Banyak rumah lama di Petaling Jaya (PJ) masih menggunakan kotak DB yang sama sejak rumah tersebut mula dibina. Sekiranya rumah sudah berusia lebih 20 atau 30 tahun, ada kemungkinan kotak DB dan sistem elektriknya masih menggunakan pemasangan asal.
Dulu, penggunaan elektrik di rumah mungkin tidak sebanyak sekarang. Mungkin hanya ada satu aircond, satu water heater dan beberapa peralatan elektrik asas. Tetapi sekarang keadaan sudah berbeza. Satu rumah mungkin ada beberapa aircond, water heater, mesin basuh, peralatan dapur, komputer, TV dan macam-macam lagi peralatan elektrik.
Jadi, persoalannya: Adakah kotak DB lama di rumah anda masih sesuai untuk penggunaan elektrik sekarang?
Perlukah Kotak DB Lama Diganti?
Tak semestinya kotak DB yang lama perlu terus diganti. Keadaan kotak DB, wiring, suis keselamatan dan litar elektrik perlu diperiksa terlebih dahulu. Tapi,jika kotak DB anda dah berusia lebih daripada 20 atau 25 tahun, elok buat pemeriksaan elektrik, terutama kalau kotak DB tersebut tak pernah dinaik taraf.
Pemeriksaan elektrik boleh bantu tentukan sama ada kotak DB yang sedia ada masih dalam keadaan baik atau lebih baik jika dibuat upgrade.
Jadi, sebelum terus tukar kotak DB, buat pemeriksaan dulu untuk tahu keadaan sebenar sistem elektrik rumah anda.
Tanda-Tanda Kotak DB Anda Mungkin Perlu Diperiksa
Ada beberapa perkara yang pemilik rumah boleh perhatikan. Jika anda nampak tanda-tanda seperti di bawah, elok kotak DB dan sistem elektrik rumah diperiksa.
1. Komponen Dah Lama atau Rosak
Suis dan komponen lain dalam kotak DB boleh menjadi haus atau rosak selepas digunakan bertahun-tahun.
Kalau nampak ada komponen yang rosak, sambungan longgar, terasa terlalu panas atau ada masalah lain, sebaiknya kotak DB diperiksa.
2. Penggunaan Peralatan Elektrik Semakin Banyak
Keperluan elektrik rumah 20 atau 25 tahun dulu mungkin tak sama dengan sekarang.
Sekarang mungkin dah ada lebih banyak aircond, water heater, peralatan dapur dan peralatan elektrik lain. Jadi, sistem elektrik rumah perlu diperiksa untuk pastikan ia masih sesuai dengan penggunaan semasa.
3. Kerap Trip
Kalau Main Switch atau suis keselamatan lain semakin kerap trip, jangan terus anggap suis itu dah lama dan perlu ditukar.
Mungkin ada masalah pada peralatan elektrik, wiring, kebocoran elektrik atau litar itu sendiri. Sebaiknya kotak DB dan sistem elektrik diperiksa untuk cari punca sebenar masalah.
4. Tak Pernah Buat Pemeriksaan Elektrik
Kalau anda dah lama tinggal di rumah yang agak berusia tetapi tak pernah buat pemeriksaan pada DB Box atau wiring, sekarang mungkin masa yang sesuai untuk buat pemeriksaan.
Tak perlu tunggu sampai ada kerosakan atau elektrik terputus baru nak periksa. Pemeriksaan awal boleh bantu kesan masalah sebelum ia menjadi lebih serius.
Apa Yang Berlaku Semasa Naik Taraf Kotak DB?
Upgrade DB Box bukan sekadar tukar kotak DB yang lama kepada yang baru.
Sebelum kerja dibuat, juruelektrik biasanya akan periksa keadaan sistem elektrik rumah terlebih dahulu. Ini termasuk wiring, litar elektrik, suis keselamatan dan keadaan kotak DB yang sedia ada.
Selepas pemeriksaan, electrician boleh beritahu sama ada anda perlukan tukar kotak DB sepenuhnya, upgrade sebahagian sahaja atau buat pembaikan elektrik lain.
Setiap rumah mempunyai keadaan dan keperluan yang berbeza. Jadi, penyelesaian yang sesuai bergantung pada keadaan sistem elektrik rumah anda.
Upgrade Kotak DB dan Pemeriksaan Elektrik di Petaling Jaya
Kalau anda tinggal di rumah lama di Petaling Jaya dan kotak DB dah digunakan lebih daripada 20 atau 30 tahun, elok buat pemeriksaan untuk pastikan ia masih dalam keadaan baik.
Tronica Engineering Services menyediakan servis pemeriksaan kotak DB, pemeriksaan dan troubleshooting elektrik, pemeriksaan wiring, upgrade kotak DB serta kerja-kerja pembaikan elektrik.
Mr Alex boleh datang untuk periksa keadaan sistem elektrik yang sedia ada dan terangkan apa yang perlu diberi perhatian sebelum sebarang kerja upgrade dibuat.
Dengan cara ini, anda boleh tahu keadaan sebenar sistem elektrik rumah dan buat keputusan yang sesuai sebelum terus menukar kotak DB.
Servis Elektrik di Petaling Jaya dan Selangor
Tronica Engineering Servicesmenyediakan servis elektrik di sekitar KL dan Selangor, termasuk Petaling Jaya, USJ, Damansara, Bangsar, Cheras, Ampang, Subang Jaya, Shah Alam, Kota Kemuning, Klang dan kawasan sekitarnya.
Mr Alex: 012 – 870 2699
Kalau anda perlukan servis kotak DB Petaling Jaya, upgrade DB Box, pemeriksaan kotak DB lama, pemeriksaan wiring atau repair elektrik, boleh hubungi Tronica Engineering Services untuk pemeriksaan dan nasihat tentang masalah elektrik di rumah anda.





