✕

Kotak DB Klang – Main Switch Selalu Trip? Periksa Wiring Elektrik Rumah Anda

DB Box Klang – Main Switch Keeps Tripping? Get Your Electrical Wiring Checked

29/09/2026

巴生电工|住家或工厂配电箱总开关突然跳电?

29/09/2026

Kotak DB Klang – Main Switch Selalu Trip? Periksa Wiring Elektrik Rumah Anda

29/09/2026

Masalah Elektrik yang Biasa Berlaku di Rumah Klang

Sekiranya anda tinggal di Klang, mungkin anda pernah mengalami situasi macam ni.

Waktu malam, anda tengah duduk di rumah. Aircond tengah berjalan, peti ais pun on dan ada orang sedang guna dapur. Tiba-tiba, satu rumah terus tak ada elektrik. Anda pergi tengok DB Box dan nampak Main Switch dah trip. Anda hidupkan semul, dan semua peralatan elektrik boleh digunakan seperti biasa.

Pada mulanya, anda mungkin fikir ini cuma masalah elektrik kecil. Tapi kalau perkara yang sama berlaku lagi beberapa hari kemudian atau mungkin beberapa jam selepas itu, memang kena cari tahu kenapa Main Switch selalu trip. Sebab kalau dibiarkan, ia mungkin bukan sekadar masalah kecil.

Kenapa Main Switch Selalu Trip?

Bila Main Switch trip, biasanya ini bermaksud sistem elektrik rumah sedang mengesan ada masalah.

Ada beberapa kemungkinan yang boleh menyebabkan perkara ini berlaku. Hanya dengan tengok kotak DB sahaja, kita tak akan dapat tahu dengan tepat apa yang sebenarnya menyebabkan masalah tersebut.

1. Peralatan Elektrik Rosak

Kadang-kadang, masalah datang daripada peralatan elektrik itu sendiri. Pada awalnya, peralatan tersebut mungkin berfungsi seperti biasa. Tapi selepas digunakan untuk beberapa lama, ia mungkin mula mengalami masalah dan menyebabkan Main Switch trip.

Antara peralatan yang biasa perlu diperiksa ialah aircond, water heater, peti ais, mesin basuh dan peralatan elektrik di dapur.

2. Kebocoran Elektrik

Kebocoran elektrik juga boleh menyebabkan Main Switch trip. Kebocoran ini mungkin berlaku sekali-sekala sahaja, jadi selepas anda hidupkan semula Main Switch, semuanya nampak macam normal.

Sebab itu, masalah ini kadang-kadang susah nak dikesan tanpa membuat pemeriksaan elektrik yang betul.

3. Masalah Wiring atau Sambungan Elektrik

Wiring yang dah lama, sambungan yang longgar atau masalah pada salah satu litar elektrik juga boleh menyebabkan Main Switch trip.

Kalau punca sebenar datang daripada wiring, tukar Main Switch sahaja mungkin tak dapat selesaikan masalah tersebut.

4. Masalah Dalam Kotak DB

Sekiranya kotak DB dah lama atau bertahun-tahun tak pernah diperiksa, switch dan sambungan elektrik di dalamnya mungkin juga perlu diperiksa.

Lebih baik periksa kotak DB, wiring dan litar elektrik dengan betul, daripada terus anggap Main Switch itu sendiri yang rosak.

Kenapa Elektrik Kembali Normal Lepas Reset?

Inilah yang buat masalah elektrik yang selalu trip jadi mengelirukan bagi ramai pemilik rumah di Klang.

Anda reset Main Switch dan semuanya nampak macam normal semula.

  • Lampu menyala.
  • Aircond berfungsi.
  • Peralatan elektrik pun boleh digunakan.

Jadi, anda terus guna rumah seperti biasa. Tapi beberapa ketika kemudian, Main Switch trip lagi.

Ini boleh berlaku bila masalah elektrik hanya muncul dalam keadaan tertentu contohnya bila peralatan elektrik tertentu mula digunakan atau bila litar tertentu sedang digunakan.

Sebab itu, kalau Main Switch selalu trip, jangan abaikan begitu sahaja.

Patut Ke Selalu Reset Main Switch?

Tak elok kalau anda asyik reset Main Switch setiap kali ia trip tanpa cari tahu puncanya. Switch keselamatan ini memang direka untuk melindungi sistem elektrik rumah. Kalau ada masalah pada sistem elektrik, berkali-kali hidupkan semula switch tak akan menyelesaikan masalah tersebut.

Kalau anda terhidu bau hangit, nampak percikan api, rasa panas yang luar biasa, dengar bunyi berdengung atau nampak tanda-tanda kerosakan pada kotak DB, berhenti guna peralatan elektrik yang terlibat dan dapatkan pemeriksaan daripada juruelektrik yang berpengalaman.

Troubleshooting Elektrik dan Repair Kotak DB di Klang

Sekiranya Main Switch pada kotak DB anda selalu trip di Klang, Tronica Engineering Services boleh bantu periksa masalah elektrik tersebut.

Mr Alex boleh periksa DB Box, wiring, litar elektrik dan kemungkinan punca kebocoran elektrik atau masalah pada peralatan elektrik untuk kenal pasti apa yang menyebabkan Main Switch selalu trip.

Tujuannya bukan sekadar reset Main Switch, tetapi untuk cari punca sebenar masalah elektrik tersebut.

Servis Elektrik di Klang dan Selangor

Tronica Engineering Services menyediakan servis elektrik di sekitar KL dan Selangor, termasuk Klang, USJ, Damansara, Bangsar, Cheras, Petaling Jaya, Ampang, Subang Jaya, Shah Alam, Kota Kemuning dan kawasan sekitarnya.

Sekiranya anda perlukan servis repair elektrik di Klang, pemeriksaan DB Box, masalah Main Switch selalu trip atau troubleshooting elektrik, boleh hubungi Mr Alex 012 – 870 2699.

Related Post