Berlaku masalah elektrik rumah selalu trip untuk mereka yang tinggal di Serdang atay Seri Kembangan, keadaan ini memang boleh menyusahkan. Masalah ini biasanya lebih mudah berlaku pada waktu malam apabila semua ahli keluarga sudah berada di rumah dan banyak peralatan elektrik digunakan pada masa yang sama.
Aircond sedang digunakan, water heater dibuka, peralatan dapur sedang digunakan dan mesin basuh mungkin sedang berjalan. Tiba-tiba kotak DB trip dan seluruh rumah terputus bekalan elektrik. Anda naikkan semula switch dan elektrik kembali. Tetapi jika selepas itu ia trip lagi dan lagi, jangan hanya reset switch berulang kali tanpa mencari punca masalah.
Power trip boleh berlaku kerana beberapa sebab seperti penggunaan elektrik yang tinggi, peralatan elektrik rosak, masalah wiring, masalah pada litar tertentu atau masalah kotak DB.
Kenapa Elektrik Selalu Trip Pada Waktu Malam?
Pada waktu siang, ada rumah yang menggunakan elektrik dengan lebih sedikit kerana ahli keluarga bekerja atau bersekolah.
Pada waktu petang dan malam, semua orang sudah pulang dan lebih banyak peralatan mula digunakan.
Contohnya:
- Aircond
- Water heater
- Mesin basuh
- Dryer
- Peralatan dapur
- Televisyen
- Komputer
- Microwave
- Oven
Apabila banyak peralatan digunakan serentak, jumlah penggunaan elektrik akan menjadi lebih tinggi. Jika beban pada sesuatu litar terlalu tinggi, breaker dalam kotak DB mungkin akan trip.
Sebab itu ada pemilik rumah yang mendapati tiada masalah pada waktu siang, tetapi DB Box mula trip apabila semua orang berada di rumah pada waktu malam.
Terlalu Banyak Peralatan Digunakan Tak Semestinya Punca Trip
Apabila kotak DB trip, ramai yang fikir mungkin sebab terlalu banyak barang elektrik digunakan. Kadang-kadang memang boleh jadi begitu. Tetapi ia bukan satu-satunya sebab.
Satu peralatan elektrik yang rosak juga boleh menyebabkan power trip. Contohnya, jika elektrik trip setiap kali water heater dihidupkan, water heater tersebut mungkin perlu diperiksa.
Masalah yang sama boleh berlaku pada aircond, mesin basuh, dryer, peralatan dapur atau peralatan elektrik lain. Jika anda perasan trip berlaku setiap kali menggunakan peralatan yang sama, hentikan penggunaannya dan minta electrician periksa. Jangan hanya reset breaker berkali-kali dan terus gunakan peralatan tersebut.
Penggunaan Elektrik Boleh Bertambah Dari Masa Ke Masa
Apabila baru berpindah masuk ke rumah, biasanya tidak banyak peralatan elektrik. Mungkin hanya ada peti sejuk, televisyen, mesin basuh, beberapa unit aircond dan peralatan dapur asas.
Selepas beberapa tahun, peralatan elektrik mungkin semakin bertambah. Mungkin tambah aircond, water heater, oven, dishwasher, dryer dan lebih banyak peralatan dapur.
Ada juga keluarga yang menyediakan ruang kerja di rumah dan menggunakan lebih banyak peralatan elektrik. Jadi, penggunaan elektrik sekarang mungkin jauh lebih tinggi berbanding beberapa tahun dahulu.
Jika banyak peralatan yang menggunakan elektrik tinggi digunakan pada masa yang sama, elok periksa beban elektrik dan keadaan litar rumah.
Adakah Single Phase Menyebabkan Power Trip?
Banyak rumah menggunakan bekalan elektrik Single Phase. Ada pemilik rumah yang fikir apabila banyak peralatan digunakan pada rumah Single Phase, ia pasti akan trip. Sebenarnya, tidak semestinya begitu.
Single Phase sendiri tidak bermaksud rumah akan selalu mengalami power trip. Yang penting ialah jumlah penggunaan elektrik, susunan litar dan bagaimana peralatan elektrik digunakan.
Jika rumah mempunyai banyak aircond, water heater dan peralatan dapur yang digunakan pada masa yang sama, electrician boleh memeriksa beban elektrik dan litar rumah. Daripada pemeriksaan tersebut, barulah boleh diketahui sama ada masalah disebabkan beban elektrik yang tinggi atau sebab lain.
Rumah Trip Juga Boleh Disebabkan Masalah Wiring
Kotak DB trip bukan semestinya disebabkan oleh terlalu banyak peralatan. Masalah juga mungkin datang daripada wiring, sambungan atau litar tertentu.
Contohnya, sambungan yang bermasalah, wiring yang rosak, kebocoran elektrik atau masalah pada sesuatu litar boleh menyebabkan breaker trip.
