✕

Suis Utama Di Kotak DB Rumah Kerap Trip Di Setia Alam

Kenapa Kotak DB Rumah Selalu Trip di Puchong Utama?

05/10/2026

Kotak DB Kerap Trip di Putra Perdana? Ini Antara Punca Yang Perlu Anda Tahu

05/10/2026

Suis Utama Di Kotak DB Rumah Kerap Trip Di Setia Alam

05/10/2026

Pernah tak tengah duduk di rumah, tiba-tiba semua elektrik terpadam? Pergi tengok DB box, rupa-rupanya main switch dah turun. Naikkan semula, elektrik kembali macam biasa. Ingatkan dah selesai. Tapi beberapa jam kemudian, atau malam berikutnya, suis utama trip lagi.

Kalau perkara ini berlaku berulang kali di rumah anda di Setia Alam, jangan anggap ia sebagai masalah biasa. Suis utama yang kerap trip biasanya menunjukkan ada sesuatu yang perlu diperiksa pada sistem elektrik rumah.

Bila Suis Utama Trip, Apa Maksudnya?

Secara mudah, switch akan turun apabila sistem perlindungan mengesan keadaan elektrik yang tidak normal. Puncanya boleh datang dari beberapa tempat. Contohnya, ada kemungkinan berlaku kebocoran elektrik, peralatan elektrik mempunyai masalah, wiring sudah lama atau terdapat komponen dalam DB box yang perlu diperiksa.

Sebab itu kita tidak boleh tentukan punca hanya dengan melihat switch yang turun. Kadang-kadang masalah nampak sama, tetapi puncanya berbeza untuk setiap rumah.

Rumah Okay Waktu Siang, Bila Malam Akan Trip

Situasi ini memang agak biasa. Pada waktu siang semuanya nampak normal. Bila malam, mula buka air conditioner, water heater, mesin basuh atau peralatan elektrik lain. Tidak lama kemudian, main switch pula turun.

Perkara pertama yang perlu dibuat ialah perhatikan apa yang sedang digunakan sebelum elektrik terputus. Sebagai contoh, kalau masalah berlaku selepas anda hidupkan water heater, beritahu perkara tersebut kepada juruelektrik. Kalau ia berlaku selepas beberapa peralatan digunakan serentak, maklumat itu juga berguna.

Namun, jangan terus buat kesimpulan bahawa peralatan tersebut memang rosak. Pemeriksaan masih diperlukan untuk mencari punca sebenar.

Kenapa MCB Kecil Tak Jatuh Trip?

Satu lagi perkara yang selalu mengelirukan pemilik rumah ialah apabila suis utama sahaja yang trip, manakala switch-switch kecil dalam kotak DB semuanya nampak masih ON. Ini tidak semestinya bermaksud main switch sudah rosak.

Kotak DB mempunyai beberapa jenis perlindungan dan setiap satu mempunyai fungsi tersendiri. Bergantung kepada masalah yang berlaku, perlindungan tertentu mungkin akan memutuskan bekalan elektrik. Jadi, terus menukar main switch bukan semestinya penyelesaian.

Skiranya punca sebenar datang daripada wiring atau peralatan elektrik, masalah boleh berlaku semula walaupun switch baru sudah dipasang.

Jangan Biasakan Naikkan Switch Berkali-kali

Memang mudah untuk naikkan semula main switch apabila ia trip. Tetapi kalau perkara itu berlaku setiap hari atau semakin kerap, jangan hanya ulang perkara yang sama.

Cuba ingat:

  • Apa yang sedang digunakan sebelum elektrik terputus?
  • Adakah air conditioner baru dihidupkan?
  • Adakah water heater digunakan?
  • Adakah banyak peralatan elektrik berjalan pada masa yang sama?
  • Adakah ada bunyi pelik dari kotak DB?
  • Ada bau hangit atau rasa panas pada bahagian kotak DB?

Maklumat seperti ini boleh membantu semasa troubleshooting. Kalau anda nampak percikan api, asap, bau terbakar, bunyi berdengung yang luar biasa atau kotak DB terlalu panas, jangan ambil risiko. Hentikan penggunaan bahagian yang bermasalah dan dapatkan pemeriksaan daripada juruelektrik yang berkelayakan.

Apa Yang Juruelektrik Akan Periksa?

Untuk kes suis utama yang selalu trip, pemeriksaan bukan sekadar tengokkotak DB dan tukar switch. Juruelektrik perlu cuba cari dari mana datangnya masalah tersebut. Antara perkara yang mungkin diperiksa termasuk keadaan kotak DB, wiring dan sambungan, circuit tertentu, kemungkinan electrical leakage, peralatan elektrik serta keadaan protective switch.

Matlamatnya adalah mudah cari punca dahulu, kemudian baru tentukan repair yang sesuai. Ini lebih baik daripada menukar satu-satu komponen tanpa mengetahui masalah sebenar.

Suis Utama Trip Bukan Masalah Yang Patut Dibiarkan

Sekiranya suis utama hanya trip sekali, mungkin anda tidak perlu terlalu risau. Tetapi jika ia mula berlaku berkali-kali, terutama pada waktu yang hampir sama atau selepas menggunakan peralatan tertentu, itu sudah menjadi petunjuk bahawa sistem elektrik perlu diperiksa. Jangan tunggu sampai masalah menjadi lebih besar baru ambil tindakan. Pemeriksaan awal boleh membantu mengenal pasti masalah sebelum ia menyebabkan gangguan elektrik yang lebih kerap.

Cari Juruelektrik di Setia Alam?

Anda tinggal di Setia Alam dan menghadapi masalah kotak DB suis utama yang selalu trip, anda boleh hubungi Mr Alex dari Tronica Engineering Services untuk servis electrical troubleshooting dan repair.

Kami membantu pemilik rumah dan premis di Setia Alam serta kawasan sekitar. Servis elektrik turut disediakan di beberapa kawasan KL dan Selangor seperti Shah Alam, Subang Jaya, Petaling Jaya, Puchong dan kawasan berdekatan anda boleh hubungi 012 – 870 2699.

Jika susi utama rumah anda asyik turun, jangan hanya reset berulang kali. Hubungi Mr Alex untuk pemeriksaan dan cuba kenal pasti punca masalah elektrik tersebut.

Related Post