tiba elektrik terus terputus. Anda reset semula Main Switch dan semua elektrik kembali seperti biasa. Keesokan harinya, anda guna water heater lagi dan perkara yang sama berlaku.

Ini mungkin tanda yang peralatan tersebut atau litar elektrik perlu diperiksa. Kalau anda tinggal di Cheras, masalah Main Switch yang selalu trip dari kotak DB jangan dibiarkan begitu saja, terutama kalau anda perasan setiap kali guna peralatan tertentu, elektrik terus terputus.

Kenapa kotak DB Trip Bila Hidupkan Peralatan Elektrik?

Ini adalah beberapa sebab yang mungkin berlaku

1. Peralatan Elektrik Mungkin Ada Masalah

Peralatan elektrik mungkin nampak okay dari luar, tapi sebenarnya ada masalah elektrik di bahagian dalam.Ini boleh berlaku pada water heater, aircond, mesin basuh, peti ais dan peralatan elektrik lain di rumah.

Jika Main Switch trip tak lama selepas anda hidupkan satu peralatan tertentu, kemungkinan peralatan tersebut ada masalah dan perlu diperiksa.

2. Kebocoran Elektrik

Kebocoran elektrik juga boleh jadi salah satu puncanya. Kebocoran ini mungkin tak berlaku setiap kali, sebab itu kadang-kadang peralatan tersebut masih boleh digunakan seperti biasa.

Sekiranya masalah ini selalu berlaku, pemeriksaan yang betul boleh membantu mengenalpasti sama ada kebocoran datang daripada peralatan elektrik atau litar elektrik di rumah.

3. Pendawaian atau Sambungan Elektrik Mungkin Ada Masalah

Tidak semestinya peralatan elektrik yang bermasalah. Pendawaian yang sudah lama, sambungan yang longgar atau masalah pada mana-mana bahagian litar elektrik juga boleh menyebabkan suis keselamatan trip.

Sebab itu, penting untuk periksa kedua-duanya peralatan elektrik dan juga litar elektrik di rumah.

4. kotak DB Mungkin Perlu Diperiksa

Sekiranya kotak DB sudah lama, suis dan sambungan elektrik di dalamnya mungkin perlu diperiksa juga.

Pemeriksaan elektrik oleh juruelektrik yang berpengalaman boleh membantu kenal pasti punca masalah sama ada daripada peralatan elektrik, pendawaian, litar atau kotak DB itu sendiri.

Perlukah Anda Hidupkan Semula Main Switch Setiap Kali Trip?

Sekiranya Main Switch trip sekali, anda boleh hidupkan semula dan tengok apa yang berlaku. Tapi kalau ia selalu trip, terutama setiap kali anda guna peralatan elektrik yang sama, jangan selalu terus reset Main Switch berulang kali tanpa cari puncanya.

Main Switch trip bukan tanpa sebab. Ada sesuatu yang menyebabkan sistem keselamatan elektrik bertindak.

Jika anda terhidu bau hangit, nampak percikan api, peralatan terasa terlalu panas atau terdengar bunyi berdengung yang pelik, berhenti guna peralatan tersebut dan panggil juruelektrik untuk periksa masalah itu.

Servis Baiki Elektrik dan Pemeriksaan Kotak DB di Cheras

Sekiranya kotak DB di rumah anda di Cheras selalu trip bila guna peralatan elektrik tertentu, Tronica Engineering Services boleh bantu periksa masalah tersebut.

Mr Alex boleh periksa kotak DB x, pendawaian elektrik dan litar yang berkaitan untuk cari tahu apa yang menyebabkan Main Switch selalu trip.

Tujuannya adalah untuk cari punca sebenar masalah elektrik, bukan sekadar reset Main Switch setiap kali ia trip.

Servis Elektrik di Cheras dan Selangor

Tronica Engineering Services menyediakan servis elektrik di sekitar KL dan Selangor, termasuk Cheras, USJ, Damansara, Bangsar, Petaling Jaya, Ampang, Subang Jaya, Shah Alam, Kota Kemuning, Klang dan kawasan sekitarnya.

Untuk pemeriksaan kotak DB di Cheras, masalah Main Switch selalu trip, pemeriksaan pendawaian, troubleshooting elektrik atau repair elektrik, boleh hubungi Mr Alex di 012 – 870 2699.

Related Post