Sebab itu agak sukar untuk mengetahui punca sebenar hanya dengan melihat kotak DB. Jika power trip berlaku dengan kerap, lebih baik minta electrician periksa litar yang berkaitan dan bukan hanya reset Main Switch setiap kali elektrik terputus.
Sebelum Tambah Peralatan Elektrik, Periksa Litar
Selepas tinggal di rumah untuk beberapa lama, ramai pemilik rumah mula menambah peralatan elektrik. Contohnya mahu pasang aircond tambahan, water heater, oven, dishwasher atau lampu luar.
Ada juga yang memerlukan lebih banyak socket untuk Home Office. Sebelum menambah socket atau peralatan elektrik yang menggunakan banyak kuasa, sebaiknya periksa dahulu litar sedia ada.
Menambah socket bukan sekadar tarik satu wire dari socket yang paling dekat. Keadaan litar dan beban elektrik perlu diambil kira.
Perancangan yang betul boleh membantu mengurangkan masalah elektrik dan power trip pada masa akan datang.
Apa Perlu Buat Jika Kotak DB Selalu Trip?
Jika kotak DB trip sekali, anda boleh perhatikan peralatan elektrik yang sedang digunakan pada waktu tersebut.
Tetapi jika ia selalu berlaku, lebih-lebih lagi jika semakin kerap, masalah tersebut patut diperiksa.
Perhatikan jika:
- Elektrik trip apabila satu peralatan tertentu dihidupkan
- Kotak DB trip apabila banyak peralatan digunakan pada waktu malam
- Suis utama selalu trip
- Satu bilik atau litar tertentu selalu tiada elektrik
- Ada bau hangit dari socket
- Kotak DB terasa terlalu panas
- Ada bunyi pelik
- Ada percikan api atau asap
Jika terdapat bau hangit, percikan api atau asap, jangan buka DB Box sendiri. Utamakan keselamatan dan dapatkan electrician untuk membuat pemeriksaan.
Apa Yang Juruelektrik Akan Periksa?
Jika rumah di Serdang atau Seri Kembangan selalu mengalami power trip, electrician perlu mengetahui bila dan bagaimana masalah itu berlaku.
Contohnya:
Adakah trip apabila aircond dihidupkan?
Adakah berlaku apabila water heater digunakan?
Adakah berlaku apabila beberapa peralatan dapur digunakan serentak?
Atau Main Switch trip walaupun hanya beberapa peralatan sedang digunakan?
Electrician boleh memeriksa kotak DB, breaker, litar elektrik, sambungan wiring dan beban elektrik. Jika ada peralatan tertentu yang disyaki menjadi punca, peralatan tersebut juga mungkin perlu diperiksa. Tujuannya bukan sekadar untuk menghidupkan semula elektrik.
Yang penting ialah mengetahui kenapa elektrik selalu trip? Selepas punca dikenal pasti, barulah kerja pembaikan yang sesuai boleh dicadangkan.
Perkhidmatan Kotak DB dan Elektik di Serdang dan Seri Kembangan
Jika anda tinggal di Serdang, Seri Kembangan atau kawasan berdekatan dan kotak DB rumah selalu trip, jangan anggap masalah sudah selesai hanya kerana elektrik kembali selepas reset switch.Jika masalah yang sama berulang, sebaiknya buat pemeriksaan.
Tronica Engineering Services menyediakan perkhidmatan elektrik untuk rumah dan premis, termasuk pemeriksaan kotak DB, masalah power trip, suis uteama, pemeriksaan litar, wiring dan kerja elektrik lain.
Kami akan melihat keadaan sebenar sistem elektrik sebelum mencadangkan kerja pembaikan. Kami tidak hanya menukar breaker setiap kali berlaku power trip tanpa mengetahui puncanya.
Setiap rumah mempunyai jumlah peralatan, penggunaan elektrik dan susunan litar yang berbeza. Mencari punca sebenar adalah langkah penting untuk menyelesaikan masalah dengan lebih baik.
Perlukan Juruelektrik di Serdang atau Seri Kembangan?
Jika rumah anda selalu mengalami power trip, terutama apabila kotak DB atau Main Switch selalu trip, jangan hanya ulang reset berkali-kali. Masalah mungkin disebabkan beban elektrik yang tinggi, peralatan rosak, wiring atau masalah elektrik yang lain.
Jika anda perlukan electrician untuk memeriksa kotak DB, litar atau masalah power trip, hubungi:
Tronica Engineering Services
Mr Alex: 012 – 870 2699
Kami menyediakan perkhidmatan elektrik di Kuala Lumpur dan Selangor, termasuk Serdang, Seri Kembangan, USJ, Subang Jaya, Damansara, Bangsar, Cheras, Petaling Jaya, Ampang, Shah Alam, Kota Kemuning, Klang dan kawasan berdekatan.




